Wednesday, April 11, 2012

Jantina - Lelaki Atau Perempuan?

Jantina

Membaca berita di akhbar, senantiasa membuat saya terfikir, apa dah jadi dengan dunia ini? Macam-macam perkara yang berlaku setiap hari, menimbulkan tanda tanya.  Manusia sekarang sudah hilang pedoman.

Berita Pertama – Antarabangsa  - Wanita 'Tukar Jantina' Dibenarkan Bertanding dalam Miss Universe.

Kisah bermula apabila organisasi dan penganjur Miss Universe hendak membatalkan penyertaan salah seorang peserta dari Kanada  Jenna Talackova (23 tahun) apabila mengetahui Cik Jenna dilahirkan sebagai lelaki.  Dia kemudiannya menukar jantina ketika umurnya 19 tahun untuk menjadi wanita sepenuhnya kerana katanya dia ‘terperangkap dan dilahirkan di dalam tubuh yang salah’.

Cik Jenna tidak berpuas hati dan melawan keputusan organisasi Miss Universe atas dasar diskriminasi terhadap golongan sepertinya.  Akhirnya organisasi Miss Universe mengalah dan membenarkannya bertanding dan bermulalah era golongan ini berdiri bersama wanita ‘tulen’ untuk pemilihan Miss Universe.

Sebelum ini, syarat penyertaan adalah perempuan, berusia 18 hingga 26, belum berkahwin dan beranak dan mestilah kekal bujang sepanjang memegang gelaran Miss Universe tahun berkenaan.
Bacaan selanjutnya : transgender-miss universe

Berita Kedua – Tempatan  - Suami Mendakwa Isteri Seorang Lelaki.

Nama Sri Wani Choo Abdullah, 37 seorang mualaf, usahawan wanita kosmetik menjadi bualan dan perhatian apabila suaminya mendakwa beliau seorang lelaki dan kini terlibat dalam kemelut perceraian.

Suaminya bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Bahrom Sanugi, 61 menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk memaksanya mengambil ujian DNA bagi membuktikan jantina isteri ketiganya itu.

Bacaan selanjutnya : Sri Wani 

25 April 2012 - Berita Terbaru, bekas suami Sri Wani terpaksa menunggu sehingga 19 Jun 2012 untuk mengetahui keputusan DNA bagi mengesahkan jantinanya.

04J une 2012 - Sri Wani Saman Peguam Syarie RM10 Juta http://mstar.com.my - Kenyataan Fitnah : Pengasas Butik Kecantikan Saman Peguam Syarie RM10 Juta

30 Ogos 2012  Sri Wani Berjaya Ketepikan Empat Permohonan http://mstar.com.my



Saya tergamam membaca berita sebegini.   Keliru ! Soalnya di masa hadapan, bagaimana kita hendak memastikan ketulenan jantina seseorang.  Lihat saja (lelaki/perempuan?) di Thailand, kecantikan mereka mengatasi perempuan tulen.  Dengan kepakaran dan kecanggihan pembedahan kosmetik sekarang, tidak sukar mengubah wajah.  Mata yang kecil dapat dibesarkan, gigi yang jonggang boleh dicantikkan, hidung boleh ditinggikan, wajah boleh ditajamkan, buah dada boleh dibesarkan dan sebut sahaja mana-mana bahagian yang ingin diubah, pakar surgeri kosmetik boleh lakukan asalkan punya wang.

Seperti kata seorang artis India, apa yang Tuhan tidak beri, doktor boleh beri…










Monday, April 9, 2012

Tips Redakan Batuk

Tips Untuk Meredakan Batuk


Bila batuk kita tidak berhenti, bukan sahaja menganggu teman-teman sekitar kita, malahan kita rasa peritnya.

Batuk bukan sahaja sukar berhenti, malahan terus berlarutan walaupun kita sudah mengambil ubat doktor.

Tips ini saya terima dari email teman, untuk meredakan batuk :-


Gril Oren

1.    Pertama, tebuk lubang di tengah buah oren bagi tujuan membenarkan haba masuk ke dalam isinya agar ianya senang dikupas selepas dipanggang.



2.   Letakkannya di dalam oven biasa.  Panggang selama 10 minit, jus buahan mula keluar.  Apabila oren dipanggang, kewangiannya terserlah.


3.   Panggang sehingga oren (seperti sebelah kiri dalam gambar ) dengan kulitnya sedikit hangus.  Keluarkan seluruh oren. 


4.  Oren yang dipanggang itu mudah dikupas.  Campuran sedikit garam akan menjadikannya lebih manis masam dan lebih bagus untuk meredakan batuk.



Tips yang mudah dan murah !
Selamat Mencuba..





Biasiswa JPA

Berita Baik Mengenai Biasiswa JPA Diumum Esok

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyyidin Yassin dijangka mengumumkan berita baik mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) esok.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelajar akan memohon biasiswa JPA seperti biasa dan maklumat terperinci mengenainya akan diumumkan esok.

"Draf mengenai apa yang dicadangkan Kabinet dalam perkara itu sedang di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Tahun lepas kerajaan mengumumkan satu semakan secara menyeluruh dasar biasiswa JPA akan dilakukan.

Semakan itu termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-level.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya Pendidikan Islam dijadikan salah satu subjek wajib lulus dalam peperiksaan sebagaimana subjek wajib lulus yang lain.
Permintaan itu disuarakan Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali atas rasa tanggungjawab terhadap Islam dan bukan kerana bersikap perkauman atau cauvinis semata-mata. - BERNAMA

Laman : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tarikh : 10April 2012

KUALA LUMPUR: All 1,609 students who got 9A+ and above for their SPM 2011 will automatically be offered Education Ministry bursaries for local pre-varsity courses, said Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on Tuesday.

Students can check bursary details and update their online profiles at www.moe.gov.my from April 16.

The Government will spend RM2.12bil to fund the education of students in the 2012 intake into local and overseas universities, he said in a statement.

As for medical, dentistry and pharmacy overseas scholarships, the governmant will only fund those who have received unconditional offers from the 10 top universities in the world.



Friday, April 6, 2012

SPA - Onsen di Hokkaido

Tempoh hari terbaca di sebuah majalah SPA yang mana satu artikelnya menceritakan tentang Onsen.

Lantas fikiran saya terus melayang, mengenangkan saat indah sewaktu melancong ke Hokkaido, Jepun.
Onsen (温泉?) adalah istilah dalam bahasa Jepun untuk mata air panas atau ‘hot spring’.  Jepun mempunyai ribuan onsen disebabkan ia negara yang aktif gunung berapinya.  Orang Jepun percaya bahawa rendaman di kolam onsen dapat mengubati dan mengelakkan pelbagai penyakit disamping mengekalkan kesihatan yang baik.
Teringat beberapa tahun yang lepas, sewaktu bercuti di Hokkaido, Jepun.  Tiba di hotel, terus pemandu pelancong memaklumkan bahawa hotel penginapan kami mempunyai kolam onsen tertutup, berasingan diantara wanita dan lelaki.  Ada juga onsen yang terletak diluar bangunan, sambil berendam dapat menyaksikan pemandangan semulajadi.
Agen pelancong kami menyarankan kami mencuba dan jangan melepaskan peluang untuk berendam di dalam kolam mata air panas.  “Dah datang jauh-jauh, kenalah cuba”, katanya.  Namun dia menasihatkan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dan sakit jantung agar mengelakkannya.
Kumpulan kami yang terdiri dari wanita agak segan silu bila diberitahu bahawa kami terpaksa masuk ke kolam tanpa seurat benang.  Mulanya agak keberatan, namun akhirnya kumpulan kami memberanikan diri dan bersepakat ke bilik kolam air panas pada awal-awal pagi. 
Kami dikehendaki membersihkan diri sebelum masuk ke kolam.  Syampu, gel mandi disediakan di bilik air.  Kami diberi sehelai tuala kecil ( sekadar hanya dapat menutup sebahagian depan tubuh ).  Kami dinasihat tidak memasukkan tuala tersebut ke dalam kolam untuk mengelakkan pencemaran kepada air di situ.
Terdapat ramai wanita Jepun tidak mengira usia berada di kolam air mata panas itu, berjalan tanpa seurat benang, tidak mempedulikan orang lain yang lalu lalang.  Ramai juga wanita Jepun yang lanjut usia, kelihatan gembira menikmati rendaman di kolam itu.  Kami yang malu-malu, dengan sehelai tuala kecil melindungi bahagian depan tubuh, segera menuju ke kolam dan masuk ke dalamnya.  Saya dapat tahan kepanasannya.  Terasa jantung bergerak pantas dan mula berpeluh.  Wow.. bestnya, berbaloi mencubanya.  Namun sepupu saya, terasa pening-pening lalat.  Terasa letih. 
Saya berpeluang mengunjungi onsen sekali lagi di hotel penginapan yang lain.  Kali ini saya teruja untuk mencuba mandi di kolam onsen yang agak lain dari yang pertama.  Sungguhpun dalam bangunan, tetapi saya dapat menatap dan menikmati pemandangan luar yang begitu indah melalui kaca yang jelas.
Bagi diri saya, pengalaman ini menyeronokkan, melengkapkan kunjungan saya ke Hokkaido.  Ianya merupakan satu memori dan kenangan indah, yang tidak mungkin saya lupakan.  Saya seronok dan selesa melancong ke situ kerana sikap penduduk tempatan disitu yang ramah dan sopan, di samping pemandangannya yang indah, kemudahan awam yang mengagumkan dan yang penting tandas awam yang cukup bersih dan canggih.

Aduh, frustnya kerana bila teringat foto-foto cantik di Hokkaido yang diambil, saya simpan dalam pc.  Bila anak reformat pc, tak backup... Aduss...Malahan terdelete ratusan foto lain juga.  Itulah lecehnya bila dah ada digital kamera, foto tak diproses menjadi gambar keping.  Cuma simpan di pc je.  Satu pengajaran, semua foto kena back-up dan simpan.
Tinggal kenangan tanpa foto peribadi !!



Thursday, April 5, 2012

Kecurangan Suami


Terbaca artikel di Akhbar The Star, soal jawab kehidupan dalam ruang Dear Thelma tempohari.

Ianya langsung menarik perhatian saya.  Soalan yang ditujukan oleh seorang isteri tentang kecurangan suaminya. Soalan sama yang pernah ditujukan kepada saya oleh seseorang yang dikenali tentang dilemma yang dihadapinya.

Jawapan yang diberikan oleh Thelma tepat sekali sepertimana yang saya hendak perkatakan.

Kalau anda wanita yang menanggung masalah sama, baca dan hayati jawapan kepada persoalan ini.

Ianya mungkin membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Mengapa Anda Menangis?

Persoalannya :

Sewaktu saya hamil anak pertama, saya mendapat tahu suami saya sering berhubungan dengan teman wanita sepejabatnya pada waktu malam dan semasa ketiadaan saya.

Saya berdepan dengan wanita itu dan menasihatkannya untuk hentikannya.  Dia berjanji akan berbuat demikian.  Saya juga telah bercakap dengan suami, yang mengatakan tiada apa-apa yang terjadi di antara mereka.  Saya telah memberitahunya sekiranya sesuatu terjadi, saya akan memilih untuk bercerai kerana tidak sanggup berdepan dengan kecurangannya.

Semasa dalam pantang, saya mendapat tahu dia menipu saya.  Dia mengaku segalanya apabila saya membohonginya bahawa wanita itu telah membongkar rahsia hubungan mereka.  Sebenarnya wanita itu hanya memberitahu dia bersama suami saya ketika lawatan syarikat.

Sewaktu suami mengaku tentang hubungan sulitnya, seluruh dunia  dan harapan saya berkecai.  Semua yang dapat dia katakan hanyalah dia menyesal dan telah menamatkan hubungan itu.

Kami telah bersama begitu banyak tahun sebelum berkahwin dan saling mencintai dan mempercayai.

Sekarang semua ini terjadi di peringkat awal perkahwinan kami.  Ianya mengambil beberapa bulan bagi suami saya menyedari kesilapannya.

Suami saya telah mengugut untuk mengambil nyawanya, setiap kali saya ingin meninggalkannya.  Saya khuatir suatu hari, dia mungkin akan melakukan perkara yang bodoh.

Hidup bersama atau tanpanya, saya tidak kisah kerana sekarang anak saya mengatasi segalanya.  Namun saya masih mengambil berat tentangnya mengenangkan susah dan senang kami lalui bersama dahulu.

Suami menyara anak dan keluarga.  Dia memberitahu saya telah bertaubat dan mencintai saya sepenuhnya.  Nampaknya dia berusaha keras untuk mengembalikan cinta dan kepercayaan saya terhadapnya.

Saya tinggal berasingan sehingga suatu keputusan dibuat.  Saya keliru, terluka dan kecewa.  Saya tahu keputusan adalah ditangan saya, tetapi saya berharap seseorang dapat memberitahu saya samada saya patut memberinya peluang demi untuk keluarga kami atau sebaliknya.

Dia telah berjanji untuk meninggalkan syarikatnya apabila mendapat tawaran kerja di tempat lain.  Saya telah menunggu hampir setahun namun dia masih disitu. Adakah sebarang tindakan undang-undang yang dapat saya ambil terhadap wanita itu?

Saya telah menangis selama berbulan-bulan,  perkara yang membuat saya masih waras adalah kerja dan anak saya.

Nampaknya suami psikotik saya membuat hidup saya tidak keruan dan membuat hati saya berkecamuk.  Saya tahu jauh di sudut hati saya, dia mencintai saya.  Tetapi bolehkah seseorang yang mencintai anda melukakan hati anda sebegini?

Jawapannya :

Hanya anda yang dapat membuat keputusan yang dapat membawa kebahagiaan kepada diri anda.  Nampaknya anda mempunyai dua pilihan.

Anda boleh memberi peluang kedua kepada suami anda.  Seperti yang anda katakan, dia telah mengaku kebodohannya dan memohon maaf serta berusaha keras untuk mengembalikan kepercayaan dan cinta anda.

Apabila seseorang benar-benar menyesal atas perbuatannya, mereka akan benar-benar berusaha untuk memperbaikinya.  Perkara yang lebih penting adalah mereka akan membuat perubahan kepada diri atau sesuatu situasi bagi memastikan kesilapan tidak berulang lagi.  Andalah orang yang terbaik untuk mengadilinya samada dia sedang berbuat demikian.

Malangnya,  ia akan memerlukan masa sebelum anda dapat mempercayainya.  Anda haruslah menyedari dan menerimanya. 

Tanggungjawab itu bergantung padanya, untuk mencapainya mestilah ada usaha yang benar.  Anda pula, harus ada jangkaan dan harapan  yang realistik ke atas dirinya.

Anda haruslah jelas tentang jangkaan anda terhadapnya.  Tetapkan had tentang perbuatan yang boleh dan tidak boleh anda diterima.  Anda harus jelas tentang setiap jangkaan anda dalam perkahwinan ini dan samada ianya telah dicapai.

Sekiranya sudah dicapai,  inilah kekuatan yang boleh anda kembangkan.  Sekiranya ada jangkaan yang tidak dapat dicapai, fikir bersama sebabnya dan samada sesuatu dapat dilakukan untuk memperbetulkannya.

Tentang cinta pula,  selepas suatu tempoh masa, anda akan mula punya sedikit perasaan seperti sebelumnya.  Namun jangan mengharap ianya akan sama.  Anda telah berubah, begitu juga dia. Begitulah jua cinta anda berdua.

Pilihan kedua pula - Anda boleh katakan yang anda telah sampai had kesabaran anda dan ingin menamatkan hubungan anda.  Perbuatannya, jelas menunjukkan dia tidak menghormati anda dan perkahwinan anda.

Adakah dia benar-benar ingin menamatkan hidupnya?  Pernahkah dia berkata sedemikian sebelum ini?  Sekiranya tidak, ugutannya merupakan caranya memanipulasi anda.  Sekiranya dia ada berkata tentang bunuh diri dan mati, ambil serius – dia memerlukan bantuan professional.

Apa jua keputusan yang anda ambil, keperluan dan emosi anak perlu diberi keutamaan.  Namun, jangan mengenepikan kebahagiaan anda.  Adakah anda menangis kerana perbuatan suami anda atau kerana anda telah kehilangan sesuatu dalam hubungan ini? Atau adakah kerana jangkaan dan harapan anda tentang cinta, perkahwinan, suami dan diri anda tidak tercapai?

Ianya mungkin atas sebab-sebab tersebut dan memikirkannya juga dapat membantu anda membuat keputusan.

Akhir sekali, mengapa anda ingin mengambil tindakan ke atas wanita itu?  Bukankah ianya lebih penting bahawa suami anda telah bertaubat dan berusaha memperbetulkan dirinya, atau anda dapat melupakannya dan bergerak ke depan ke arah hidup yang lebih gembira?

Anda marah dan tiada sesiapa yang boleh menyalahkan anda.  Namun aksi dendam terhadap wanita itu tidak akan mengubah suami anda.  Hanya Suami Anda yang dapat berbuat demikian !


Semoga artikel ini dapat membantu anda yang sedang menghadapi kemelut ini, tabahkan hati, kuatkan iman, moga anda menemui jalan terbaik !





Wednesday, April 4, 2012

Masalah Parking

Tensionnya.. Ni pasal parking lah, apa lagi..
Masalah saya bermula sejak anak sulung membeli kereta lebih besar secondhand.  Oleh kerana, tempat letak kereta di apartment cuma diperuntukkan satu ruang setiap rumah, kereta kedua terpaksa di letak di luar apartment.  Tempat letak kereta luar apartment, konsep siapa cepat dia dapat.  Bayangkan jumlah kereta yang ada kerana kebanyakan orang memiliki lebih dari satu.  Mungkin kerana kegagalan sistem pengangkutan awam, ramai orang lebih rela membeli kereta walau terpaksa berhutang selama 9 tahun..
Aduh oleh kerana hari ni, di bawah apartment ada pertubuhan keagamaan yang mempunyai ahli hadir untuk mendengar ceramah, maka bertambahlah jumlah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan apartment.
Ada orang yang pentingkan diri, meletak kereta sembarangan.  Bila saya hendak pusing balik selepas puas mencari ruang, jalan terlalu sempit kerana ada kereta yang letak di tempat yang tidak sepatutnya.  Terpaksa call anak suruh tolong alih untuk pusing balik.  Reverse, ke depan, kebelakang lagi.. tup terlanggar sikit belakang kereta, aduh kereta tercalar. Hmm
Akhirnya terpaksa tebalkan muka, minta belas kasihan pengawal untuk membenarkan saya masuk ke tempat letak kereta bawah apartment.  Ada satu ruang kosong kerana rumah depan saya tiada penghuni..
Kalau anda tinggal di apartment dan mempunyai banyak kereta, tentunya anda juga mempunyai masalah sama.
Kalau anda membeli rumah berhampiran apartment, anda juga akan menghadapi masalah yang sama kerana kereta-kereta kepunyaan pemiliik apartment akan diletak hingga ke depan rumah anda.
Kalaulah saya memiliki rumah yang mempunyai laman besar yang boleh letak kereta ( 4 buah – angan-angan lagi, hihi sekadar nenghilangkan tension dan bengang !)

Andai anda memiliki kereta :-


..  Bayar pinjaman kereta
-   Bayar insuran
-  Bayar road tax
 -  Bayar petrol
-  Bayar khidmat mekanik
- Bayar penyelenggaraan
- Bayar tempat letak kereta
- Bayar cuci kereta





Monday, April 2, 2012

FAMILI



F - Father

A - And

M - Mother

I - I

L - Love

Y – You

'There’s no such thing as a happy divorce, because no matter how, your children will be affected.'

Wahai lelaki, cintai ibu anak-anakmu

Wahai perempuan, cintai ayah anak-anakmu

Saling menyayangi, setia sepanjang hayat, jadikan contoh terbaik untuk anak-anakmu.

Ciptakan keluarga bahagia dan penuhi harapan anak-anakmu. 

Anak-anak - Riang gembira disamping ibu dan ayah tercinta.

Lakukan demi anak-anakmu !