Dua Wanita Lapur Keganasan Rumahtangga Selepas Diserang
Seorang wanita yang dipukul oleh suaminya hampir setiap hari selama 17
tahun, akhirnya meninggalkannya setelah serangan terbarunya menyebabkan wanita
itu terlantar di hospital selama 2 hari.
Harian Metro semalam melapurkan bahawa wanita itu, dikenali hanya sebagai Wati, 42
merancang untuk meninggalkan rumahnya di Kajang disebabkan suaminya akan memukulnya
hanya disebabkan sedikit provokasi.
Dalam kejadian terbaru, pada pukul 4 pagi Isnin, Wati cuba menghentikan
suaminya yang ketika itu memukul anak lelaki mereka yang berusia 14 tahun
kerana lupa menutup suis televisyen di ruang tamu.
Suaminya kemudian mengalih kepadanya, lalu menumbuk dan menendangnya.
‘Dia hanya berhenti menyerang saya setelah melihat saya tidak berdaya untuk
berlawan balik,” ujar Wati, menambah bahawa dia mengalami kecederaan pada kaki
serta tubuhnya, dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
“Walaupun dia sudah banyak kali memukul saya, yang terbaru ini adalah
paling teruk”.
“Sebaik sahaja saya pulih, saya akan melarikan diri,” katanya
Polis berkata penyiasatan sedang dijalankan.
Dalam kes keganasan rumahtangga yang lain, seorang lelaki menendang
isterinya dan mengugut untuk membaling bayi mereka ke lantai bila dia naik
marah apabila bayi mereka berusia setahun itu jatuh ke atasnya.
Harian Metro melapurkan bahawa isterinya sedang mengejutkannya dari tidur pada 7.30
pagi Rabu apabila bayi perempuan mereka jatuh ke atasnya.
Menurut sumber polis, lelaki itu menjadi jengkel apabila dikejutkan dari
tidur dan mula menendang isterinya yang cuba mengangkat bayi perempuan mereka.
“Dia kemudian mula menolak bayi mereka dari
katil dan isterinya sempat mencapainya.
“Kemudian
lelaki itu menampar bayi itu,” kata sumber.
Wanita itu
membuat lapuran polis.
Petikan
dari : http://thestar.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
(Akta
521)