Wednesday, February 17, 2010

Kenangan Lalu

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa kusedari telah 8 tahun berlalu memori yang menguris hati. Saat yang merubah segala-galanya. Hanya masa dan waktu yang dapat menyembuhkan kelukaan ini. Namun parutnya akan berkekalan sehingga ke hujung hayat.

Sebuah rumahtangga bahagia dengan anak-anak yang sedang membesar. Impianku dari kecil adalah bila meningkat dewasa, ketemu putera idaman yang dicintai, membina mahligai bahagia, menimang cahaya mata, melihat anak2 dari usia kanak-kanak ke dewasa, meniti usia tua bersama, menjadi pasangan yang paling bahagia. Hanya ajal yang dapat memisahkan kami berdua. Bukankah itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga??

Namun apakah impian itu akan menjadi kenyataan atau ianya akan berkubur begitu sahaja.
Apakah ianya akan terkandas di tengah jalan??

Waktu aku mengalir airmata dalam kedukaan, aku berdoa moga2 tiada wanita akan menghadapi dugaan sepertiku. Janganlah wanita dilukai sedemikian. Luka yang tidak tampak, hanya mereka yang pernah melaluinya yang dapat mengerti.

Namun aku pasrah, lalu kubangun semula untuk menghadapi realiti hidup ini. Inilah kehidupan!!

Dunia & Keadilan


Kekadang terfikir di dalam mindaku, apakah masih wujud keadilan di dunia ini.

Keadilan yg dilaungkan oleh setiap manusia.

Kalau adil untuk kita, apakah adil untuk orang lain.

Cuma mereka yang terlibat sahaja yang benar-benar mengetahui.


Pernahkah kita terfikir, pihak yang mana yang benar2nya:-

Yang meliwat

Yang diliwat

Hanya mereka sahaja yang mengetahui perkara yang sebenarnya:-

Menganiayai

Dianiayai


Ada yang pandai berpura-pura

Ada yang berselindung disebalik kealiman

Kita tidak akan dapat membedakan yang mana permata atau kaca semata2,

kerna kekadang kaca yang digilap itu lebih bersinar dari permata yang terlindung.

Justeru itu kita perlu berwaspada.