The secret of health for both mind and body is not to mourn for the past, worry about the future, or anticipate troubles but to live in the present moment wisely and earnestly.
Kanser - Perkataan yang
amat ditakuti oleh setiap orang.
Kanser payu dara dan
pangkal rahim merupakan antara penyakit pembunuh nombor 1 kaum wanita masa
kini.
Kerapkali mendengar
saudara, teman menderita akibat penyakit ini. Sekiranya penyakit ini dapat
dikesan awal, peratusan untuk sembuh adalah tinggi.
Justeru itu, khususnya
wanita jangan ambil mudah kesihatan diri. Setiap tahun buat pemeriksaan
mamogram dan pep smear. Tiada ada apa yang lebih bernilai selain dari kesihatan
yang baik.
Apa yang kita boleh
buat untuk membantu golongan miskin yang menderita penyakit ini. Selain dari
sokongan moral, saya berpendapat bahawa golongan ini seharusnya dibantu dari
segi kewangan bagi mengurangi beban yang ditanggung oleh insan-insan yang tidak
bernasib baik ini.
Jadi setiap bulan saya
menyumbangkan sedikit wang melalui auto debit akaun kepada MAKNA. Saya berharap
sumbngan yang tak seberapa dapat sedikit sebanyak membantu pesakit-pesakit
kanser. Saya rasa kalau lebih ramai yang berbuat demikian, tentu lebih ramai pesakit
yang dapat manfaat darinya.
Sebahagian wang dari
hasil kitar semula yang saya praktikkan, saya kumpul untuk tujuan ini.
Kelak bila wang rm50
pertama saya perolehi dari nuffnang, ingin saya sumbangkan kepada MAKNA.
Anda bila lagi??
Sempena bulan Ramadan
ini, selamat berpuasa dan bersedekahlah. Moga-moga hidup anda diberkati.
Nampaknya, hidup kita
sentiasa dikelilingi dengan hutang.
Beli rumah hutang, beli
kereta hutang, itu antara keperluan hidup. Cuba hitung berapa banyak yang kita
dah bayar sebenarnya apabila hutang dengan bank dah selesai
Ada yang lebih teruk
hutang kad kredit.Lebih padah kalau hutang ah long. Dah banyak kes yang kita
baca derita kaum keluarga si peminjam terpaksa tanggung angkara meminjam dari
ah long tapi tak bayar.Yang teruk tu, pinjam untuk berjudi. Ada yang meminjam
untuk buat kenduri kahwin, kononnya nak buat kenduri besar. Alahai, kalau tak
berduit buat ala kadar saja.laksanakan apa yang wajib. Itu yang penting.
Hutang perlu
dilangsaikan. Hutang budi sesama manusia. Hutang pada yang Maha Esa.