Tujuan pendedahan ini
adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang belum terkena agar lebih
berhati-hati.
Tahun 2000, kemunculan
abg *suamiku yang lama tak kedengaran berita tentangnya.
Kononnya kini dia telah
berjaya.
Waktu itu, pelaburan di
internet tak sehebat sekarang.
Yang lebih popular
sebelum itu adalah saham pak Man Telo dan yang di Kulim tu ~ entah apa nama ~
dah kantoi dek campurtangan dari Pihak Berkuasa.
Memulakan
'perniagaan'nya di Selatan, kini dia ingin meluaskan ke utara pula. Syarikat
yang diterajuinya beribu pejabat dan berurusniaga di pasaran antarabangsa.
Wow.. hebat bunyinya..
Tujuannya kononnya nak
membantu saudara mara yang hidup susah agar hidup mereka mewah macam dia.
Jadi bermulalah operasi
yang hebat di Utara, seminar2 diadakan dihotel2 mewah.
Begini caranya mudah
je:-
(1) Bawa teman2 hadir
dan mendengar seminar itu.
(2) Anda akan
dimaklumkan bahawa produk yang diniagakan dipasaran antarabangsa
adalah kopi.. jadi
perniagaan ini boleh dianggap halal.
(3) Sekiranya teman
kita melabur iaitu minima RM5ribu, kita akan mendapat komisen 5%.
~ sound familiar??
(4) PelaburanRM4,750
(setelah ditolak komisen RM275) , faedahnya 10% (RM475)
setiap bulan ~ wow
lumayan sungguh..
(5) Mulanya ada diberi
'kad' yang tercatat jumlah dan butir-butir pelabur.
(6) Setiap bulan anda
diberi sehelai kertas (slip putih) dengan cetakan komputer
menunjukkan prestasi
pelaburan anda /keuntungan yang diterima.
(7) Anda boleh membuat
pengeluaran bila2 masa ~ pelaburan asal/faedah.
(8) Untuk menjadikan
ianya lebih menarik, anda boleh pindahmilik.
(9) Anda boleh membuat
penamaan.
(10) Kemudian, sekiranya
faedah pelabur tidak dikeluarkan apabila ianya mencapai seunit,
ia akan mendapat seunit
percuma. Justeru itu kiranya anda mempunyai unit yang
banyak, bermakna wang
anda akan lebih pantas berkembang.. ~ sound more interesting
and tempting, right?
(11) Lepas itu, keluar
pula kenyataan bahawa syarikat akan berhenti dari mengambil
pelabur baru kerna dana
sudah mencukupi. Apalagi pelabur menambahkan pelaburan
mereka, ada yang
pindahmilik pelabur dari ahli yang ingin mengeluarkan pelaburan
mereka. ~ anda lihat
taktik mereka?
(12) Yang paling
menarik adalah anda dapat menjadi pengurus dagangan dan
menguruskan pelaburan
grop anda sendiri. Bila anda sponsor pelabur dibawah
anda dan mencapai
bilangan yang dikehendaki, anda akan diberi tunjuk ajar
oleh pihak syarikat dan
bekerja dengan mereka. Anda tak perlu berpendidikan tinggi.
Bererti Pak direktor ni
begitu suksess kerna ia bisa menghasilkan ramai jutawan dalam masa yang
singkat..
Apalagi dalam masa yang
singkat, kepopulariti syarikat ini memuncak, pelabur bertambah seperti cendawan
yang tumbuh selepas hujan...
Syarikat ini
kemudiaanya mengembangkan 'perniagaan' ke Indonesia, Thailand & Brunei.
Akan kuceritakan dengan
lebih lanjut nanti ~ bersambung.
Basmi skim cepat
kaya -- PM mahu rakyat tampil bantu dakwa pengelola pelaburan
Oleh NAZRULLAH ROSLI
dan ARSHAD KHAN
KUANTAN 29 April –
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat tampil
membantu kerajaan membasmi skim cepat kaya di negara ini termasuk yang
beroperasi melalui Internet.
Beliau menegaskan, kerajaan
tidak berkompromi dalam isu itu dan tetap akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap pengelola-pengelola skim cepat kaya.
Menurut beliau, usaha
membanteras skim cepat kaya hanya dapat dilakukan dengan efektif sekiranya
rakyat membantu kerajaan.
Abdullah berkata,
beliau kesal dan terkilan dengan sikap segelintir anggota masyarakat yang masih
terpedaya dengan pelbagai bentuk instrumen kewangan yang kononnya berupaya
menjana pulangan besar dalam masa yang singkat seperti pelaburan melalui
Internet.
“Saya berharap saudara
saudari tidak langsung memberi sokongan kepada bentuk pelaburan yang tidak
diiktiraf seperti itu agar ia tidak berleluasa dan merugikan rakyat,” kata
Perdana Menteri ketika berucap menutup program Majlis Saham Amanah Malaysia
2007 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini hari ini.
Abdullah berkata, bagi
membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang
mengelolakan skim cepat kaya, kerajaan mengharapkan sokongan rakyat.
Menurutnya, tidak ada
satu bentuk pelaburan yang mampu memberikan jaminan pulangan lumayan kepada
pelabur dalam jangka masa pendek.
“Pelaburan memerlukan
jangka masa panjang untuk membuahkan hasil lumayan. Oleh yang demikian, pelabur
perlu mempunyai kesabaran dan jangan diperdayakan oleh skim pelaburan jangka
pendek yang tidak diketahui asal usulnya,” kata beliau.
Pelaburan dalam saham
amanah seperti yang diperkenalkan oleh PNB, kata Perdana Menteri, adalah jauh
lebih menguntungkan kerana ia mampu memberikan pulangan yang kompetitif setiap
tahun.
Sehubungan itu, beliau
menyarankan rakyat agar membuat pelaburan dalam satu atau dua dana amanah yang
sesuai dengan profil risiko masing-masing seperti yang diuruskan oleh PNB.
Dalam ucapannya,
Abdullah turut memuji kejayaan PNB yang didorong oleh sokongan rakyat serta
profesionalisme pengurusan PNB yang menerajui PNB dan anak-anak syarikatnya
dengan amanah, telus dan jujur.
Beliau mencadangkan PNB
mengambil langkah seterusnya dengan memasuki pasaran kewangan antarabangsa
seperti yang dilakukan oleh kebanyakan institusi pelaburan ulung dunia.
“Dengan arus
globalisasi dan liberalisasi yang semakin dirasai, penglibatan lebih banyak
institusi pelaburan domestik di pasaran antarabangsa merupakan tindakan yang
wajar dalam konteks ini.
“Jika kita telah
berjaya menempa nama dan membina jenama di negara sendiri, saya berpendapat
penjenamaan di peringkat global bukanlah satu cabaran yang di luar kemampuan
syarikat-syarikat kita,” katanya.
Beliau juga melontarkan
cabaran agar warga PNB berusaha menyaingi prestasi yang telah ditunjukkan oleh
syarikat-syarikat pengurusan pelaburan antarabangsa seperti Capital, Fidelity
dan Vanguard yang mampu memberikan pulangan berpuluh-puluh kali ganda ke atas
pelaburan pelabur-pelabur mereka.
Turut hadir pada majlis
itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Permodalan Nasional
Bhd. (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif
PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Komen saya :-
Tanda-tanda sekim cepat kaya yang
nyata - pembohongan semata-mata - yang cepat terpikat pastinya yang perlu wang
pulangan cepat. Dengan wujudnya kemudahan internet, pelaburan ini semakin
berleluasa kerana ianya sukar dikawal oleh pihak berkuasa.
(i) Pulangan keuntungan wang yang
begitu ketara dalam masa yang singkat. Kiranya anda pintar mengira, keuntungan
melipatganda yang diperolehi dalam waktu yang sebegitu tentu tidak masuk akal.
Tapi dek kerana perasaan tamak manusia.. itu normal.. kita menolak petanda yang
jelas.
(ii) Komisen yang menarik bila memperkenalkan
pelabur baru.
(iii) Kita tak pasti apa produk atau
syarikat yang dilaburkan, kalau ada pun samar2 saja.
(iv) Kita tak pasti siapa yang
mendalangi sesuatu syarikat tersebut.
(v) Kalau ada seminar yang
dianjurkan, yang ditonjolkan adalah para direktor syarikat yang kaya raya,
pekerja yang berpakaian mahal dan pejabat yang terletak di bangunan mahal.
Pastinya anda akan bisa tertarik. Itu normal..
(vi) Peraturan pelaburan akan
sentiasa berubah. Mulanya dijanjikan pulangan peratusan yang tinggi, selepas
itu kiranya tidak dikeluarkan pelaburan asal ianya akan berganda. Tarikan yang
tidak bisa ditolak. Apabila tiba waktu pengeluaran wang yang dilaburkan
pelbagai alasan yang diberikan. Mulanya ok kemudian perlahan2 KO..
So kalau pelaburan anda ada unsur2 yang
saya sebutkan.. faham2 sendiri.. lekas2 keluarkan sebelum terlambat.. Selalunya
orang yang terawal dengan jumlah pelaburan sedikit akan mendapat
keuntungannya.. Orang yang terkemudian yang melabur jumlah yang besar , tak
sempat.. kecundang akhirnya.
Saya faham kerana saya pernah melalui
situasi sedemikian.. Akan saya ceritakan kelak.
Hi, I'm a newbies here.
I really love to read
blogs written by bloggers - Marina Mahathir & her geng.
So i guess i will try
out blogging because there's so many topic that i would like to talk about.
When i read what is
written by bloggers such as MarinaM, Susan Loone, Nuraina and others, its
really make me think.
There's so many things
happening in this world especially in Malaysia. Sometimes i just wonder, is
there real justice in Malaysia...
I fully support - Women
Bloggers Unite..
Suami buruan
polis
Oleh RASHIDI
KARIMKANGAR:
Perkahwinan terhebat
tahun ini! Itulah gambaran yang mungkin dapat diberikan kepada sepasang
pengantin yang bernikah di Perlis baru-baru ini, dengan nilai hantaran
RM999,999.99 iaitu kurang satu sen mencecah RM1 juta.
Nilai hantaran
tertinggi yang mengatasi mana-mana perkahwinan selebriti atau VVIP di negara
ini, diterima pengantin perempuan berusia 27 tahun apabila melangsungkan
perkahwinan dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang mendakwa dirinya
usahawan dan juga anggota kerabat diraja Brunei pada malam 26 Februari lalu.
Majlis pernikahan
mereka berlangsung di kediaman seorang pegawai kanan kerajaan negeri Perlis
pada jam 9.30 malam, di depan jurunikah bertauliah berserta dua saksi.Bapa
pengantin perempuan, seorang bekas tentera berpangkat mejar berusia 55 tahun
dan menetap di Pulau Pinang, turut hadir sebagai wali perempuan.Bagaimanapun,
pernikahan sensasi itu dijangka tidak kekal lama berikutan tindakan pengantin
perempuan membuat tuntutan fasakh (penceraian) selepas menyedari ditipu
suaminya yang kini ditahan polis.
Kes tuntutan penceraian
pasangan RM999,999.99 itu akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mei
ini. Sumber berkata, pengantin lelaki
yang mempunyai seorang isteri, menyamar sebagai peguam dan mengaku dirinya
anggota kerabat diraja Brunei.“Mengikut syarak, pernikahan pasangan ini sah,
bagaimanapun belanja hantaran RM999,999.99 dibayar dalam bentuk cek, siap
dengan bingkai dan riben sekali.“Selain mas kahwin RM132, pengantin lelaki
turut menghadiahkan pemberian lain iaitu sebentuk cincin bernilai
RM1,000.“Pengantin perempuan yang berasal dari Pulau Pinang menggunakan alamat
di Perlis untuk tujuan berkahwin dan majlis pernikahan dilakukan secara
sederhana di rumah seorang pegawai kanan kerajaan,” katanya.Beliau berkata,
ketika perkahwinan dilangsungkan, wanita itu masih berstatus anak dara dan
tidak menyedari suaminya penipu serta menjadi buruan polis.Katanya, setakat ini
tidak pasti sama ada cek wang hantaran belanja itu sudah ditunaikan atau
sebaliknya, tetapi difahamkan pihak perempuan menghadapi masalah untuk
menunaikan cek itu.“Difahamkan, bapa wanita terbabit mengemukakan saman
terhadap menantunya bagi menuntut wang hantaran sebanyak itu,” katanya.
Sumber itu berkata,
pengantin perempuan juga terpaksa berdepan tuntutan bil bagi bayaran penginapan
suaminya sebanyak RM7,000 daripada sebuah hotel di Alor Star, Kedah.“Pihak
perempuan tidak menyedari lelaki terbabit menggunakan namanya untuk menginap di
sebuah hotel di Alor Star selama tiga bulan sejak Januari lalu,” katanya.Beliau
berkata, pihak perempuan melantik seorang peguam bagi mengemukakan tuntutan
fasakh ke atas suaminya dan kes mereka dijangka didengar di mahkamah syariah di
sini, Mei ini.Difahamkan, lelaki terbabit kini ditahan polis Klang, Selangor,
bagi siasatan beberapa kes penipuan pada Mac lalu.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/BeritaUtama/20070429110914/Article/indexm_html
**Penipuan berleluasa, dimana2 sahaja, seharusnya kita lebih berhati2
apalagi masa depan kita sebagai wanita.