Sunday, July 31, 2011

Kanser & MAKNA


Kanser - Perkataan yang amat ditakuti oleh setiap orang.

Kanser payu dara dan pangkal rahim merupakan antara penyakit pembunuh nombor 1 kaum wanita masa kini.

Kerapkali mendengar saudara, teman menderita akibat penyakit ini. Sekiranya penyakit ini dapat dikesan awal, peratusan untuk sembuh adalah tinggi.

Justeru itu, khususnya wanita jangan ambil mudah kesihatan diri. Setiap tahun buat pemeriksaan mamogram dan pep smear. Tiada ada apa yang lebih bernilai selain dari kesihatan yang baik.

Apa yang kita boleh buat untuk membantu golongan miskin yang menderita penyakit ini. Selain dari sokongan moral, saya berpendapat bahawa golongan ini seharusnya dibantu dari segi kewangan bagi mengurangi beban yang ditanggung oleh insan-insan yang tidak bernasib baik ini.

Jadi setiap bulan saya menyumbangkan sedikit wang melalui auto debit akaun kepada MAKNA. Saya berharap sumbngan yang tak seberapa dapat sedikit sebanyak membantu pesakit-pesakit kanser.
Saya rasa kalau lebih ramai yang berbuat demikian, tentu lebih ramai pesakit yang dapat manfaat
darinya.

Sebahagian wang dari hasil kitar semula yang saya praktikkan, saya kumpul untuk tujuan ini.

Kelak bila wang rm50 pertama saya perolehi dari nuffnang, ingin saya sumbangkan kepada MAKNA.

Anda bila lagi??

Sempena bulan Ramadan ini, selamat berpuasa dan bersedekahlah. Moga-moga hidup anda diberkati.

Saturday, July 30, 2011

Kepada isteri yang dikecewakan


Dia membuat anda menangis,

Dia membuat anda kecewa,

Dia membuat anda berduka,

Dia membuat anda derita,

Dia membuat anda putus asa,

Dia membuat anda ingin mati.



Dia - suamimu yang mengkhianati lafaz cinta dan janjinya yang akan menemani anda sepanjang hidup.

Dia yang sepatutnya mencintaimu, ibu pada anak-anaknya

Dia yang sepatutnya membuat anda bahagia

Dia yang sepatutnya membuat anda tersenyum

Dia yang sepatutnya membimbing anda dan anak-anak

Dia yang sepatutnya menjadikan hidup anda lebih bererti

Kini berubah hati dan memilih yang lain.



Anda punya pilihan

Terus meratapi

Atau bangun hadapi realiti hidup

Bahawa cintanya boleh berubah sekelip mata

Namun anda punya harga diri

Kiranya dia menghargai anda

Dia tidak akan melukakan hatimu

dengan cara begini.

Friday, July 22, 2011

hutang


Nampaknya, hidup kita sentiasa dikelilingi dengan hutang.

Beli rumah hutang, beli kereta hutang, itu antara keperluan hidup. Cuba hitung berapa banyak yang kita dah bayar sebenarnya apabila hutang dengan bank dah selesai

Ada yang lebih teruk hutang kad kredit.Lebih padah kalau hutang ah long. Dah banyak kes yang kita baca derita kaum keluarga si peminjam terpaksa tanggung angkara meminjam dari ah long tapi tak bayar.Yang teruk tu, pinjam untuk berjudi. Ada yang meminjam untuk buat kenduri kahwin, kononnya nak buat kenduri besar. Alahai, kalau tak berduit buat ala kadar saja.laksanakan apa yang wajib. Itu yang penting.

Hutang perlu dilangsaikan. Hutang budi sesama manusia. Hutang pada yang Maha Esa.

kebahagiaan


Apa erti bahagia ?


Erti kebahagiaan berbeda pada setiap insan.

Ada yang berkata, kebahagiaan dapat dibeli dengan wang.

Sejauh mana kebenarannya, kita kena tanya pada yang memiliki kekayaan.

Kebahagiaan hakiki datang dari dalam hati sendiri.

Semestinya kita membahagiakan diri sendiri,

Tidak bergantung kepada orang lain untuk membahagiakan kita,

Kalau tidak tentunya kita akan jatuh kecundang apabila orang itu mengecewakan kita.

Carilah kebahagiaan,kegembiraan yang abadi dan berkekalan.

Semoga sinar kebahagiaan akan menerangi hidup kita semua.

Senyum dan sebarkan tiupan kebahagiaan pada segenap hati sanubari insan sejagat.


Tuesday, June 7, 2011

Kad kredit - keburukannya


Ah,, dah sebut kebaikan, tentunya ada keburukan. Namun hakikatnya keburukan itu datangnya dari sikap seseorang itu sendiri yang tidak dapat menahan nafsu berbelanja dan kegagalan mengurus kewangan sendiri.

Apalagi dorongan dari pihak bank yang sering menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman, pindahan kredit, pendahuluan tunai ( ada yang siap hantar cek dengan nama kita ). Sebaik sahaja anda tunaikan cek itu, interest yang tinggi pun bermula.. tik.. tik..tik. Kalau yang tengah pokai tentunya terdorong dengan tawaran sebegini. Bank umpama 'ah long' berlesen.

Ada seorang saudara yang mengambil 'cash advance' untuk bermain saham. Bayangkan pada masa itu, dia mempunyai banyak kad kredit. Bila harga saham menjunam turun, dia terpaksa membayar agent. Lantas kad kredit menjadi 'penyelamat'. Bertahun-tahun dia terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang kad. Baru-baru ni, dengar cerita dia dah dideclare bangkrap kerana tidak mampu membayar hutang kad yang keliling pinggang.

Iktibar dari cerita ini adalah kita harus bijak menguruskan wang dan jangan terdorong untuk berbelanja diluar kemampuan kita.


Kad Kredit – Kelebihannya


1) Berbelanja dahulu, bayar kemudian.

2) Beli barangan secara ansuran tanpa interest

3) Bayar bil, insurance dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh bank.

Pastikan anda bayar sepenuhnya sebelum tarikh matang.


Sebenarnya andainya anda pintar menguruskan kewangan anda, anda dapat menikmati banyak ganjaran yang ditawarkan..


Cara saya adalah :-

1) Bayar pelbagai bil menggunakan kad kredit melalui internet

2) Bayar tepat pada waktunya


Dengan cara begini saya menghimpun ‘point’ yang dapat ditukar kepada kupon, pelbagai barangan yang berguna.

Jadi siapa kata kad kredit tiada kebaikannya??

Soalnya bijak kah kita menandangani kewangan kita.


Monday, June 6, 2011

Kad Kredit


Kad Kredit ..

Hmm..

Waktu mula-mula nak mohon dapatkan kad kredit, susah. Sebabnya perlu banyak dokumen untuk menyokong permohonan. Seorang teman nak kad kredit, suruh seorang teman lagi mohon kad supplemetary Dalam borang permohonan diletakkan hubungan sebagai tunang. Nasib baik teman sekerja yang lelaki ni belum beristeri, kalau tak nahas jadinya. Lepas tu teman perempuan sekerja pun dapatlah kad kredit.

Dah dapat kad kredit yang pertama, amat teruja sekali. Lepas tu, banyak lak tawaran untuk kad kredit bank lain. Kali ni mudah je, permohonan cuma perlu tunjukkan kad kredit yang dipegang ( kad pertama ). Apalagi teman perempuan tu apply le kad lain. Haha.. kad kredit supplementary tak perlu lagi. Kami berjenaka.. putus hubungan (tunang) macam kad dikerat dua.

Berwaspada pada anda yang tidak dapat mengawal nafsu berbelanja.

Kad yang memudahkan awalnya akan memudaratkan anda.

Apa tidaknya bila hutang kad kredit bertambah.. Interest yang dikenakan.. alahai..

Silap-silap hari anda akan disenaraihitamkan.

Itulah yang terjadi pada teman dan saudara yang saya kenali.