Hati-hati bila tawaran kupon di website terjual terlalu banyak. Selalunya tawaran tentunya murah dan berbaloi. Urutan seluruh badan (60 minit) pada harga RM16.00, menarik bukan?? Bila ditutup, 2018 kupon terjual !!!
Ini pengalaman saya, dan saya rasa ramai di antara anda diluar sana yang juga terkena.
Baru-baru ini saya telah membeli 2 kupon ( kerana seorang cuma boleh beli 2 ) di suatu website (kali pertama).
Salon ini mempunyai 3 cawangan iaitu di Queensbay Mall, Bukit Jambul Kompleks dan Sunway Carnival Mall. Saya memilih salon di Bukit Jambul Kompleks. Lantas saya menelefon untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk 2 kupon itu. Selepas banyak kali cubaan, saya berjaya menghubungi salon tersebut dan tarikh di tetapkan adalah pada 26.11.11 dan 03.12.11.
Sebelum tawaran berakhir, pada 20.11.11, saya membeli 2 lagi kupon untuk teman saya. Saya cuba hubungi salon tersebut setiap hari untuk mendapatkan temujanji bagi teman saya tetapi telefon ke salon dan telefon bimbit tidak dijawab. Saya cuba cawangan lain juga tidak dijawab. Timbul syak di hati saya, ye lah tarikh temujanji saya pada 26.11.11 sudah dekat dan saya hendak mengesahkannya.
Saya tiba di salon itu, pada hari dan waktu yang dijanjikan (semalam), seperti yang saya syaki, salon itu tutup. Bertanyakan kedai sebelah, saya dimaklumkan salon itu, tidak dibuka dan ada ramai orang yang bertanyakan salon itu sebelum saya. Saya menelefon dari depan kedai dan bunyi telefon berdering kedengaran dari dalam salon.
Saya marah dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik salon. Sudahlah tarikh ditetapkan, salon tutup. Ini menipu namanya. Bukan sahaja membuang masa saya malahan merosakkan mood saya. Hujung minggu adalah waktu santai saya, kalau saya tak ke situ, saya akan ke tempat lain.
Lantas saya pulang dan menghantar email aduan kepada website yang menganjurkan tawaran tersebut dan ingin mendapatkan kembali wang saya untuk 4 kupon yang dibeli.
Hari ini Ahad saya cuba lagi menelefon cawangan Queensbay Mall (HQ) dan dijawab oleh pekerja di situ. Jawapnya salon di Bukit Jambul dah ditutup. Pemilik salon jarang masuk. Temujanji di (HQ) juga telah penuh. Tup, telefon diletak.
Bayangkan 2018 terjual, RM16 x 2018 = RM 32,288 ditolak komisen, jumlah masih besar. Jadi kenapa hendak menipu???
* I'm really piss off. i hope this matter will be resolved before i reveal the salon name.
If you read this & its similar, do comment on my blog.
Kalau anda membaca dan ada persamaan dalam apa yang saya perkatakan, sila komen.
** Satu pengajaran saya dapat, jangan beli kupon kalau di website menunjukkan terlalu byk kupon terjual.
Ada pemilik yang tamak, tidak menghadkan bilangan penjualan kupon.
Kekurangan tenaga kerja untuk menampung jumlah pelanggan yang menanti.
Pekerja pula membuat sambil lewa dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya akibat keletihan, yelah pelanggan terlalu ramai.
Tarikh yang kita kehendaki tidak dapat dipenuhi kerana temujanji dah penuh.
Akhirnya masa santai yang sepatutnya relaks akan membuat kita lebih stress.
Kronologi :-
November 29, 2011 7:16 AM
Hari ini Isnin, tiada jawapan email dari penganjur website.
Cuba call salon, masih tak berjawab.
Khidmat pelanggan dari website menelefon dan memberikan no telefon bimbit - orang yang mengendalikan salon ini. Call tadi dtp jawapan, katanya ada masalah di cawangan BJ. Dia akan cuba membuat temujanji baru di salon untuk pakej urutan yang saya beli. Saya jangka tentu tarikhnya lama kerana terdapat ramai pembeli kupon.
Disember 02
Masih tiada jawapan dari wakil salon tentang tarikh temujanji untuk 4 kupon yand dibeli. 2 kupon sepatutnya pada 26.11.11 yang lalu dan satu lagi pada esok 03.12.11. Masalahnya
adalah salon cawangan tu tak dibuka padahal temujanji dah dibuat.
Sepatutnya keutamaan diberi untuk menggantikan tarikh temujanji saya.
Tadi terbaca dekat website : http://dealshelve.com/malaysia/deal/17032/ tentang aduan dari pelanggan tentang salon ini. Seperti yang saya jangkakan ramai yang terkena.
Disember 04
Masih tiada jawapan dari wakil salon seperti yang sepatutnya. Kesabaran saya sudah tergugat.
Salon yang dimaksudkan adalah La Herballe Skin Care (Queensbay Mall/Sunway Carnival Mall/Bukit Jambul Complex).
Saya sudah email ke http://www.mydeal.com.my untuk mendapatkan wang saya kembali. Masalahnya kita tidak dapat komen dalam websitenya. Apa-apa pun Kita tunggu apa tindakan selanjutnya.
Disember 06
Wakil mydeal.com.my menelefon dan memberitahu akan cuba menghubungi pihak La Herballe untuk respon kepada saya. Tunggu lagi nampaknya. Rasa-rasanya La Herballe tak berani nak telefon sebab masalah nak tempatkan temu janji.
Disember 07
Ternampak deal baru di http://www.mydeal.com.my,
Memang sah salon ni nak menipu. Deal massage dah tak terlayan, sekarang tawarkan yang baru pulak. Sepatutnya mydeal tidak teruskan deal facial ini, siasat dulu aduan pelanggan, tapi nampaknya diorang nak komisen dah tak kisah masalah yang dihadapi pembeli.Nampaknya ramai lagi yang nak terkena.
Disember 08
Email ke mydeal.com lagi. Kali ini saya menuntut agar dikembalikan wang saya. Sikap tidak bertanggungjawab pihak salon, memang teruk. Saya sudah tidak berminat lagi. Ini bukan caranya orang menguruskan biznes, melainkan dengan niat menipu.
Mydeal, pulangkan wang saya!
Disember 09
Terima email dari mydeal yang meminta butir-butir untuk mengembalikan wang saya. Saya membalas email tersebut dengan serta merta.
Disember 12
Terima email dari mydeal, menyatakan pengembalian wang saya. Sekurang2nya respon pantas dari mydeal mengembalikan keyakinan saya terhadapnya.
This e-mail is to inform you that your payment to Mydeal Sdn Bhd has been refunded.
Kindly inform that the bank will take approximately 14 working days to process. The refunded transaction will be shown in your credit card statement.
Transaction Detail
Reference No : | 490793 | |
Transaction ID : | T1051610200 | |
Transaction Date : | 17-Nov-2011 10:33:01 PM | |
Transaction Amount : | MYR 32.00 | |
Payment Type : | Credit Card | |
Product Description : | 76% OFF La Herballe's Signature FULL Body Massage (60 mins) @ La Herballe Skin Care (Queensbay Mall/Sunway Carnival Mall/Bukit J | |
Refund Transaction Detail | ||
Payment ID: | T1175281300 | |
Refund Date Time: | 12-12-2011 4:28:13 PM | |
Refund Amount: | MYR 32.00 |
This e-mail is to inform you that your payment to Mydeal Sdn Bhd has been refunded.
Kindly inform that the bank will take approximately 14 working days to process. The refunded transaction will be shown in your credit card statement.
Transaction Detail
Reference No : | 494578 | |
Transaction ID : | T1061805400 | |
Transaction Date : | 20-Nov-2011 3:42:08 PM | |
Transaction Amount : | MYR 32.00 | |
Payment Type : | Credit Card | |
Product Description : | 76% OFF La Herballe's Signature FULL Body Massage (60 mins) @ La Herballe Skin Care (Queensbay Mall/Sunway Carnival Mall/Bukit J |