Saya sentiasa berpendapat kita perlu berbaik dengan jiran-jiran
kita. Masalahnya zaman sekarang, kita
hanya sekadar bertegur sapa dengan jiran sebelah. Kata orang, ‘Hai, hai, bye, bye’. Apalagi tinggal di pangsapuri. Kalau lebih-lebih sangat kita akan dikatakan
‘busybody’. Balik rumah, pintu pun
ditutup. Jiran ada atau tiada pun kita
tidak tahu. Sebab itu saya lebih sukakan
suasana kehidupan di kampong, pintu rumah tak berkunci pun. Takdah pun penyangak. Kalau di pangsapuri, kasut tinggal kat luar disebalik
pintu besi pun boleh ghaib.
Berbalik kepada kisah jiran yang berperangai buruk , teringat lebih
20 tahun dahulu. Waktu itu saya baru
berkahwin. Berpindah ke rumah pangsa kos
rendah, satu bilik, yang disewa dari kakak ipar saya.
Kisah jiran A, B dan C. Jiran
A tinggal bersebelahan sederet dengan saya.
Jiran B pula tinggal bertentangan dengan Jiran A. Jiran C pula tinggal bersebelahan dengan
Jiran B. Bila saya melalui rumah-rumah
mereka, sebagai pasangan muda yang baru berkahwin, saya selalu menegur mereka
dan memanggil mereka kakak.
Suatu hari saya terdengar, suara jerit orang bergaduh. Suara nyaring dari Jiran C. Dia menuduh kononnya jiran A & B menuang
minyak di depan rumahnya. Sebenarnya
rumahnya betul-betul berhadapan dengan tangga, jadi mungkin ada orang yang
berjalan tertumpah minyak di situ.
Maklum sahaja tingkat 2, jadi ramai juga orang melalui situ.
Setiap minggu, ada-ada sahaja Jiran C ini mencari pasal. Suara marah-marahnya kedengaran dari rumah
saya. Kononnya ada orang yang meletakkan
‘guna-guna’ di depan rumahnya. Macam-macam
tuduhan yang dilemparkan kepada jiran A & B. Sampai di satu tahap, JIran A & B
termasuk suami-suami mereka bertengkar dengannya dan membuat lapuran polis
kerana tidak tertahan dan malu dengan kerenahnya !
Jiran A mula membuka cerita bila saya tanya apa masalahnya. Katanya dulu dia sangat baik dengan Jiran C
kerana dia lebih tua dan dianggapnya macam kakak sendiri. Masalahnya kerana terlalu rapat. Jiran C
merasa iri hati. Maklum sahaja dia
isteri muda dan selalu ditinggalkan sedangkan Jiran A mempunyai suami yang penyayang. Begitu juga dengan Jiran B.
Saya masih ingat nasihat kakak A dan B, jangan terlalu rapat dengan
orang lain. Kerana kita belum tentu tahu
hati budinya. Bila tahu mungkin sudah
terlambat.
Kalau cucu Jiran C ini bermain dengan anak-anak jiran, pantang je cucunya menangis, dia akan maki-maki budak-budak lain.
Kalau cucu Jiran C ini bermain dengan anak-anak jiran, pantang je cucunya menangis, dia akan maki-maki budak-budak lain.
Suatu hari cucunya bermain dengan anak sulung saya ( 3 tahun ) pulang ke rumahnya menangis. Apalagi dari jauh suara
marahnya kedengaran. Saya pun memarahi
anak saya dengan lantang dengan cara menyindirnya.
‘Budak-budak bermain, orang tua nak masuk campur, patutpun tiada
sesiapa hendak bermain dengan cucunya’.
Pantang saya kalau budak-budak bergaduh, orang tua masuk campur. Nanti mereka berbaik, kita yang tua bermasam
muka.
Jiran C cuba berbaik dengan saya, namun saya cuma senyum dan
menyapanya sahaja selepas itu.
Dipendekkan cerita, Jiran A & B berpindah ke pangsapuri yang
lebih baik. Selepas 5 tahun, saya
berpindah ke pangsapuri yang lebih selesa.
Jiran C masih disitu.
Baru-baru ini , saya ada terserempak dengannya semasa memasuki bilik
air wanita sebuah bangunan. Rupa-rupanya
dia bekerja sebagai tukang cuci di situ dan dia masih ingat dan menegur saya!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam-macam perangai manusia ini.
Kalau kita tidak terlibat dalam kemelut seperti ini, kita tidak akan percaya
adanya golongan begini.