Saturday, September 18, 2010

" Are You Moist Enough? "

Produk Vaseline - Mengekalkan kelembapan dan menyerlahkan kecantikan kulit Anda




Kulit yang cantik semulajadi dan sihat merupakan idaman setiap wanita. Namun dengan peningkatan usia, tanpa penjagaan yang rutin, kelembapan kulit semakin kurang dan menyebabkan kulit suram.
Bagi golongan yang berada, tiada masalah kerana golongan ini boleh mendapatkan rawatan muka dan spa seluruh badan serta menggunakan produk yang mahal.

Jangan gusar sekiranya anda bukan dari golongan tersebut. Kini terdapat produk yang mampu dimiliki oleh semua. Yang berupaya untuk mengekalkan dan mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit anda. Losyen badan Vaseline yang terdapat dalam pelbagai rangkaian dapat membantu kulit anda kelihatan berseri dan menakjubkan.
Dalam usia saya yang melangkau 40-an dan memiliki 3 anak yang meningkat dewasa, saya bangga kerana produk ini membantu saya mengekalkan kelembapan kulit. Dengan kerjaya yang sering terdedah kepada terik matahari, kulit saya mudah kering dan tidak bermaya. Tetapi dengan penggunaan produk ini ternyata, hasilnya amatlah membanggakan. Seringkali bila berjalan dengan anak-anak, kami disangka adik beradik.

Pada anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit yang kering, inilah produknya. Gunalah dan rasailah perbezaannya.



Semestinya losyen pilihan anda.

Jamuan Hari Raya

Bulan ini banyak menghadiri majlis rumah terbuka sempena adil fitri.
Baru pulang dari jamuan yang diadakan oleh ahli Jawatankuasa Surau Batu Gantong. Suasananya
begitu meriah sekali. Rasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan kenalan lama dan sanak saudara.
Kalau orang yang tinggal di Pulau Pinang pasti tahu dimana letaknya Batu Gantong. Ini adalah kerana lokasinya adalah dimana letaknya Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Dahulunya terdapat kuarters pekerja Kelab Lumba Kuda yang mana kebanyakannya adalah orang Jawa dan Boyan.
Satu kelebihan orang Boyan adalah mereka sangat rapat dan mesra. Mereka juga tidak akan menilai seseorang dan sangat mengalu-alukan tetamu.
Walaupun kebanyakan penduduk telah diberi pampasan dan berpindah keluar dari situ kerana beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut kepada kondominium mewah. Tetapi cadangan itu tergendala dan dibatalkan dengan kekalahan BN di tangan DAP pada pilihanraya yang lalu. Sehingga kini masih terdapat gelintir penduduk kuarters yang masih menetap disitu.
Di majlis tadi, kita dapat menyaksikan betapa eratnya tali silatulrahim diantara penduduk-penduduk Batu Gantong yang kebanyakannya bersaudara. Majlis tadi juga dihadiri oleh seorang ahli politik. Ya, ahli politik seharusnya turun padang untuk bermesra dengan rakyat.
Disebabkan kesibukan masing-masing, kami jarang berpeluang untuk bertemu. Jadi kesempatan ini digunakan sebaik mungkin. Anak2 jiran semuanya sudah meningkat dewasa.
Begitulah cepatnya masa berlalu.

Wednesday, February 17, 2010

Kenangan Lalu

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa kusedari telah 8 tahun berlalu memori yang menguris hati. Saat yang merubah segala-galanya. Hanya masa dan waktu yang dapat menyembuhkan kelukaan ini. Namun parutnya akan berkekalan sehingga ke hujung hayat.

Sebuah rumahtangga bahagia dengan anak-anak yang sedang membesar. Impianku dari kecil adalah bila meningkat dewasa, ketemu putera idaman yang dicintai, membina mahligai bahagia, menimang cahaya mata, melihat anak2 dari usia kanak-kanak ke dewasa, meniti usia tua bersama, menjadi pasangan yang paling bahagia. Hanya ajal yang dapat memisahkan kami berdua. Bukankah itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga??

Namun apakah impian itu akan menjadi kenyataan atau ianya akan berkubur begitu sahaja.
Apakah ianya akan terkandas di tengah jalan??

Waktu aku mengalir airmata dalam kedukaan, aku berdoa moga2 tiada wanita akan menghadapi dugaan sepertiku. Janganlah wanita dilukai sedemikian. Luka yang tidak tampak, hanya mereka yang pernah melaluinya yang dapat mengerti.

Namun aku pasrah, lalu kubangun semula untuk menghadapi realiti hidup ini. Inilah kehidupan!!

Dunia & Keadilan


Kekadang terfikir di dalam mindaku, apakah masih wujud keadilan di dunia ini.

Keadilan yg dilaungkan oleh setiap manusia.

Kalau adil untuk kita, apakah adil untuk orang lain.

Cuma mereka yang terlibat sahaja yang benar-benar mengetahui.


Pernahkah kita terfikir, pihak yang mana yang benar2nya:-

Yang meliwat

Yang diliwat

Hanya mereka sahaja yang mengetahui perkara yang sebenarnya:-

Menganiayai

Dianiayai


Ada yang pandai berpura-pura

Ada yang berselindung disebalik kealiman

Kita tidak akan dapat membedakan yang mana permata atau kaca semata2,

kerna kekadang kaca yang digilap itu lebih bersinar dari permata yang terlindung.

Justeru itu kita perlu berwaspada.

Friday, May 23, 2008

Poligami - Ceteknya pemikiran lelaki


Call to ‘teach’ women on polygamy raises heckles Friday May 23, 2008



THE discussion on problems afflicting the Syariah Courts caused a ruckus after Ibrahim Ali (Ind – Pasir Mas) called for a campaign on the concept of polygamy to be taught to all women to end such problems.


Minister in the Prime Minister’s Department in charge of Islamic Affairs, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, fielded questions from the Opposition on delays in settling Syariah cases with Zuraida Kamaruddin (PKR – Ampang) saying it was “very painful” for a woman to have to go to court three separate times to settle a case.



“A woman has to go once for the divorce, once again for custody and again for property division. It is extremely painful for them.”


Fuziah Salleh (PKR – Kuantan) then asked if Syariah Court counsellors were qualified, pointing out that she had received numerous complaints about how the woman was always blamed for everything.
“They are not counselled but given 'advice.' And every time, they are told that the woman is to be blamed. If it is a family problem, they must be patient. If they are beaten up, they must also be patient,” she said.




As Ahmad Zahid was about to answer, Ibrahim stood up to say that such cases would not stop happening as the population was increasing and divorces were taking place daily.

“Such problems happen because women cannot accept polygamy. From a preventive point of view, what about doing a big campaign so that women can accept polygamy?” he asked.

Ibrahim said women did not understand that when they were pregnant for nine months, or had “problems” when they hit their 50s, their men still wanted to “have fun”.
“So the man wants to marry again, and the wife gets jealous and asks for a divorce.”



This caused Zuraida to stand up and say that a gender approach was very demeaning.
Ahmad Zahid agreed, saying: “That man is a male chauvinist.” To this, Ibrahim giggled.
When Ibrahim said that it was allowed from the Islamic point of view, Zuraida hit back and said men must be held to blame, too.


When the House finally calmed down, Ahmad Zahid said although prevention could also be looked into, what was important was to take care of the family.


Komen :-


Haha..

Petikan ini >>Ibrahim said women did not understand that when they were pregnant for nine months, or had “problems” when they hit their 50s, their men still wanted to “have fun”.

Bayangkan kalau lelaki asyik nak berseronok apa akibatnya.. Keluarga porak peranda..

Friday, May 16, 2008

Kisah Poligami - Keadilan????


He wants a fourth, and his wives agree 16 May 2008


Rosli Zakaria KUALA TERENGGANU: It is not often that two wives can get along without bickering and vying for their husband's attention.


But in this case, Mohamed Nor Awang, 51, has three wives - and they are supporting him in his decision to take a fourth wife.



The women have consented to him marrying again and all three went to the Syariah High Court yesterday to hear his application.



Mohamed Nor told Syariah High Court judge Sheikh Ahmad Ismail Hakim that he was capable of supporting a fourth wife and that he would be fair to all of them.



However, the judge was not taken in by his assurance. Sheikh Ahmad told Mohamed Nor to submit an additional affidavit to support his claims because as an odd-job worker earning about RM1,500 a month, he was not sure Mohamed Nor had the financial capacity to support all four wives and be fair to them.



At this juncture, Mohamed Nor's three wives stood up and asked the court to allow their husband to take a fourth wife.



The three wives are Wan Rukiah Mat Yusoff, 52, Kalthum Dolaj, 39, and Noraini Daud, 40, and they have 18 children.



Sheikh Ahmad told Mohamed Nor to provide additional proof - the wali and his future bride must come to court and he must produce his bank account to show that he has the financial capacity to support a fourth wife.



"You have until Sunday to provide the proof," said Sheikh Ahmad.


____________________________________________________________________


Beginilah kerenah lelaki yang ingin berkahwin lagi.

Bayangkan dengan pendapatan yang hanya RM 1,500 dan mempunyai 3 isteri dan 18 anak.

Bolehkah berlaku adil?? Adil dari segi batin je.. alahai lelaki..

Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa walhal bapa berseronok..hmmmm

Tuesday, April 15, 2008

Keadilan ...



Saya sering tertanya, di dunia ini.. adakah keadilan itu benar2 wujud? Apakah erti 'keadilan' yang sebenarnya.. yang sering dilaungkan oleh insan sejagat.. Sehingga kini saya masih tercari-cari erti 'keadilan' yang hakiki..

Adil..

Adil pada satu pihak, namun pihak yang lain akan merasa tiada keadilan..

Bolehkah kita adil pada semua pihak? Bagaimana hendak memenuhi kehendak semua pihak agar adil seadanya.

Kerana apabila satu pihak tewas, ada satu pihak yang meraihkan kemenangan.

Kerana apabila satu pihak menangis, ada satu pihak yang tersenyum puas.

Kerana apabila satu pihak untung, ada satu pihak yang rugi bangkrap..

Dan perbagai lagi situasi..

Jadi bagaimana bisa kita adil.. dalam erti kata yang sebenarnya...