Thursday, November 25, 2010

Makan-Makan ( Bad Experience - 2 )


Selasa yang lalu, kami sefamili pergi makan malam di Gurney Drive ( gerai terbuka MPPP ) berdekatan dengan Mc Donald Sunrise. Tempat ni memang tidak asing untuk pengunjung yang suka makan pada harga yang berpatutan. Pelbagai makanan dan juadah dapat dinikmati disini. Maklum saja Pulau Pinang kan terkenal sebagai 'syurga makanan'.


Kami makan digerai pasembur yang terkenal(ada gambar chef luar temuramah dengannya). Jadi kami duduk dimeja berhadapan dengan gerainya. Tetapi kami nak order minuman dari gerai bertentangan yang jual air mata kucing.

Sejak kecil lagi, anak-anak memang suka minum air mata kucing di situ. Masalahnya gerai minum sebelah gerai pasembur ni bukan main sibuknya. Katanya tak order air darinya tak boleh duduk di situ.

Bengang juga, tapi dek kerana taknak cari pasal, kami beredar dan duduk di meja berdepan dengan gerai jual minuman yang kami order.

 Selepas tu, nampak satu pasangan yang order satay Melayu berhampiran lalu duduk di meja dekat pasembur, sekali lagi si perempuan India ni, mendekati pasangan tu dan memberitahu kalau tak order air dari dia, takleh duduk disitu.

 Ada juga satu famili pelancong Indonesia yang agak kelihatan agak berada, duduk di hadapan gerai ikan bakar dan order dari uncle jual seafood tu. Apalagi si perempuan tu datang menghampiri mereka dan dengan kasar suruh mereka beredar ke tempat duduk lain kerana katanya kerusi itu milik dia. Walhal uncle jual seafood bakar dan air kata boleh duduk dimana-mana.

Teruk betul perangai perempuan tu. Patutpun biznes dia nampak teruk.. Peniaga-peniaga lain ok je saling bekerjasama.

Habis makan kami beredar dari situ, tetapi ternampak papan pemberitahuan oleh MPPP bahawa penjaja/peniaga tidak boleh menetapkan tempat duduk pengguna. Ada hotline MPPP, apalagi keesokan harinya i buat komplain.


Tuesday, November 23, 2010

Makan-Makan ( Bad Experience )


Pulau Pinang terkenal dengan makanan. Kalau orang luar pasti tidak ketinggalan untuk menikmati makanan kalau datang ke sini.

Bagi saya yang sememangnya berasal dari sini, pastinya lokasi restoran/gerai yang menyajikan makanan sedap dikunjungi.

Tetapi makan-makan ni juga banyak ragamnya. Orang tak kisah kalau mahal tapi enak. Yang orang kisah adalah makanan mahal tapi langsung tak sedap.

Ini kisah saya tentang makan di Penang.

Kelmarin makan tengahari dengan boss disalah satu restoran terkenal Jepun di Gurney yang mempunyai banyak cawangan diseluruh Malaysia. Bagi saya pengemar makanan Jepun restoran ini kerap dikunjungi. Adalah kami order pelbagai makanan dan sushi. Lambat kita tak kisah.

Bila sup kepah (hameguri soup- calm soup)sampai, apalagi perut dah lapar, langsung senduk dan masuk mulut... Terus tertelan sup itu apalagi baunya cukup busuk. Cuba bayangkan kalau makanan laut dah busuk. Nasib baik tak muntah. Tapi kata boss patutnya saya muntah saje ke lantai restoran itu.

Terus komplain, cepat-cepat pelayan disitu ambil balik dan digantikan dengan satu lagi. Tapi saya dah tak ada selera. Imagine even the spoon used stinks. OMG Serik.. takkan order makanan laut lagi.

Kononnya restauran tu menyajikan makanan yang segar. Walaupun pelayan minta maaf kerana saya suruh bau sudu yang busuk tu akibat sup dari kepah yang dah busuk. Masalahnya chef-chef yang diambil adalah pekerja luar yang kerja untuk wang dan bukannya minat. Nasib baik saya adalah pelanggan yang tidak buat heboh atas perkara itu. Dan juga nasib baik malam perut tak meragam.

Ada saya membuat komplain kat website diaorang tapi belum dapat maklumbalas lagi. Bukan apa cuma mahukan pihak pengurusan restauran tu mempastikan hanya makanan terutamanya makanan laut segar disajikan kepada pelanggan dan perkara sebegitu tidak berulang lagi.


Sunday, November 21, 2010

Musim Kahwin

Tiba cuti sekolah merupakan bermulanya musim kahwin. Banyak kad undangan majlis kahwin yang diterima.

Baru tadi menghadiri majlis persandingan anak lelaki kawan sekampung yang kahwin selang beberapa hari dari saya dahulu. Anaknya seusia dengan anak saya yang sulung. Hmm.. orang dah terima menantu.

Menghadiri majlis perkahwinan juga seronok kerana kami dapat berjumpa dengan sahabat handai dan saudara mara dari kampung dulu ( Batu Gantong, Pulau Pinang - Race Course )

Melihat anak-anak sahabat yang kian dewasa, mengingatkan diri begitu pantas masa berlalu, usia semakin meningkat.

Melihat wajah raja sehari yang begitu gembira, membayangkan hasrat murni mereka untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat. Juga mengingatkan saya tentang fantasi saya waktu remaja dahulu.

Buat pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan, sentiasa bertoleransi dan menjadikan hidup bersama suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Pada anda yang akan menaiki jinjang pelamin tahun ini, saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin

Thursday, November 18, 2010

Syukur


Kehidupan ini sebenarnya penuh dengan keindahan meskipun terdapat banyak dugaan yang terpaksa kita harungi.

Kepada anda yang berduka dan menemui jalan buntu, jangan berputus asa.

Setiap pagi bila kita membuka mata, kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini.

Saya selalu teringat pesan oleh Ustazah yang mengajar sewaktu di alam sekolah dahulu. Katanya, kalau kita terasa susah, ada orang yang lebih susah dari kita. Kalau kita tidak pernah berduka, kita tidak akan mengenali dan menikmati kegembiraan. Kalau kita tidak pernah susah, kita tidak akan bersyukur bila kita senang. Ertinya segala rintangan hidup akan menjadikan kita lebih kuat mengharungi kehidupan ini.


Di kala anda berduka kerana peristiwa yang melanda hidup anda dan terasa hidup ini tiada bererti, katakan pada diri bahawasanya anda yang menentukan arah perjalanan hidup anda. Samada anda bangun dan teruskan hidup atau merintih menyalahkan nasib diri. Anda yang tentukan !


Wednesday, November 17, 2010

Suatu hari Di Lebuhraya Utara Selatan


Semalam saya sekeluarga mengambil keputusan untuk beraya di rumah saudara di Ipoh, Perak.

Bayangkan perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh mengambil masa hampir 5 jam. Lebuhraya Utara Selatan penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk balik kampung sempana hari Raya Aidil Adha. Dalam keadaan biasa tempoh masa selama 5 jam, dah sampai KL.

Dengar kata Plus Expressway Berhad terpaksa menutup jalan untuk kerja-kerja penyelengaraan.

Hmm, banyak kereta yang berhenti disebabkan kehabisan minyak, kereta rosak dan pelbagai hal. Semua orang tertanya apa sebenarnya yang berlaku.

Faham-faham je lah kereta bergerak terlalu perlahan, agaknya jalan kaki pun lebih cepat.

Kami ketawa terbahak-bahak dalam kereta melihat gelagat manusia yang berhenti tepi. Ada yang tidak dapat menahan sakit perut agaknya, mencari tempat sesuai untuk melegakan perut. Disini juga kita dapat melihat semangat 1 Malaysia dimana orang dari pelbagai kaum berbual sambil menunggu. Cuma selepas terowong ke Ipoh je, lalu lintas menjadi lancar semula.

Masa tu, saya bayangkan kalau kemalangan besar terjadi yang melibatkan lori yang membawa bahan mudah terbakar di terowong penuh sesak, apakah Plus Expressway Berhad atau agensi kerajaan mempunyai pelan kontigensi untuk mengendalikan situasi sebegini. Agaknya saya terlampau menonton filem-filem Barat yang memaparkan situasi cemas. Tau-tau je lah bila manusia bila mula panik, keadaan menjadi teruk dan tidak terkawal. Harap-harap Malaysia mempunyai agensi yang mahir dan bersedia dalam mentangani malapetaka seperti ini.

Akhirnya kami berasa lega dan bersyukur kerana sampai ke destinasi dengan selamat walaupun lambat.

Kepada kaum beragama Islam, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.