Tuesday, May 28, 2013

Kerinduan


Rindu itu datang menyapa lagi.  Hadir tanpa diundang.

Bila rindu, ku tatap gambarmu.  Apakah kerinduan itu bisa hilang. Atau rindu semakin menebal.

Bila rindu, ku baca blogmu.  Lalu aku tersenyum sendirian.

 


Rindu ( Ngintom – Bahasa Suku Kaum Bajau )

Rindu ( Kerong - Bahasa Boyan)

Rindu ( Siyen – Bahasa Melanau Mukah )

Rindu ( Kangen – Bahasa Indonesia )

Rindu ( Miss – Bahasa Inggeris )  I miss You !

 

Pastinya anda kini sedang merindui seseorang !!
 
 

 
Rindu Bayangan - Nyanyian Jay Jay
 
 
 

Tuesday, May 14, 2013

Harapan


‘Rumah Siap Pahat Berbunyi’ begitu tepatnya peribahasa ini.

Saya kira selepas 05 Mei 2013, semuanya akan berakhir.  Undi rakyat telah dijalankan dan keputusan telah diketahui.  Majoriti menang.  Titik Nokhtah.  Keputusan seharusnya diterima. Kalau tidak puashati, ada saluran yang boleh dikemukakan.

Bagi yang menang, mulakan langkah dengan semangat baru.

Bagi yang kalah, esok masih ada.  Kalau ini Kalilah tak menjadi, Lain kalilah masih ada.

Saya pergi mengundi di sebelah pagi.  Peluang ini digunakan untuk berjumpa dengan sanak saudara dan teman sekampung.  Ini adalah kerana walaupun kebanyakan dari mereka telah berpindah ke daerah lain, namun kawasan mengundi masih dikekalkan.

Saya bersama kakak ipar berhenti untuk menyemak nama dan diberikan nombor barisan.  Saya bertuah kerana barisan saya adalah pendek sahaja.  Waktu itu kira-kira pukul 10 pagi.  Keadaan tenang.  Saya melangkah masuk, nama dibaca dan kuku dicalit dengan dakwat kekal berwarna biru. Agak basah.

Tanda saya sudah mengundi
 
Saya mengambil 2 kertas, pangkah, masukkan ke dalam 2 kotak berasingan dan keluar dari bilik undian.

Bagi saya apapun keputusan, saya terima.  Yang penting, kerajaan baru yang diberi mandat harus segera mengambil langkah untuk menunaikan janji kepada rakyat. 

Saya singgah makan dan bersembang.  Terdengar ada saudara yang bercakap tentang bangla difacebook. Tohmahan kepada bangla yang tidak bersalah.   Ini dan itu.  Lantas saya mengingatkannya bahawa bila dia pergi mengundi kelak, suaminya jangan turut serta sebab akan menjadi mangsa.  Dia lupa bahawa suaminya seorang bangsa Negro juga adalah orang asing.  Begitulah kadangkala kita asyik mengutuk orang lain kita lupa melihat ke dalam diri kita.  Apajua berita kita dapat dari media, facebook, twitter dan sebagainya, kita harus matang untuk menilai kebenarannya.  Jangan asyik forward pada orang lain walhal belum pasti kebenaran cerita yang diterima.

Apa tidaknya saya terima sms kononnya selepas pilihanraya jangan keluar, kerana bangla-banglo adalah dibayar untuk merogol perempuan.  Dan akan berlaku kekacauan.  Lalu saya sms balik suruh hentikan penghantaran sms yang tidak berasas itu.

Saya hormati apa jua pendapat orang lain.  Dan saya harap sebaliknya. 

Saya kira berakhirnya pilihanraya, cerita-cerita sensasi yang dicipta oleh para penyokong parti politik yang rakus juga akan berakhir, namun anggapan itu menyeleweng.

Para ahli politik perlu diingatkan bahawa jangan jadikan rakyat mangsa untuk kepentingan sendiri.  Memainkan emosi dan sentiment penyokong, perang saikologi lama-kelamaan akan menimbulkan kebencian.  Api kebencian akan mula menyala dan akhirnya tidak akan dapat dibendung lagi.  Cukuplah !

Hormatilah kehendak rakyat Malaysia yang inginkan perpaduan, keharmonian, keselesaan hidup.

Rasuah harus dibendung dari pihak atasan sehinggalah pihak bawahan.  Yang penting, harus ditanamkan pada setiap insan bahawa wang bukan segalanya.  Sebab itu saya percaya, perubahan hendaklah bermula dari diri insan itu sendiri.

Usah menyalahkan dan menuding tangan pada satu golongan sahaja.  Duduk dan berbincang, cari kelemahan, menangi kembali kepercayaan dan buktikan ketulusan dan ketelusan pada semua.

Jangan mendabik dada kerana kalau tidak ditawan kembali nescaya rakyat akan semakin beralih arah.

Jangan hanya pandai berucap, kini masanya untuk buktikan kata-kata bukan sekadar kata sahaja.

Kepada YB2 yang dilantik, turun padang dekati rakyat, ketahui masalah dan rintihan mereka.  Jangan hanya tunjuk muka semasa pilihanraya hampir menjelang.  Kalau anda berperangai demikian, awas 5 tahun lagi, jangan harap anda boleh menang lagi.

Jadikan Malaysia sebuah Negara yang mahu dicontohi dan disegani oleh dunia luar. Tunjukkan perpaduan dan keunikan Malaysia kepada dunia luar.

‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’.
 
 
Itulah harapan saya, seorang Rakyat Malaysia !