Thursday, December 29, 2011

Resipi ~ Agar-Agar Soya Bertatah Longan

Kacang soya kaya dengan kandungan protein. Malah kandungan proteinnya yang tinggi tiada bezanya dengan protein yang terkandung dalam daging dan susu. Ia juga mengandungi Vitamin A, B1, B2 dan elemen mineral yang lain serta kandungan karbohidrat kompleks yang tinggi berbanding susu lembu.

Bagi mereka yang mengemari agar-agar sebagai pencuci mulut, gabungan susu soya dengan agar-agar dan longan (mata kucing) ini pasti akan membuka selera anda.  Bukan sahaja ianya mudah disediakan, malahan digemari oleh budak-budak.
Berikut adalah resipi agar-agar soya bertatah longan :-

Bahan-Bahannya :-

1 paket agar-agar ( sebarang jenama )

1.5 liter air soya
1 liter air
400 gram gula
1 tin longan dalam sirap ( sebarang jenama )

1 paket serbuk agar-agar
Cara Penyediaan :-

1.  Campurkan 1.5 liter air soya dan 1 liter air dikacau dengan serbuk agar-
     agar di dalam periuk.

2.  Masak di atas api sederhana dan kacau sehingga mendidih.

3.  Campurkan 0.4 kg gula dan kacau selama 5 minit  lagi atau
     sehingga  serbuk agar-agar larut.
                                                 

                                            4.  Biarkan sejuk sedikit sebelum dituang ke dalam bekas acuan agar-agar.
                                            
                                            5.   Apabila agar-agar telah keras di permukaanya, tuangkan sedikit air  
                                                  sirap longan dan letakkan 1 atau 2 biji longan di atasnya.

                                            6.   Tutup bekas acuan agar-agar dan masukkan ke dalam peti   
                                                  sejuk.
                                         
1 tin longan dalam sirap

Tuang agar-agar dalam bekas dan
biarkan ianya keras  

Campurkan 1 atau 2 biji
longan dengan sedikit
sirap ke dalam agar
agar.
  

Tutup bekas dan
masukkan ke dalam peti sejuk.











Tuesday, December 27, 2011

ASNB Umum Agihan Pendapatan 6.05 Sen Seunit Bagi ASN

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), unit milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Selasa mengumumkan agihan pendapatan 6.05 sen seunit bagi Skim Amanah Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011, berbanding agihan pendapatan enam sen seunit yang diumumkan tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM92.8 juta yang akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.5 bilion unit ASN.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan ASN dikira berdasarkan unit yang dipegang pada 31 Dis, 2011, hari terakhir tahun kewangan ASN, dan akan secara automatik dikreditkan dalam akaun pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih ASN pada hari terakhir tahun ini.

Semua transaksi untuk ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen digantung mulai 27 Dis 2011 hingga 2 Jan, 2012, bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan.

Ahmad Sarji juga berkata prestasi ASN pada tahun kewangan semasa secara umumnya lebih baik meskipun senario yang mencabar dalam pasaran saham serta ekonomi dunia.
"FBM KLCI mencatatkan penurunan 1.5 peratus kepada 1,496.15 mata pada 21 Dis, 2011 berbanding 1,518.91 mata yang dicatatkan pada 31 Dis, 2010," katanya pada sidang media bagi mengumumkan agihan pendapatan ASN bagi 2011.

Sehingga 23 Dis, beliau berkata ASN mencatat pendapatan kasar RM114.67 juta dan daripada jumlah itu, keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM58.71 juta atau 51.2 peratus.
Beliau berkata ini diikuti pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat yang menyumbang RM43.33 juta atau 37.8 peratus manakala baki sebanyak RM12.63 juta atau 11 peratus disumbangkan oleh instrumen lain.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata PNB mengharapkan suasana ekonomi yang lebih baik tahun depan supaya ia dapat menyumbang pulangan yang lebih baik kepada pemegang unit.

Beliau berkata PNB akan terus memilih saham-aham yang dapat memperkukuh portfolionya bagi membolehkannya menyediakan pulangan yang baik kepada pemegang unit.
Hamad berkata jumlah aset dalam pengurusan PNB kini bernilai RM190 bilion.
Beliau juga berkata PNB merancang membuka cawangan di Amerika Syarikat tahun depan.
"Kami mahu membuka sebuah lagi pejabat di luar negara. Kami sedang mengenal pasti lokasi yang bersesuaian (di US). Kami menyasarkan tahun depan. Kami sudah mempunyai pejabat di London, Tokyo dan Singapura," katanya.

Hamad berkata Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia, yang akan memberi manfaat kepada isi rumah berpendapatan kirang RM3,000 sebulan, dijangka dilancarkan pada pertengahan Januari. - BERNAMA
Petikan dari mstar online : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/28/mstar_berita/20111228102954&sec=mstar_berita

Setiap hujung tahun, inilah waktu-waktu yang paling mengujakan.  Selain dari penantian untuk menyambut tahun baru, penantian ini rasanya paling berbaloi.   Apatah melihat angka di dalam buku simpanan meningkat ~ ye lah simpanan untuk hari tua.

Selain dari bulan mendapat bonus setiap tahun, Disember terasa begitu cepat berlalu.

Peristiwa lalu, menyedarkan saya bahawa pelaburan saham di PNB akan menghasilkan
pulangan yang lumayan dan selamat. 
Pulangan yang logik, bukannya keuntungan yang keterlaluan yang dijanjikan oleh sekim cepat kaya.
Bila tiba hari untuk pergi ke bank untuk mencetak penyata simpanan pelaburan, saya tersenyum puas.
'Sikit-sikit Lama-Lama Jadi Bukit'.






Wasiat

'Mati Itu Pasti'.  Begitulah, ajal maut ditangan Tuhan. Walau sekaya mana anda, sekiranya sudah tiba waktunya, anda tidak dapat menolaknya.



Sejak tahun lalu, selepas mendengar ceramah oleh pegawai Amanah Raya Berhad di Hotel Equatorial yang dianjurkan oleh PNB, hati ini tergerak untuk segera membuat wasiat.  Namun kerana banyak kemusykilan yang belum terjawab, hasrat itu terus tertunda.  Waktu itu, sukar menghubungi ARH cawangan Pulau Pinang, kerana telefon jarang dijawab.  Saya ada mendaftar di dalam talian ARB, namun tidak meneruskan hasrat kerana banyak persoalan yang perlu ditanya.  Kerana kesibukan tugas pejabat dan harian, sesuatu yang penting tidak diberi perhatian.

Saya teringat kata-kata pegawai yang memberi ceramah tentang wasiat.  Katanya jangan kita hendak ke syurga namun membiarkan yang masih hidup dalam 'neraka'.  Maksudnya membiarkan waris dan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri.  Kerana harta peninggalan kita mungkin menjadi rebutan.  Juga ditunjukkan keratan akhbar yang mana si ibu disuruh junjung Quran oleh anak-anak lantaran tidak puas hati tentang harta arwah si ayah.  Macam-macam boleh terjadi, saban hari kita membaca tentang kekalutan manusia kerana harta.

Berikut adalah petikan dari website ARH yang memberi kita penjelasan tentang wasiat
Klik sini untuk ke laman ARH :- http://www.arb.com.my/bm/index.asp

Apa itu Wasiat
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

Wasiat Islam
  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.

Jumaat lalu saya ke pejabat Amanah Raya Berhad cawangan Pulau Pinang untuk membuat wasiat.
Sebelum itu Borang JPP004/D1(S4/2008) yang saya ambil terdahulu telah diisi dan senarai semak dokumen-dokumen yang dikehendaki ( 2 salinan ) telah saya buat. Setelah mengisi sepenuhnya dokumen dengan bantuan pegawai yang bertugas, saya membayar RM350 untuk fee penyediaan wasiat.

Saya dimaklumkan bahawa segala dokumen akan dihantar ke KL dan draf wasiat akan dihantar dalam masa 2 minggu kepada saya untuk semakan dan pengesahan sebelum wasiat sebenar disediakan.
Bila difikirkan, bukannya susah sangat.  Sesuatu penting kita abaikan, walhal penyediaan wasiat akan memudahkan waris kita untuk menuntut apabila kita tiada kelak.

05-01-2012 Menerima draft melalui email dari Amanahraya KL.
18-01-2012 Menerima panggilan dari Amanahraya Penang untuk menandatangani wasiat.
15-02-2012 Email untuk bertanyakan kadar fee pentadbiran yang dikenakan.
21-02-2012 Menerima email berhubung dengan kadar fee pertadbiran yang dikenakan :

Kadar fi pentadbiran yang dikenakan oleh Amanahraya adalah seperti berikut:
4% ke atas RM25000.00 yang pertama
3% ke atas RM225000.00 yang berikutnya
2% ke atas RM250000.00 yang berikutnya
1% ke atas RM500000.00 yang berikutnya
0.5% ke atas baki yang selebihnya.



Thursday, December 22, 2011

Kemaafan

Kita perlu mempunyai kefahaman mengenai kemaafan.  Dari sini, baru kita dapat pelajari bagaimana ianya dipraktikkan, bagaimana kita dapat memaafkan diri sendiri dan orang lain.

Kemaafan adalah melepaskan segala penderitaan dan pengkhianatan, membebaskan beban kesakitan dan kebencian yang kita tanggung.
Adalah sukar untuk membayangkan dunia tanpa kemaafan. 
Tanpa kemaafan hidup kita umpama dirantai, dipaksa untuk membawa beban penderitaan di masa lampau dan mengulangi .
Kemaafan bermula dari dalam diri kita.  Kita mungkin masih menderita dari  masa lampau  namun orang yang mengkhianati kita sekarang  bergembira .  Adalah teramat sakit untuk membenci.  Tanpa kemaafan kita masih berilusi bahawa kebencian dapat menyembuhkan kesakitan kita dan orang lain.  Dalam kemaafan, kita membebaskan perasaan kemarahan, kebencian dan  akhirnya kita akan menemui  ketenangan di hati.
Ingatlah :-
Kemaafan bukan bererti kita lemah atau naïf

Kemaafan memerlukan keberanian dan  kejelasan minda, ianya bukan naïf.  Manusia selalu tersilap mempercayai bahawa kemaafan hanya  dengan ‘ Maafkan dan Lupakan’  kesemuanya sekaligus.
Kemaafan tidak berlaku dengan cepat.
Bagi ketidakadilan yang terlampau,  kemaafan memerlukan tempoh masa yang lama, proses marah, geram, benci, sakit, kehilangan dan kelukaan.  Luka yang parah memerlukan masa yang lama untuk sembuh apalagi luka di hati yang tidak kelihatan.
Kemaafan adalah kekuatan.  Apabila kita memaafkan, kita dapat juga berkata ‘ Saya tidak akan membiarkan perkara begini berlaku lagi di dalam hidup saya’.
Namun, kadang kala , adalah lebih baik untuk mengakhiri  hubungan, tidak bertegur sapa dengan orang yang melukakan hati atau mendatangkan kemusnahan dalam hidup kita.
Adalah mudah untuk berkata kita memaafkan orang lain.  Namun kiranya hati belum lagi bersedia berbuat demikian, maka kita tidak dapat memaksa diri.  Kita tidak dapat menipu diri sendiri.  Hanya masa akan menentukannya.

Memikirnya pengkhianatan dirinya sahaja sudah cukup untuk menyakiti hati ini.  Apalagi mengingati segala perbuatannya yang membuat diri menderita begitu lama.  Memusnahkan impian dan meragut kebahagiaan yang dikecapi.
' I may forgive but i will not forget '.



Tuesday, December 20, 2011

Usah Terlebih Belanja

Usah Terlebih Belanja
Pepatah Melayu ‘Besar Pasak Dari Tiang’ khususnya ditujukan kepada mereka yang berbelanja lebih dari pendapatan.

Musim cuti dan perayaan ini, kebanyakan gedung membeli belah terkemuka mengadakan jualan hebat dan menawarkan diskaun hebat dan dahsyat.  Sesuatu yang jarang dapat ditolak oleh mereka yang ketagih membeli belah.
Untuk mengelakkan diri dari terlebih belanja, kita seharusnya:-

1.          Ketahui dan sedar jumlah wang yang dibelanjakan.


Mereka yang suka dan tidak dapat membendung nafsu berbelanja tidak sedar atau tidak kisah tentang jumlah perbelanjaan sebenar mereka.


Kewujudan kad ATM, kad debit dan kad kredit menambahkan keghairahan kita untuk berbelanja.  Mungkin kad debit dapat menghadkan cara kita berbelanja kerana kita hanya dapat berbelanja dengan wang yang ada di akaun kita sahaja. 


Namun dengan kad kredit, perbelanjaan selalunya melebihi kemampuan kita kerana belanja sekarang, penyata hanya tiba akhir bulan.  Bila kita lihat dalam dompet, wang ringgit masih banyak, tanpa kita sedari, kita sudah belanja ratusan ringgit.  Kemudahan ini menambahkan nafsu berbelanja kita, apa tidaknya cuma tandatangan sahaja.  Kawal cara anda berbelanja.



2.         Elakkan berbelanja keterlaluan


Sekiranya anda melihat sesuatu yang ingin dibeli, cuba tunggu sehari sebelum anda berbuat demikian.  Andaikata anda benar-benar ingin memilikinya, anda akan kembali keesokannya.  Cara ini memberi anda peluang untuk mencari barangan lain yang lebih baik atau lebih murah atau mungkin anda akan mengubah fikiran.

Selalunya saya menunggu hingga diskaun 20% atau 50% baru saya membeli barangan tersebut.  Dengan cara begini, saya tetap dapat memiliki barang yang sama dengan harga yang lebih murah.


Namun, kita perlu berhati-hati kerana kita selalu akan berbelanja lebih pada waktu jualan murah. 



3.         Mempunyai objektif  jelas apabila berbelanja


Sebaik melangkah keluar membeli belah, anda perlu mempunyai objektif jelas tentang apa yang ingin beli.  Kenalpasti antara keperluan dan keinginan memiliki sesuatu barangan semata-mata. 

Sebaik sahaja anda membuat senarai barangan keperluan anda, bereti anda hanya akan membeli kerana anda memang memerlukannya.



4.         Jangan habiskan masa ditempat yang memudahkan anda berbelanja.
 
Sekiranya anda menghabiskan banyak masa di kompleks atau gedung membeli belah, anda dengan secara tidak langsung, digalakkan untuk berbelanja.  Kadangkala, berbelanja sebegini sebenarnya adalah untuk menghilangkan kebosanan dan bukannya keperluan untuk membelinya.


5.         Menilai semula tabiat belanja anda


Nilai semula tabiat/nafsu berbelanja anda.  Samada anda beli kerana keperluan atau keinginan memiliki barangan tersebut semata-mata.  Ubah corak perbelanjaan anda, beli apa yang perlu sahaja. 
Seseorang yang tidak mengawal perbelanjaan, akan kesempitan wang bila tiba hujung bulan sebelum mendapat gaji.  Setiap kali mendapat gaji, sekelip mata pendapatan itu dihabiskan untuk membayar hutang. 




Friday, December 16, 2011

Petikan Motivasi - Tahun 2012

Baru tadi mendapat kalendar tahun 2012, dalam banyak calendar , saya sukakan yang ini.  Ianya mengandungi kata-kata perangsang yang merangkumi kehidupan kita.




Januari 2012 ~ ATTITUDE
                        ‘A POSITIVE MENTAL ATTITUDE WILL PRODUCE INNER STRENGTH’
Februari 2012 ~ CONFIDENCE
                        ‘ A MIND THAT IS CALM IS A MIND OF GREAT STRENGTH
MARCH 2012 ~ PRIDE
                        ‘ THE BEST KIND OF PRIDE IS THAT WHICH COMPELS A PERSON TO DO THEIR
                          BEST WORK – EVEN WHEN NO ONE IS LOOKING’

APRIL 2012 ~ DREAM
                        ‘ LET YOUR DREAMS BE AS VAST AS THE NIGHT SKY, AS BRIGHT AS THE SUNSET,
                          AND AS POWERFUL AS THE MIND’

MEI 2012 ~ KINDNESS
                        ‘ HELP OTHER PEOPLE TO COPE WITH THEIR PROBLEMS AND YOUR OWN WILL BE
                           EASIER TO COPE WITH’

JUNE  2012 ~ VISION

                        ‘WHAT LIMIT US IS VERY OFTEN THE LACK OF A COMPELLING VISION

JULAI 2012 ~ HONESTLY

                        ‘AN HONEST PERSON ALTERS THEIR IDEAS TO FIT THE TRUTH AND
                         A DISHONEST PERSON ALTERS THE TRUTH TO FIT THEIR IDEAS.

OGOS 2012 ~ SUCCESS
                        ‘THERE ARE NO SECRETS TO SUCCESS.
                          SUCCESS IS DOING THE THINGS YOU KNOW YOU SHOULD DO.

SEPTEMBER 2012 ~ ENTHUSIASM

                        ‘ENTHUSIASM IS THE PROPELLING FORCE NECESSARY FOR CLIMBING THE LADDER
                         OF SUCCESS.
OCTOBER 2012 ~ PASSION
                        ‘THERE IS NO SUBSTITUTE FOR PASSION WHEN FOLLOWING A DREAM.

NOVEMBER 2012 ~ WISE
                        ‘WISE INDIVIDUALS ARE NOT ALWAYS SILENT, BUT THEY KNOW WHEN TO BE’

DISEMBER 2012 ~ OPPORTUNITY
                        ‘KEEP YOUR HEART OPEN, SO YOU CAN CATCH THE OPPORTUNITIES LIFE BRINGS 
                         YOUR WAY’





*******************************************************************************************************
‘SIKAP POSITIF, KEYAKINAN DIRI, HARGA DIRI, KEBAIKAN HATI,  JUJUR,  BERWAWASAN,  MEMPUNYAI IMPIAN TINGGI,  KEGHAIRAHAN TERHADAP KERJA YANG DILAKUKAN, BIJAK, MEREBUT PELUANG YANG DATANG,  INGIN BERJAYA'
SEKIRANYA ANDA MELIHAT KEPADA MEREKA YANG BERJAYA DALAM HIDUP,  GABUNGAN CIRI-CIRI TERSEBUT PASTINYA ADA PADA MEREKA. 




Wednesday, December 14, 2011

Tips untuk Membeli secara dalam talian (online) dengan selamat

Di era cyber ini, saya tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan online.  Yalah saya boleh membeli tanpa keluar dari rumah.  Saya boleh bayar bil tanpa perlu berbaris panjang.  Malahan banyak perkara yang dapat saya buat tanpa membuang masa dibandingkan 20 tahun dulu. Saya dapat berbuat demikian, dengan menggunakan komputer, komputer riba di dalam rumah ataupun di pejabat.   Ataupun dengan smartphone.  Malahan anda dapat membeli produk dari luar negara dengan hanya menekan papan kekunci.   Untungnya orang muda zaman sekarang!

Namun saya amat berhati-hati bila berurusan dalam talian.  Apalagi yang melibatkan wang ringgit.  Maklum sahaja zaman sekarang, ada manusia yang ingin kaya dengan senang iaitu dengan cara menipu.  Yang otak geliga tetapi menggunakan kepintaran untuk menipu di alam maya.  Saban hari kita membaca di akhbar baik berita dalam negeri mahupun luar negara, penipuan cyber berleluasa.  Semakin banyak urusan dalam talian, semakin tinggilah risikonya.

Saya terbaca tip untuk mengelakkan penipuan dan membeli dalam talian dengan selamat, yang ingin saya kongsikan :-

 Tips untuk membantu Anda Membeli secara dalam talian (online) dengan selamat

Beli dari komputer yang dilindungi.  Komputer yang tidak dilindungi oleh perisian keselamatan sepenuhnya adalah lebih terdedah kepada ‘malware’.  Jika tidak, semua data yang dimasukkan atau yang dihantar dari komputer adalah berisiko – termasuk segala identiti dan informasi peribadi, nombor kad kredit dan akaun bank.

Beli menggunakan sambungan dari talian yang dilindungi.  Data adalah dalam risiko semasa dihantar sekiranya ‘penceroboh’ mengawal rangkaian atau menggunakan perisian paket jejak. 
Sentiasa, cari simbol ‘kunci’ hijau HTTPS di dalam alamat imbas Window anda apabila menjalankan pembelian dalam talian.  Pastikan anda semak semula sebelum memasukkan informasi peribadi.

Guna penjual yang boleh dipercayai.  Sebarang laman web boleh diserang oleh penggodam, namun dengan menghadkan pembelian anda kepada penjual yang telah mantap dan dipercayai juga menghadkan risiko anda.

Jangan terpedaya dengan  deal yang "too-good-to-be-true" ~ yang rasa sukar dipercayai.  Saya selalu ingatkan pada diri “if its too-good-to-be-true then it’s not true”.  Terlalu banyak deal yang ditawarkan di terlalu banyak laman web.  Ada yang menggunakan kesempatan untuk menawarkan harga yang terendah dan tentunya ada mangsa yang terperangkap dalam deal ‘palsu’.  Baca penulisan saya di :- http://dreamsversusrealities.blogspot.com/2011/11/awas-tertipu-oleh-salon-ini.html

Rancang dan jangan tergesa-gesa.  Serangan cyber sekelip mata/sesaat untuk berlaku ~ kekadang apa yang perlu cuma klik ke suatu email pautan.  Justeru itu berwaspada.  Pastikan anda di laman web yang betul.

Selalu Semak kad kredit dan penyata bank.  Sekiranya anda mendapati ada transaksi yang dicatatkan tidak selaras dengan pembelian anda, akaun anda mungkin terjejas .  Segera menghubungi bank anda.

Guna kata laluan dan informasi log masuk yang unik untuk setiap laman web yang anda kunjungi.   Memang benar, adalah sukar untuk mengingati semua kata laluan tersebut.  Namun sekiranya salah satunya dicuri, penyangak cyber akan cuba menggunakannya untuk website lain.
Kata laluan sepatutnya sepanjang mungkin dan mengandungi campuran karektor, nombor dan simbol

Sekiranya anda membeli dari tablet atau smartphone, guna app penjual yang boleh dipercayai dan bukannya dari pelayar Web.  Penjual mempunyai lebih kawalan menggunakan ‘apps’ sendiri dibandingkan dengan pelayar mobile, yang selalunya tidak memaparkan alamat web laman yang mana anda berikan informasi kad kredit anda.

Jangan pasang perisian dari pautan laman web atau kod di peranti mobile anda .  Perisian dari lokasi selain dari ‘stor’ rasmi peranti anda seperti as Apple's iTunes Store atau Android Market, mendedahkan anda kepada risiko penipuan.

Selalu mengemaskini perisian ‘Anti Virus’ yang dipasang di computer anda yang digunakan untuk transaksi dalam talian

Bayar menggunakan kad kredit atau Paypal atau laman bayaran yang berkredibiliti ~ dapatkan kad kredit khusus untuk gunakan untuk transaksi dalam talian sahaja.





Monday, December 12, 2011

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Petikan Artikel dari : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/13/mstar_berita/20111213110723&sec=mstar_berita

* Pada anda diluar sana, khususnya peniaga/pengusaha makanan, janganlah pentingkan keuntungan semata-mata.

Dari pengamatan saya, peniaga selalunya akan menggunakan minyak berkali-kali apalagi minyak yang digunakan untuk mengoreng makanan. 

Yalah minyak yang digunakan adalah banyak.  Kadangkala minyak yang sama digunakan untuk mengoreng pelbagai makanan yang bercampur.

Zaman ini ramai yang makan diluar.
Makanan yang tidak bersih, pencemaran alam dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada pelbagai penyakit dalam tubuh kita.

 





Thursday, December 8, 2011

Strong Women vs Woman Of Strength




A Strong Woman
vs.
A Woman Of Strength


A strong woman works out everyday to keep her body in shape
But a woman of strength builds relationships to keep her soul in shape

A strong woman isn't afraid of anything
But a woman of strength shows courage in the midst of fear.

A strong woman won't let anyone get the better of her
But a woman of strength gives the best of herself to everyone.

A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future
A woman of strength realises life's mistakes can also be unexpected blessings, and capitalises on them

A strong woman wears a look of confidence on her face
But a woman of strength wears grace.

A strong woman has faith that she is strong enough for the journey
But a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong.


* Doaku :-
Jadikanlah diriku seorang wanita yang mempunyai kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Amin..




Imbas Kembali - Catatan April 25, 2007

Ini catatan dalam diari saya dahulu, begitu pantas masa meninggalkan kita.

Gelang Mutiara
April 25, 2007 at 11:39pm

Laughing Pagi tadi menghadiri mesyuarat di JPP kemudiannya menyusul ke ofis pemaju. Selepas itu, baru ku sedari bahawa rantai gelang mutiara tanganku tercicir. Walaupun tidak mahal tetapi gelang yang dilengkapi rantai satu set itu membawa pengertian yang mendalam kepadaku.

Lantas tercari-cari di restoran, kemudiannya kembali ke ofis pemaju. Temanku maklumkan bahawa semasa di ofisnya, dia tak nampakpun rantai gelang kupakai. Bererti gelang itu mungkin tercicir di JPP. Lantas ku berusaha untuk menjejaki ke situ semula.

Hairan juga kali ini, aku coolje. Mungkin kerna aku redha ke atas yang berlaku. Bagiku kiranya sesuatu itu milik kita pastinya kita akan memperolehinya kembali. Begitu juga sebaliknya. Pagi tadi ketika memakainya, gerak hati & minda ni ada menunjukkan kemungkinan gelang itu akan tercicir....

Pengalaman masa lepas mengajarku begitu. Aku dah masak dengan situasi yang sebegitu.
Ahh.. sedangkan sesuatu yang benar-benar aku sayangi dahulu pun boleh diragut oleh insan lain dalam sekelip mata.

Ajaibnya ketika ku pulang kerumah, temanku menelefon. Dia memberitahu bahawa temannya ada ternampak pengawai JPP menjumpainya. Jumaat ini aku boleh mengambilnya kembali.. Alhamdulillah..

Nah... itu yang tadi ku perkatakan.. Ternyata ianya benar. Sesuatu yang rasanya sukar ditemui kembali, kita ketemu kembali.. kiranya ianya milik kita yang hakiki.Laughing





Wednesday, December 7, 2011

Facebook, here i come

Sebenarnya saya tidak berminat sangat untuk membuka akaun di facebook (muka buku??).

Sebab utama yang mendorong saya berbuat demikian pada 04.12.2011 adalah kerana saya hendak komen di website http://dealshelve.com berhubung dengan dilemma saya tentang salon La Herballe’s ( Artikel saya yang terdahulu : awas-tertipu-oleh-salon-ini  Awas ! Tertipu !! 76% OFF La Herballe's Signature FULL Body Massage (60 mins) @ La Herballe Skin Care (Queensbay Mall/Sunway Carnival Mall/Bukit Jambul Complex) for only RM16 instead of RM68! )

Dengan pendaftaran di facebook maka saya dapat komen untuk memberi amaran orang lain tentang salon ini.

Tanya teman pejabat, kenapa jemputan mereka difacebook saya tidak terima, saya memberitahu bahawa laman rumah saya sedang diubahsuai, bila siap saya akan menjemput mereka.. hehehe.. seloroh tentang facebook lah.

Saya belum benar-benar pelopori facebook ini, baru mula merangkak..  Mungkin agak ketinggalan namun belum terlambat..  Pengalaman pertama merupakan yang paling indah dan teruja.. 

My Photo





Tuesday, December 6, 2011

Daftar I-Akaun KWSP Untuk Semakan Mudah Secara Online

Segera Daftar I-Akaun KWSP Untuk Semakan Mudah Secara Online


Ke laman KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai Januari tahun depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata, ia bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemaskini penamaan mereka apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak.

"Kegagalan mengemaskini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya ia merupakan akaun online peribadi untuk ahli dan majikan menjalankan transaksi terpilih melalui laman web myEPF dengan selamat.

"Ahli-ahli digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online ini disediakan," katanya. - BERNAMA

Petikan Artikel dari : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/6/mstar_berita/20111205171538&sec=mstar_berita

***  KWSP ~ Simpanan Hari Tua Anda

Bagi Anda yang masih bujang atau sudah berkahwin, adalah disarankan agar membuat penamaan.
Sebaik sahaja anda melangkah ke alam pekerjaan dan sesudah berdaftar dengan KWSP, jangan lupa untuk membuat penamaan.

Bila kita berusia 50, kita sudah layak untuk mengambil 30% dari simpanan kita.
Bila kita berusia 55, kita layak mengambil semuanya.
Kita perlu berhati-hati merancang kewangan kita kerana kita tidak tahu selama mana hidup kita. 
Ada yang tidak sempat untuk menggunakan wang simpanan kerana sudah meninggal, wang itu menjadi habuan anak-anak dan isteri atau ibu bapa.
Namun kalau kita hidup sehingga 90 lebih, cukupkah wang itu menampung keperluan hidup kita?

Kepada anda yang 'celik cyber', tentulah perkhidmatan online ini memudahkan hidup anda, tidak perlu beratur di pejabat KWSP untuk menyemak, mengemaskini akaun simpanan anda.

Saya belum mendaftarkan diri online, jadi tidak tahu terperinci apa kemudahan yang terdapat dalam i-Akaun KWSP. 

Money is no problem, my problem is no Money !





Sunday, December 4, 2011

Pantas Waktu Berlalu

Tinggal 27 hari lagi kita akan melangkah meninggalkan Tahun 2011 dan menuju gerbang Tahun 2012.

Begitulah pantasnya masa berlalu.

Semakin usia meningkat semakin masa terasa cepat berlalu.

Suatu yang pasti samada anda kaya atau miskin, adilnya kita semua tetap mempunyai 24 jam sehari.

Terlalu banyak peristiwa yang terjadi di sepanjang 2011, suatu yang pasti adalah ianya telah berlalu.

Kegembiraan, keperitan mengisi ruang hidup ini.

Tinggal beberapa hari lagi, puteri kesayangan akan tamat peperiksaan SPM.  Teringat 5 tahun dahulu, semasa dia mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.  Kemudian 2 tahun dahulu dalam PMR.  Kini sudah menduduki SPM, kelihatan sangat relaks. Kelak tunggu pula keputusan SPM dan frasa hidupnya yang seterusnya. 

Suatu yang pasti, anda tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku, anda tidak akan tahu apa yang berlaku masa hadapan, jadi pergunakan hidup anda sebaik-baiknya hari ini


Berikut ungkapan tentang masa dalam hidup :-

Life is available only in the present moment. If you abandon the present moment you cannot live the moments of your daily life deeply.
–Thich Nhat Hanh

The past is a ghost, the future a dream. All we ever have is now.
-- Bill Cosby

Love the moment, and the energy of the moment will spread beyond all boundaries.
–Corita Kent

Do not dwell in the past, do not dream of the future, concentrate the mind on the present moment.
–Buddha

Unease, anxiety, tension, stress, worry — all forms of fear — are caused by too much future, and not enough presence. Guilt, regret, resentment, grievances, sadness, bitterness, and all forms of non forgiveness are caused by too much past, and not enough presence.
–Eckhart Tolle

Let the credit card companies market as they will, the only thing that's priceless is Now.
--Caleb Baylor Hive

The next message you need is always right where you are.
–Ram Dass

This very moment is a seed from which the flowers of tomorrow's happiness grow.
– Margaret Lindsey

The only time we suffer is when we believe a thought that argues with what is. When the mind is perfectly clear, "what is" is what we want.
--Byron Katie

The only time you ever have in which to learn anything or see anything or feel anything, or express any feeling or emotion, or respond to an event, or grow, or heal, is this moment, because this is the only moment any of us ever gets. You’re only here now; you’re only alive in this moment.
–Jon Kabat Zinn

Being in the moment involves giving maximum appreciation and love to your present experience.
– Sara Paddison
The present moment is creative, creating with an unheard-of intensity.
--Le Corbusier

The ability to be in the present moment is a major component of mental wellness.
--Abraham Maslow


Thursday, December 1, 2011

Telur ~ bagus untuk Anda
Kebaikan  - telur
 Telur membantu mata kita
Menurut satu kajian, sebiji telur sehari dapat menghalang ‘macular degeneration’ (penyakit retina berkaitan usia yang mengakibatkan hilang penglihatan) terima kasih kepada kandungan nutrien ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ nya.  Penyelidik mendapati bahawa mereka yang makan telur setiap hari menurunkan risiko pembentukan katarat.

Telur adalah penuh Protein.
Sebiji telur mengandungi 6 gram protein berkualiti tinggi dan semua 9 jenis asid amino yang diperlukan.  Tambah pula, telur adalah antara satu dari beberapa makanan yang mengandungi Vitamin D.

Telur adalah punca terbaik ‘Choline’.
Nutrien ini melaraskan otak, system saraf pusat dan kardiovaskular dan dikaitkan dengan pengurangan keradangan di dalam tubuh.

Telur adalah berkolesterol rendah
Satu kajian di USDA menunjukkan telur sebenarnya 14 peratus rendah kolesterol bertentangan dari anggapan umum.  Namun jika anda masih ingin turunkan kolesterol anda, gunakan hanya putih telur.  Putih telur tidak mengandungi kolesterol.  Atau gunakan telur bebas kolesterol sebagai ganti.  Makan sebiji telur sehari selaras dengan panduan diet, yang mengesyorkan pengambilan terhad kolesterol  kepada 300 mg sehari.

Telur Mengekalkan Kecantikan Anda
Telur mengalakkan rambut dan kuku sihat, disebabkan kandungan sulphur yang tinggi dan konsentrasi vitamin dan mineralnya.