Monday, April 30, 2007

Sekim Cepat Kaya - Imbas Semula - Inilah kisahku (1)


Tujuan pendedahan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang belum terkena agar lebih berhati-hati.

 
Tahun 2000, kemunculan abg *suamiku yang lama tak kedengaran berita tentangnya.

Kononnya kini dia telah berjaya.

Waktu itu, pelaburan di internet tak sehebat sekarang.

Yang lebih popular sebelum itu adalah saham pak Man Telo dan yang di Kulim tu ~ entah apa nama ~ dah kantoi dek campurtangan dari Pihak Berkuasa.

Memulakan 'perniagaan'nya di Selatan, kini dia ingin meluaskan ke utara pula. Syarikat yang diterajuinya beribu pejabat dan berurusniaga di pasaran antarabangsa. Wow.. hebat bunyinya..

Tujuannya kononnya nak membantu saudara mara yang hidup susah agar hidup mereka mewah macam dia.


Jadi bermulalah operasi yang hebat di Utara, seminar2 diadakan dihotel2 mewah.

Begini caranya mudah je:-

(1) Bawa teman2 hadir dan mendengar seminar itu.


(2) Anda akan dimaklumkan bahawa produk yang diniagakan dipasaran antarabangsa

adalah kopi.. jadi perniagaan ini boleh dianggap halal.

(3) Sekiranya teman kita melabur iaitu minima RM5ribu, kita akan mendapat komisen 5%.

~ sound familiar??


(4) PelaburanRM4,750 (setelah ditolak komisen RM275) , faedahnya 10% (RM475)

setiap bulan ~ wow lumayan sungguh..


(5) Mulanya ada diberi 'kad' yang tercatat jumlah dan butir-butir pelabur.


(6) Setiap bulan anda diberi sehelai kertas (slip putih) dengan cetakan komputer

menunjukkan prestasi pelaburan anda /keuntungan yang diterima.


(7) Anda boleh membuat pengeluaran bila2 masa ~ pelaburan asal/faedah.


(8) Untuk menjadikan ianya lebih menarik, anda boleh pindahmilik.


(9) Anda boleh membuat penamaan.


(10) Kemudian, sekiranya faedah pelabur tidak dikeluarkan apabila ianya mencapai seunit,

ia akan mendapat seunit percuma. Justeru itu kiranya anda mempunyai unit yang

banyak, bermakna wang anda akan lebih pantas berkembang.. ~ sound more interesting

and tempting, right?


(11) Lepas itu, keluar pula kenyataan bahawa syarikat akan berhenti dari mengambil

pelabur baru kerna dana sudah mencukupi. Apalagi pelabur menambahkan pelaburan

mereka, ada yang pindahmilik pelabur dari ahli yang ingin mengeluarkan pelaburan

mereka. ~ anda lihat taktik mereka?


(12) Yang paling menarik adalah anda dapat menjadi pengurus dagangan dan

menguruskan pelaburan grop anda sendiri. Bila anda sponsor pelabur dibawah

anda dan mencapai bilangan yang dikehendaki, anda akan diberi tunjuk ajar

oleh pihak syarikat dan bekerja dengan mereka. Anda tak perlu berpendidikan tinggi.


Bererti Pak direktor ni begitu suksess kerna ia bisa menghasilkan ramai jutawan dalam masa yang singkat..


Apalagi dalam masa yang singkat, kepopulariti syarikat ini memuncak, pelabur bertambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan...


Syarikat ini kemudiaanya mengembangkan 'perniagaan' ke Indonesia, Thailand & Brunei.


Akan kuceritakan dengan lebih lanjut nanti ~ bersambung.

Pelaburan Sekim Cepat Kaya


Basmi skim cepat kaya -- PM mahu rakyat tampil bantu dakwa pengelola pelaburan

Oleh NAZRULLAH ROSLI dan ARSHAD KHAN



KUANTAN 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tampil membantu kerajaan membasmi skim cepat kaya di negara ini termasuk yang beroperasi melalui Internet.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak berkompromi dalam isu itu dan tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengelola-pengelola skim cepat kaya.

Menurut beliau, usaha membanteras skim cepat kaya hanya dapat dilakukan dengan efektif sekiranya rakyat membantu kerajaan.

Abdullah berkata, beliau kesal dan terkilan dengan sikap segelintir anggota masyarakat yang masih terpedaya dengan pelbagai bentuk instrumen kewangan yang kononnya berupaya menjana pulangan besar dalam masa yang singkat seperti pelaburan melalui Internet.

“Saya berharap saudara saudari tidak langsung memberi sokongan kepada bentuk pelaburan yang tidak diiktiraf seperti itu agar ia tidak berleluasa dan merugikan rakyat,” kata Perdana Menteri ketika berucap menutup program Majlis Saham Amanah Malaysia 2007 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini hari ini.

 Abdullah berkata, bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengelolakan skim cepat kaya, kerajaan mengharapkan sokongan rakyat.

Menurutnya, tidak ada satu bentuk pelaburan yang mampu memberikan jaminan pulangan lumayan kepada pelabur dalam jangka masa pendek.

“Pelaburan memerlukan jangka masa panjang untuk membuahkan hasil lumayan. Oleh yang demikian, pelabur perlu mempunyai kesabaran dan jangan diperdayakan oleh skim pelaburan jangka pendek yang tidak diketahui asal usulnya,” kata beliau.

Pelaburan dalam saham amanah seperti yang diperkenalkan oleh PNB, kata Perdana Menteri, adalah jauh lebih menguntungkan kerana ia mampu memberikan pulangan yang kompetitif setiap tahun.

Sehubungan itu, beliau menyarankan rakyat agar membuat pelaburan dalam satu atau dua dana amanah yang sesuai dengan profil risiko masing-masing seperti yang diuruskan oleh PNB.

Dalam ucapannya, Abdullah turut memuji kejayaan PNB yang didorong oleh sokongan rakyat serta profesionalisme pengurusan PNB yang menerajui PNB dan anak-anak syarikatnya dengan amanah, telus dan jujur.

Beliau mencadangkan PNB mengambil langkah seterusnya dengan memasuki pasaran kewangan antarabangsa seperti yang dilakukan oleh kebanyakan institusi pelaburan ulung dunia.

“Dengan arus globalisasi dan liberalisasi yang semakin dirasai, penglibatan lebih banyak institusi pelaburan domestik di pasaran antarabangsa merupakan tindakan yang wajar dalam konteks ini.

“Jika kita telah berjaya menempa nama dan membina jenama di negara sendiri, saya berpendapat penjenamaan di peringkat global bukanlah satu cabaran yang di luar kemampuan syarikat-syarikat kita,” katanya.

Beliau juga melontarkan cabaran agar warga PNB berusaha menyaingi prestasi yang telah ditunjukkan oleh syarikat-syarikat pengurusan pelaburan antarabangsa seperti Capital, Fidelity dan Vanguard yang mampu memberikan pulangan berpuluh-puluh kali ganda ke atas pelaburan pelabur-pelabur mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.



Komen saya :-


Tanda-tanda sekim cepat kaya yang nyata - pembohongan semata-mata - yang cepat terpikat pastinya yang perlu wang pulangan cepat. Dengan wujudnya kemudahan internet, pelaburan ini semakin berleluasa kerana ianya sukar dikawal oleh pihak berkuasa.



(i) Pulangan keuntungan wang yang begitu ketara dalam masa yang singkat. Kiranya anda pintar mengira, keuntungan melipatganda yang diperolehi dalam waktu yang sebegitu tentu tidak masuk akal. Tapi dek kerana perasaan tamak manusia.. itu normal.. kita menolak petanda yang jelas.



(ii) Komisen yang menarik bila memperkenalkan pelabur baru.



(iii) Kita tak pasti apa produk atau syarikat yang dilaburkan, kalau ada pun samar2 saja.



(iv) Kita tak pasti siapa yang mendalangi sesuatu syarikat tersebut.



(v) Kalau ada seminar yang dianjurkan, yang ditonjolkan adalah para direktor syarikat yang kaya raya, pekerja yang berpakaian mahal dan pejabat yang terletak di bangunan mahal. Pastinya anda akan bisa tertarik. Itu normal..



(vi) Peraturan pelaburan akan sentiasa berubah. Mulanya dijanjikan pulangan peratusan yang tinggi, selepas itu kiranya tidak dikeluarkan pelaburan asal ianya akan berganda. Tarikan yang tidak bisa ditolak. Apabila tiba waktu pengeluaran wang yang dilaburkan pelbagai alasan yang diberikan. Mulanya ok kemudian perlahan2 KO..



So kalau pelaburan anda ada unsur2 yang saya sebutkan.. faham2 sendiri.. lekas2 keluarkan sebelum terlambat.. Selalunya orang yang terawal dengan jumlah pelaburan sedikit akan mendapat keuntungannya.. Orang yang terkemudian yang melabur jumlah yang besar , tak sempat.. kecundang akhirnya.



Saya faham kerana saya pernah melalui situasi sedemikian.. Akan saya ceritakan kelak.

Sunday, April 29, 2007

I'm new in this blogger world


Hi, I'm a newbies here.

I really love to read blogs written by bloggers - Marina Mahathir & her geng.

So i guess i will try out blogging because there's so many topic that i would like to talk about.

When i read what is written by bloggers such as MarinaM, Susan Loone, Nuraina and others, its really make me think.

There's so many things happening in this world especially in Malaysia. Sometimes i just wonder, is there real justice in Malaysia...

I fully support - Women Bloggers Unite..

Siasat Dulu


Suami buruan polis



Oleh RASHIDI KARIMKANGAR:

Perkahwinan terhebat tahun ini! Itulah gambaran yang mungkin dapat diberikan kepada sepasang pengantin yang bernikah di Perlis baru-baru ini, dengan nilai hantaran RM999,999.99 iaitu kurang satu sen mencecah RM1 juta.


Nilai hantaran tertinggi yang mengatasi mana-mana perkahwinan selebriti atau VVIP di negara ini, diterima pengantin perempuan berusia 27 tahun apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang mendakwa dirinya usahawan dan juga anggota kerabat diraja Brunei pada malam 26 Februari lalu.


Majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman seorang pegawai kanan kerajaan negeri Perlis pada jam 9.30 malam, di depan jurunikah bertauliah berserta dua saksi.Bapa pengantin perempuan, seorang bekas tentera berpangkat mejar berusia 55 tahun dan menetap di Pulau Pinang, turut hadir sebagai wali perempuan.Bagaimanapun, pernikahan sensasi itu dijangka tidak kekal lama berikutan tindakan pengantin perempuan membuat tuntutan fasakh (penceraian) selepas menyedari ditipu suaminya yang kini ditahan polis.


Kes tuntutan penceraian pasangan RM999,999.99 itu akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mei ini.  Sumber berkata, pengantin lelaki yang mempunyai seorang isteri, menyamar sebagai peguam dan mengaku dirinya anggota kerabat diraja Brunei.“Mengikut syarak, pernikahan pasangan ini sah, bagaimanapun belanja hantaran RM999,999.99 dibayar dalam bentuk cek, siap dengan bingkai dan riben sekali.“Selain mas kahwin RM132, pengantin lelaki turut menghadiahkan pemberian lain iaitu sebentuk cincin bernilai RM1,000.“Pengantin perempuan yang berasal dari Pulau Pinang menggunakan alamat di Perlis untuk tujuan berkahwin dan majlis pernikahan dilakukan secara sederhana di rumah seorang pegawai kanan kerajaan,” katanya.Beliau berkata, ketika perkahwinan dilangsungkan, wanita itu masih berstatus anak dara dan tidak menyedari suaminya penipu serta menjadi buruan polis.Katanya, setakat ini tidak pasti sama ada cek wang hantaran belanja itu sudah ditunaikan atau sebaliknya, tetapi difahamkan pihak perempuan menghadapi masalah untuk menunaikan cek itu.“Difahamkan, bapa wanita terbabit mengemukakan saman terhadap menantunya bagi menuntut wang hantaran sebanyak itu,” katanya.


Sumber itu berkata, pengantin perempuan juga terpaksa berdepan tuntutan bil bagi bayaran penginapan suaminya sebanyak RM7,000 daripada sebuah hotel di Alor Star, Kedah.“Pihak perempuan tidak menyedari lelaki terbabit menggunakan namanya untuk menginap di sebuah hotel di Alor Star selama tiga bulan sejak Januari lalu,” katanya.Beliau berkata, pihak perempuan melantik seorang peguam bagi mengemukakan tuntutan fasakh ke atas suaminya dan kes mereka dijangka didengar di mahkamah syariah di sini, Mei ini.Difahamkan, lelaki terbabit kini ditahan polis Klang, Selangor, bagi siasatan beberapa kes penipuan pada Mac lalu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070429110914/Article/indexm_html

**Penipuan berleluasa, dimana2 sahaja, seharusnya kita lebih berhati2 apalagi masa depan kita sebagai wanita.