Saya bangga menjadi anak
Malaysia. Walaupun hidup tidak
dilimpahi kemewahan namun bagi saya segala-galanya adalah mencukupi.
Alhamdulillah saya
dilahirkan di Malaysia, bukannya di Negara lain dimana wanita dilayan semacam
barangan yang tidak bernilai. Kedua-dua
ibu bapa saya, anak kelahiran Malaysia, golongan berpendapatan sederhana. Saya mendapat pendidikan awal sehingga ke
menengah atas. Tidak buta huruf seperti
wanita di Negara lain. Sejak kecil saya
mendapat rawatan di klinik dan hospital kerajaan, percuma atau kadangkala
dikenakan bayaran RM1. Berkahwin pada usia
muda, kemudian melahirkan anak-anak, saya punya pilihan bersalin di hospital
kerajaan atau swasta.
Peluang pekerjaan banyak terdapat di Malaysia, saya tidak perlu ke luar Negara untuk mencari pekerjaan seperti wanita dari Negara lain. Ekonomi Malaysia mantap, bukan sepeti Negara Luar yang mengalami krisis dan bangkrap. Saya menikmati kemudahan infrastruktur yang baik meskipun terpaksa membayar tol atau feri.
Peluang pekerjaan banyak terdapat di Malaysia, saya tidak perlu ke luar Negara untuk mencari pekerjaan seperti wanita dari Negara lain. Ekonomi Malaysia mantap, bukan sepeti Negara Luar yang mengalami krisis dan bangkrap. Saya menikmati kemudahan infrastruktur yang baik meskipun terpaksa membayar tol atau feri.
Sejak kecil, saya
menikmati kehidupan selesa dan bebas di kampung.
Membesar dikampung , hubungan antara teman-teman adalah akrab tanpa
mengira kaum. Di sekolah pula, hubungan
yang terjalin di antara teman-teman berbilang kaum jelas sekali. Budaya dan fahaman agama yang berlainan tidak
menjadi penghalang. Bukan seperti Negara Luar yang sentiasa mempunyai konflik dalaman dan peperangan. Bunyi tembakan dan meriam menjadi muzik yang berkumandang dan mereka sentiasa dalam ketakutan, nyawa dalam bahaya.
Saya memiliki rumah
untuk berteduh, tidak seperti Negara lain yang rakyatnya ada yang terpaksa
tinggal di jalanan.
Di Malaysia, saya
berpeluang untuk mengundi pada pilihanraya untuk memilih bakal pemimpin yang
akan menerajui kepimpinan bagi menjadikan Malaysia lebih aman, makmur dan
gemilang.
Di Malaysia, cuti
perayaan cukup banyak. Bertuah sekali
kerana di kala itu, peluang untuk saling
mengunjungi tidak pernah dilepaskan. Maklum sahaja , zaman kanak-kanak, perayaan
merupakan sesuatu yang dinantikan. Di Malaysia, para ahli politik boleh berlainan pendapat, tetapi anda dapat melihat mereka bersama ketika meraikan sesuatu perayaan.
Di Malaysia, kita dapat
menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Harganya berpatutan. Yang penting, ianya sedap.
Di Malaysia, terdapat
banyak destinasi percutian yang menyeronokkan.
Kalau tidak, masakan pelancong luar Negara berpusu-pusu mengunjungi Malaysia.
Sikap peramah, saling
hormat menghormati yang tersemai pada setiap rakyat Malaysia, antara sebab
mengapa saya bersyukur saya orang Malaysia.
Apa yang saya nikmati
dahulu, anak-anak saya pula merasainya.
Tentunya kehidupan sekarang adalah lebih baik dibandingkan zaman ibu
bapa saya dahulu.
Zaman berlalu, wujudnya
internet menjadikan segala-galanya lebih mudah.
Namun generasi sekarang sepatutnya disedarkan betapa bertuahnya mereka
dilahirkan di bumi bertuah, Malaysia.
Semoga semua yang saya
sebutkan di atas akan kekal dan menjadi lebih baik di masa depan. Semoga pemimpin Malaysia akan membawanya ke
mercu kejayaan.
Memang Malaysia bukan
sebuah Negara yang sempurna segala-galanya.
Kalau anda hendak melihatnya dari keburukannya sahaja, senarai aduan
anda tentu berjela-jela. Namun saya
memilih untuk melihat kelebihan , kebaikannya.
Atas dasar itu saya bersyukur kerana inilah tanah tumpahnya darahku. Bersama-sama kita rakyat Malaysia bersatu padu menjadikan impian kita suatu realiti. Satu Malaysia - untuk semua kaum di Malaysia.
Terima kasih Malaysia !!