Saturday, July 28, 2012

Sijil Ijazah Palsu ( Universiti Luar Negara )

Sijil Palsu Lagi..

Baru-baru ini sebuah akhbar Bahasa Melayu membongkarkan kegiatan sindiket menjual sijil-sijil dan ijazah palsu bernilai hampir RM5 juta yang mula beroperasi sejak 2003.







Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.

Petikan dari akhbar baru-baru ini .

Petikan dari Star online 09.08.2012 - Ramai menggunakan
Sijil Ijazah Palsu

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jalan mudah mahu cari rezeki
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
  
SIASAT...antara mekanisme boleh digunakan untuk menentukan kesahihan kelayakan ialah dengan mendekati rakan terdekat untuk memperoleh maklumat. - Gambar hiasan
KETIKA kerajaan berusaha mencapai status cemerlang dan profesional dalam industri pendidikan, imejnya sedikit tercalar dengan isu ijazah dan graduan palsu, baru-baru ini.

Biarpun dianggap kes terpencil, isu berkenaan masih dianggap besar dan perlu ditangani segera bagi memastikan imej institusi pendidikan tinggi lain tidak terjejas atau dipersoalkan.

JALAN PINTAS...terlampau girang atau terdesak memperoleh ijazah menjadikan ada pihak yang tidak berfikir panjang mengambil jalan pintas biarpun salah di sisi undang-undang. - Gambar hiasan

JANGAN TERBURU-BURU...majikan dinasihatkan supaya menyelidik keaslian dan ketulenan latar belakang juga kelayakan calon pekerja sebelum menawarkan pekerjaan supaya tidak tertipu. - Gambar hiasan
Penipuan itu juga menimbulkan tanggapan lebih memalukan dengan memperlihatkan betapa terdesaknya masyarakat memperoleh status tinggi walaupun melalui jalan salah.

Mengapa ia berlaku sedangkan pengawalan ketat diberikan tanpa kompromi. Adakah pihak berkenaan hanya memikirkan keuntungan dan kepentingan diri semata-mata hingga melanggar tatasusila serta undang-undang?

Timbalan Rektor Perancangan dan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Md Tahir Md Azhar berkata, persoalan perlu ditekankan ialah soal etika yang menjadi kata kunci terhadap segala tindakan.

Beliau berkata, jika seseorang mempunyai nilai etika yang tinggi, mereka tidak mungkin tergamak melakukan kesalahan dengan mengambil jalan pintas bagi memperoleh ijazah ataupun menyediakan institusi palsu.

“Malangnya, mereka yang ‘terdesak’ ini tidak mahu memikirkan soal itu, sebaliknya bersikap ambil mudah dan sanggup melanggar etika, nilai moral serta melakukan kesalahan undang-undang demi memuaskan kehendak hati.

“Yang penting, keuntungan, mempunyai kelulusan hebat setara orang lain hingga mampu mengagumkan masyarakat dan dipandang tinggi kerana kelebihan pada diri,” katanya.

Beliau mengakui, fenomena itu ada kaitan dengan persaingan sengit dalam kerjaya sehingga mendorong seseorang itu melakukan apa saja, apatah lagi dengan sikap majikan yang terlalu memilih.

Kebiasaannya, katanya, ijazah dari luar negara selalu dipandang tinggi menyebabkan ada yang mengambil kesempatan untuk menawarkan sesuatu secara mudah.

“Mereka menggunakan peluang ini untuk meraih keuntungan manakala pihak terdesak pula tidak peduli latar belakang institusi yang dipilih. Asalkan ada bukti kelayakan luar negara sudah memadai.

“Adanya permintaan dan penawaran ini menyebabkan perkara ini berlaku biarpun apa ditawarkan itu ada kalanya tidak masuk akal, ia salah di sisi undang-undang selain ‘mengotorkan’ nama industri pendidikan,” katanya.

Enggan mengaitkannya dengan kesalahan pihak tertentu, apa lebih dibimbangi ialah ijazah atau graduan palsu itu boleh memberi kesan tidak terduga terhadap profesionalisme sesuatu institusi.
Memberi contoh institusi pengajian tinggi, katanya, mereka yang ‘palsu’ ini boleh menjejaskan kredibiliti, nama baik juga kewibawaan institusi juga warga keseluruhannya terutama mahasiswa.

“Misalnya, pensyarah palsu biarpun mempunyai kelayakan berjela-jela atau gah, belum tentu mampu menjadi pensyarah berwibawa dan memenuhi standard universiti.

“Pensyarah palsu biasanya gagal menjalankan tugasan dengan baik tetapi lebih bahaya kesannya kepada pelajar yang mereka didik.

“Justeru, ia bukan perkara kecil yang boleh dipandang sebelah mata kerana kesannya sangat besar dalam mempengaruhi sistem sedia ada,” katanya mengakui kes pemalsuan ijazah atau graduan bukanlah baru di negara ini namun lebih ketara berlaku di negara luar.

“Di sini, ia boleh dianggap terpencil dan masih dalam kawalan namun di negara luar, keadaannya berbeza terutama jika pemohonnya datang dari negara yang mempunyai universiti tidak dikenali.

“Bagaimanapun, setiap negara ada polisi sendiri bagaimana menanganinya dan kepekaan itu penting bagi memastikan penipuan dilakukan itu mampu disekat,” katanya.

Katanya, bidang bukan profesional antara berpotensi tinggi melakukan penipuan kerana kurang mempunyai badan profesional yang memantau.

“Bidang yang mempunyai badan profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan perundangan jarang dipalsukan kerana mereka mempunyai polisi ketat dan sentiasa dikawal.

“Yang sering menjadi mangsa ialah bidang seperti pengurusan dan pentadbiran kerana bukan saja penawaran terhadap program sangat luas, malah membabitkan banyak institusi.

“Jadi, pemantauan sukar dilakukan dan membolehkan bidang berkenaan ‘diceroboh’ mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Bagi memastikan kesahihan dan ketulenan ijazah atau graduan, ada pendekatan tertentu boleh digunakan.
“Kami sentiasa peka, berhubungan dengan universiti asal, menyertakan sijil kelayakan asli selain mendapatkan maklumat daripada rakan terdekat juga pandangan ahli profesional sealiran.

“Jika ia dilakukan dengan tegas, saya percaya masalah ini boleh dibendung dan mereka yang bersalah tentu tidak yakin mahu melakukan kesalahan.

“Masalahnya, bukan semua bersikap seperti itu dan mudah percaya pada kelayakan yang tertera pada sekeping kertas,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga berpesan agar majikan tidak terlalu taksub jika disogokkan dengan kelayakan berjela-jela.

“Jangan ada sikap ambil mudah dan taksub dengan kelebihan calon. Selidik dulu kebenaran terutama jika disertakan dengan kelayakan tidak masuk akal.

“Jika ada pencegahan dan pengawalan ketat, saya percaya mereka ini juga tidak berani meneruskan langkah sumbang menggunakan ijazah atau menjadi graduan palsu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/05
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Saya berpendapat mereka yang membelinya jelas bukan 'mangsa' penipuan sindiket ini. Ini adalah kerana mereka sememangnya tahu bahawa ijazah yang diperolehinya bukan tulen. Begitu mudah, tidak perlu hadir kuliah, tidak perlu buat kerja apa-apa, cuma perlu bayar je.. nah.. siap sijil dengan foto konvokesyen sekali.. dahsyat tu .. dari luar negara pula.

Bagi mereka yang berjaya melepasi temuduga dengan menggunakan ijazah palsu dan kini sedang memegang jawatan penting, nampaknya perbuatan salah lama anda kembali menghantui anda. Mungkin anda sekarang sememangnya membuktikan anda seorang pekerja yang cekap, tapi cara anda memasuki syarikat anda adalah salah. Tentu anda kini dalam serba salah. Mengaku sajalah sebelum anda dikesan.

Bagi Dato atau Dato Sri yang juga membeli sijil palsu tu, anda apa kurangnya.. Kononnya 'tertipu' atau anda yang hendak menipu. Tentunya bangga apabila foto dan ijazah terpampang di kamar syarikat anda. Dan tentu ramai yang terpegun dengan 'kebijaksanaan' anda.

Atau mungkin anda salah seorang bekas pelajar universiti yang terkandas separuh jalan, tidak sempat menghabiskan pembelajaran anda.

Apapun alasan anda, cara anda SALAH..

Ingatlah sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

** Teringat saya suatu ketika dahulu, saya diperkenalkan dengan seorang ahli perniagaan. Cara percakapan pun lintang pukang, tidak profesional dan saya boleh agak dia tidaklah bersekolah tinggi. Namun bila diserahkan kepada saya kad namanya, tertera kelulusannya termasuk PHD. Bila berlalu sahaja, boss saya dengan selamba berkata dengan saya, PHD dari mana agaknya dia beli.. Saya pun tergelak.


Monday, July 16, 2012

Lompat

Lagi MP PKR Dakwa Ditawar Lompat Parti



     
SHAH ALAM: Pembangkang pada Khamis meneruskan lagi siri dakwaan wakil rakyat mereka ditawar melompat parti dengan tawaran lumayan sehingga RM20 juta seorang.

Menerusi pendedahan itu, tawaran berkenaan dibuat kepada tiga lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Loh Gwo Bourne (Kelana Jaya).


Amran mendakwa ketiga-tiga mereka adalah antara lapan Ahli Parlimen yang dipujuk untuk melompak parti agar menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjadi wakil rakyat bebas.

"Tawaran bermula dengan RM10 juta seorang tetapi akhirnya menjadi RM20 juta seorang. Tapi mereka menjelaskan pakej ini akan berlaku apabila semua lapan orang yang ditemui melompat parti.


"Daripada lapan orang yang cuba dipujuk itu hanya lima sahaja terpengaruh dengan tawaran tersebut dan meninggalkan Pakatan Rakyat menjadi wakil rakyat bebas," katanya pada sidang media di lobi bangunan annex Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Difahamkan lima Ahli Parlimen berkenaan merujuk kepada Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil (Bagan Serai) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) yang kini menjadi wakil rakyat bebas.


Sebelum ini Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mendakwa pernah ditawar untuk melompat parti dengan tawaran sebanyak RM5 juta pada Januari 2010.

Petikan dari :  http://mstar.com.my/berita

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lompat Si Katak Lompat, Lompatlah Tinggi Tinggi, Cepatlah YB Cepat, Cepatlah Lompat, Nilai Ditawar Amatlah Tinggi.



Tidak suka membaca atau berbincang pasal politik.  Lebih baik beri tumpuan pada kerja.  Soal siapa menang atau kalah, yang miskin tetap miskin.  Yang kaya semakin kaya.  Itulah realitinya.

Orang miskin bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi, memikirkan bagaimana hendak mencari rezeki untuk mengisi perut anak-anak yang kelaparan, bertungkus lumus, berhempas pulas untuk meningkatkan kehidupan yang lebih baik, tempat selesa untuk berteduh.  Apakah golongan ini mendapat perhatian sewajarnya??  Apakah YB mengambil tahu tentang mereka-mereka yang memberi mandat pada anda?  Atau hanya turun padang apabila musim pilihanraya sudah hampir menjelang?







9 Hari TanpaMu

Sentimental semacam je nie….  Sebenarnya ini bukan soal tanpa kekasih, yang ini lebih penting dari itu.
Tak keruan hidup ini rasanya tanpanya.  Tak dapat kubayangkan hidup ini tanpanya.
9 hari tanpamu serasa begitu lama.  Iskkk.. bermadah pulak jadinya.  Jangan salah faham, saya bukannya dilamun cinta kerana soal cinta bagi saya sudah terlalu usang dan ditelan waktu dan zaman.

Ini soal  ... rangkaian internet di rumah..


Sebenarnya rangkaian internet di apartment saya sering mengalami kerosakan akhir-akhir ini.  Selalunya sebulan sehari dua, masalah sudah diselesaikan.  Namun kali ini, hampehhh..Mengapalah Penangfon ni asyik buat hal je.

Apa tidaknya 9 hari tanpa internet di rumah.  Memang boleh gak menggunakan internet di tempat kerja.  Tetapi prinsip hidup saya, di kala kerja tumpuan hanya pada pekerjaan.  Bukan mencuri tulang, curi-curi masuk internet untuk soal peribadi.  Kalaupun saya menggunakan internet di pejabat untuk soal peribadi selalunya waktu rehat makan atau selesai kerja.  Itupun selalu untuk membayar bil boss yang berlambak.  Ok juga sebab bayar online menggunakan kad kredit, ada ganjarannya.  Minggu lepas memang kerja bertimbun, sampai 9 pagi sahaja di pejabat, memang konsentrasi pada kerja hingga waktu pulang.  Itupun waktu pulang selalunya berlanjutan hingga hampir 7 malam.  Entahlah mungkin sudah lumrah dan kebiasaan, kerja hendak disiapkan dan tidak menunda sehingga ke saat akhir.  Begitulah pantasnya waktu berlalu. 

Kini sudah masuk bulan Julai, beberapa hari lagi sudah menjelang bulan Ramadan.  Tiba saat umat Islam berpuasa.  Pada seluruh umat Islam, saya ucapkan Selamat Berpuasa..

Berbalik kepada PENANGFON, sebenarnya sudah hampir sedekad menggunakan khidmatnya.  Selalunya saya berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan harganya pun murah RM60 sahaja.

Residential Package

For Non-Landed Properties (Condominiums/Apartments):
Ethernet-To-The-Home Broadband (ETTH)
2 Mbps Upload/Download Unlimited Internet Access


Monthly fee of only RM60.00 for unlimited access @ 2Mbps
2Mbps Download / Upload
3 months deposit
Minimum subscription of 1 year
Speed of service is on best effort basis
One time Service Activation Fee of RM40.00, and Installation Charges of RM80.00

Mungkin wayar internet apartment ni kena tukar, atau apa-apa je.  Nasib baik semalam internet kembali berfungsi seperti sedia kala.  Hitung punya hitung dah 9 hari berlalu.

9 hari tak dapat bayar bil-bil, baca berita ditalian, semak email, tulis blog, seribu macam perkara yang seolah-olah ketinggalan.  Begitulah pentingnya internet di era ini.  Tanpanya rindu bukan main lagi.

Harap-harap lepas ini, talian internet ini tidak akan buat hal lagi..

Masih setia pada Penangfon






Tuesday, July 3, 2012

Sijil Ijazah Palsu USM

Berita terkini  : 03 Julai 2012

Siasatan polis membongkar terdapat 20 orang yang telah membayar RM 4,888.00 kepada satu sindiket untuk membeli sijil ijazah palsu dari Universiti Sains Malaysia.  Kata Pemangku Ketua SAC II Datuk Abdul Rahim Jaffar, mereka memasukkan wang ke dalam 8 akaun berasingan di bawah nama salah seorang suspek.

Sindiket itu berjanji untuk memuatkan nama pembeli ke dalam pengkalan data USM menggunakan perisian khas tetapi kemudian tidak menjawab sebarang panggilan setelah wang dimasukkan ke dalam bank mereka.

Siasatan awal menunjukkan bukan kerja orang dalam. Kata SAC II Datuk Abdul Rahim, sindiket itu mungkin memulakan operasinya lebih kurang 4 bulan lepas, tambahnya harga ‘sijil’ tersebut ( RM 4,888 ) melambangkan nasib baik.

Dalang sindiket ini adalah seorang wanita berusia 24 tahun yang merupakan bekas pelajar USM.

Sumber polis berkata, wanita itu mempunyai akaun Facebook yang menawarkan ijazah palsu dan memperolehi  516 ‘likes’.

Selain dari bekas pelajar itu,  seorang wanita berusia 25 tahun dan suspek lelaki ditahan di sebuah rumah di Kampar, Perak pada hari Sabtu.

Polis merampas beberapa komputer dan salinan lembut ijazah USM di dalam salah sebuah komputer.
_________________________________________________________________________________

05 Julai 2012

GEORGE TOWN: Polis menyeru ‘mangsa’ yang membayar untuk sijil ijazah palsu USM tampil untuk memberi kenyataan mereka.

George Town OCPD Asst Comm Gan Kong Meng berkata setakat ini tiada seorang pun yang tampil.

“ Kami tidak akan menangkap mereka.  Tetapi sekiranya mereka menolak, kami boleh menghantar notis di bawah Seksyen 111 Kod Prosedur Jenayah untuk memaksa mereka memberi kenyataan,” katanya.


Nampaknya anak-anak muda sekarang hendak senang tanpa perlu bekerja keras.  Setiap hari kita mendengar pelbagai penipuan.

Jelas di sini si pembeli dan penjual sama-sama bersalah.  Kedua-dua pihak penipu.

Apa tidaknya si penjual, yang tentunya otak geliga, namun menggunakan kepandaian dengan cara yang salah.

Si Pembeli pula, nak dapatkan ijazah dengan mudah tanpa bersusah payah menghadiri universiti.  Hanya cuma dengan membayar sahaja.  Tentu ada motif dan sanggup membayar untuk memperolehi ijazah palsu ini.

Bayangkan 20 orang x RM 4,888.00  =  RM 97,760.00 / 3  =  RM 32,586 seorang ( dibahagi 3 suspek, seorang mendapat RM 32,000 ) Itu baru 20 orang, mungkin lebih yang dah ‘melabur’.

Adakah manusia sekarang dinilai dari wang dan ijazah semata-mata???  Sehingga orang sanggup untuk menjual dan membelinya. 


**Sekiranya anda salah seorang 'mangsa' dalam kes ini, nasihat saya baik anda tampil untuk memberi kenyataan kepada polis sebelum polis mengesan anda.