Friday, June 29, 2012

Harga Bawang Putih Naik

Harga Bawang Putih Naik Dua Kali Ganda

PETALING JAYA: Harga bawang putih di negara ini didapati melambung ekoran bekalan terhad - kenaikan sebanyak dua kali ganda di Lembah Klang dan tiga kali ganda berbanding harga asal di Pulau Pinang.

Tinjauan mendapat bawang putih yang kebiasaannya dijual RM4 sekilogram bulan lalu naik di antara RM8 dan RM9 di Lembah Klang.

Di Pulau Pinang, kenaikan sama berlaku dari harga asal RM3.

Menurut Persatuan Import-Eksport Makanan, secara purata, harga borong bagi bawang putih adalah sekitar RM6 sekilogram, berbanding RM3 awal tahun ini.

Presidennya, Datuk Alex Chuah berkata, faktor cuaca yang tidak menentukan menyebabkan hasil pengeluaran terjejas dan mendorong kenaikan harga di China, pengeluar terbesar bawang putih di dunia.

"Perniagaan tempatan tidak mampu mengimport bawang dari China buat masa ini dan bergantung kepada stok sedia ada yang mampu bertahan sehingga penghujung tahun ini.

"Mereka mahu menunggu sehingga harga kembali normal sebelum mengimport semula bawang putih.

"Namun, mereka memerlukan kemudahan simpanan stok sedia ada untuk menjamin kesegaran dalam tempoh jangka masa panjang yang meningkatkan kos perbelanjaan," katanya kepada The Star.

Malaysia mengimport bawang putih dari China dan perlu bersaing dengan negara lain termasuk pengeluar lain komoditi itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cuaca sejuk bukan saja menjejaskan bekalan tetapi pengeluaran bawang putih.

Katanya, berlaku kira-kira 30% penurunan dalam pengeluaran bawang putih pada musim tuaian tahun lalu.

"Situasi semakin kritikal kerana China menghasilkan 90% daripada bekalan bawang putih di dunia," katanya.

Rakyat Malaysia memerlukan kira-kira 6,000 tan bawang putih setiap tahun.

"Bekalan masih mencukupi buat masa ini tetapi ia mungkin berkurangan pada hujung bulan November.

"Bawang putih yang terdapat di pasaran pada ketika ini bersaiz 6cm.

"Jika kita mengimport bawang putih pada waktu ini, harga borong akan lebih tinggi untuk bawang bersaiz kecil," katanya.

Petikan Berita/Artikel dari : http://mstar.com.my - 30 June 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bawang putih ((Allium sativum) adalah tumbuhan yang bersangkut rapat dengan bawang merah, daun bawang dan kucai.  Perahan dari ulas bawang kadangkala digunakan sebagai ubat.

Di dalam kegunaan ubatan herba, bawang putih digunakan untuk merawat dan mengelakkan keadaan seperti berikut :-

·         Penyakit jantung
·         Kanser
·         Jangkitan
·         Selsema
·         Kolesterol Tinggi
·         Tekanan Darah Tinggi
Bawang putih juga dikatakan mempunyai kesan antioksida yang tinggi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nampaknya peniaga-peniaga makanan lepas ini akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan.
Terdengar ramai orang merungut, semua harga asyik naik..
Apalagi bawang putih antara komoditi yang laris, kebanyakan makanan kita mengandungi bawang putih.
Orang Cina terutamanya suka menggunakan bawang putih di dalam kebanyakan masakan mereka.
Taukah Anda ?
** Sekiranya anda makan terlalu banyak bawang putih mentah, nafas anda berbau sepertinya.
** Sekiranya anda mengupas terlalu banyak bawang putih, kulit jari anda akan terhakis dan pedih.
** Sekiranya anda akan menjalani pembedahan, elak dari makan bawang putih kerana ia berkemungkinan mengganggu bahan antigumpal ( antikoagulan - Drug yang mengurangi pembekuan darah dalam badan, misalnya warfarin.- )






Sindiket Curi Kereta

Bila Kereta Anda DiCuri, Apa Anda Buat???


Apa perasaan anda apabila anda tiba di tempat anda letak kereta tetapi bayang kereta pun tak kelihatan?? Tentu terkejut beruk dibuatnya.



Begitulah yang terjadi kepada anak lelaki kedua saya 2 minggu lepas. Bila didapati kereta Proton Satrianya sudah tiada, bukan main frust dan geram dirinya. Apa lagi dimarahi pula dengan saya. Bayangkan keadaan apartment yang memang tiada tempat parking yang mencukupi, terpaksa park di tepi susur jalan.



Baru 3 bulan dia membeli kereta itu dari abang sulongnya.  Ditambah dengan 2 seat yang berharga ribuan dan stereo kereta yang canggih di dalamnya.  Rim pun bukan murah.  Tentu sakit hatinya. Mula dia pergi buat lapuran polis, namun diberitahu dia tidak dapat berbuat demikian kerana tiada geran kereta. Aparah polis ni.. geran kereta memang bukan ada dengan kita, ada dengan bank. Takkan polisi insuran tak memadainya. Kali kedua ke balai polis lain barulah dia dapat buat repot. Bukan apa, takut keretanya yang dicuri itu digunakan untuk membuat perkara yang menyusahkan kita, nanti kita pula yang tertuduh, walhal kereta dah dicuri. Itulah sebabnya repot polis perlu dibuat secepat mungkin. Ianya juga kelak diperlukan untuk tuntutan insuran.



2 hari lepas, anak saya mendapat panggilan telefon dari balai polis memaklumkannya, kereta dah dijumpai. Kereta itu ditinggalkan ditepi jalan di Telok Air Tawar dan dijejaki polis apabila mereka hendak menyaman kereta yang sudah ditinggalkan selama 2 hari disitu. Habis semua part diambilnya. Tapi nasib baik juga enjin ditinggalkan. Yang pastinya anak saya dalam kerugian.. Kata polis, seminggu sebelum itu dilokasi yang hampir sama, juga terjadi kes kereta curi ditinggalkan selepas barang-barang didalamnya digagau oleh penyangak yang tak bertanggungjawab. Yang ini lebih malang kerana enjin pun dikebas oleh geng-geng pencuri tu.



Saya berpendapat tentu ada sindiket yang berleluasa diluar sana yang giat menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini. Susah-susah orang bayar bank untuk memiliki kereta, senang-senang sahaja mereka mencurinya. Kalau pihak polis benar-benar hendak menangkap mereka, mulai dengan menyiasat kedai menjual ‘spare part’ kereta. Saya yakin tentu mereka yang dah mencuri kereta dan mengambil ‘parts’ yang mahal tu perlukan pembeli. Bak kata orang ‘pembeli dan penjual’ saling memerlukan.



Jadi setiap kali anda melangkah ke kedai kereta menjual ‘spare parts’ terpakai, baik anda berhati-hati. Mungkin anda terbeli barang curi. Kalau anda fikir tidak apa asalkan murah, anda boleh dapatkan barang tersebut, cuba bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang sama - kereta anda yang dicuri dan ‘parts’ kereta anda yang dijual..


Nampaknya ada manusia yang menggunakan kepandaian dan kemahiran dengan cara yang salah, mengaut keuntungan dengan cara yang senang.



27.09.2012 - Selepas sekian lama di workshop, akhirnya kereta anak saya disiapkan.  Mujur ada insuran yang membiayai pembaikian semula keretanya.  Namun pembaikian adalah kepada asalnya (basic sahaja).  Tuntutan workshop kepada insuran, dengar khabar sehingga lebih RM6 ribu, namun hasilnya tidak seberapa.  Anak saya perlu membeli bateri baru.  Alignment kereta pun lari. Macam-macam lagi masalah walaupun baru keluar workshop.  Saya telah dimaklumkan bahawa kereta yang lebih 8 tahun, barang gantinya adalah juga secondhand.  Tau-taulah kalo spare part dah yang terpakai, kereta tentu ada masalah nanti. Ahh..








Thursday, June 28, 2012

Penyakit Misteri ?

Penyakit Misteri - Semua penyakit ada penawarnya, benarkah??



Anda rasa tidak sihat, anda tahu anda tidak sihat kerana memang anda dapat rasakan kesakitan itu.  Namun bila di periksa darah anda ok, tekanan darah ok, kencing ok..  Lantas doktor catatkan penyakit tidak diketahui.. Aduh frustnya.

Pagi tadi pergi klinik kerana tidak tertahan dengan kesakitan yang ditanggung.  Bila ia datang, segala-galanya menjadi serba tidak kena.  Memang sudah hampir sepuluh tahun saya menanggung masalah ini.  Namun saya cuba lupakannya dan teruskan kerja.  Malahan jarang saya mengambil MC, setakat bulan ini belum lagi satu MC yang diambil walaupun sudah setengah tahun 2012.

Beberapa kali pengsan dulu dan dimasukkan hospital, menjalani ujian MRI semuanya ok.  Namun kepala saya selalu sakit.  Saya pergi berjumpa pakar doktor.  Mungkin orang lihat saya tidur nyenyak namun hakikatnya otak saya tidak.  Kata doktor pakar, umpama orang yang parking kereta tetapi tidak matikan enjin, tentu keesokannya kereta takleh start.  Begitu juga dengan otak saya.  Jadi saya perlu makan ubat untuk tidur lena.  Xanax atau Alprazolam. Sudah beberapa tahun mengambil ubat ini dan cuba kurangkan dosnya. Ubatnya bukan murah dan hanya boleh didapati dengan preskripsi dari doktor sahaja.

Namun akhir-akhir ini, sakitnya menyucuk dari tapak kaki ke seluruh badan.  Rasa seperti kebas di sebelah kepala. Bahagian bawah tengkuk dan belakang sakit. Anehnya semua kesakitan bertumpu di sebelah kanan badan.  Sentiasa ada rasa seperti  kejutan elektrik, kepala menyucuk-yucuk.  Mood jadi tidak baik dan semua serba tidak kena bila ianya menyerang.  Pada zahirnya, orang tidak akan percaya bila saya katakan saya sakit.  Kerana saya masih meneruskan kerja saya.  Rasa pening, loya, letih dan rasa yang tidak boleh diungkapkan.  Bayangkan bunyi muzik saya boleh membuat kepala saya bagi nak pecah...

Bila ke klinik kerajaan pagi tadi, doktor merujuk saya kepada doktor pakar GH P. Pinang.  Namun katanya kena dapatkan surat rujukan dari doktor pakar swasta yang saya jumpa selalu.  Bila saya telefon, jururawat jawab sambil lewa, katanya doktor Cuma tulis  sahaja, tanpa kata perlu adakan MRI.  Walau sebelum itu katanya kalau saya ingin pemeriksaan yang lebih terperinci, saya boleh ke hospitalnya dan dapatkan pemeriksaan MRI, dan lain-lain lagi yang perlu untuk mengenaipasti masalah penyakit saya.  Zaman ini rawatan juga suatu biznes.  Apalagi kalau ada insuran, hospital swasta cukup suka kalau anda anda insuran.  Saya golongan pertengahan, tidak mampu sekiranya dihujani dengan bil-bil kelak.

Sakit saya datang dan pergi.  Isnin ini saya akan pergi ke hospital Kerajaan.  Hak saya untuk mendapatkan rawatan.  Saya harap saya akan dilayan dengan baik dan mendapat jawapan kepada persoalan yang saya cari.  Apa yang tidak kena dengan saya? Sakit apa sebenarnya.  Sehingga  mendapat jawapannya, ianya akan tetap menjadi misteri…



Monday, June 25, 2012

Sambutan Hari Keluarga - Rebat Cukai 100%


PM: Syarikat akan dapat 100% rebat cukai bagi perbelanjaan mengadakan acara Hari Keluarga.


KUALA LUMPUR:  Syarikat Sektor swasta akan mendapat 100% rebat cukai ke atas perbelanjaan mengadakan sambutan Hari Keluarga 1Malaysia sempena sambutan peringkat nasional pada November tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang menerajui Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti pada April lalu, telah mengumumkan di Parlimen Isnin ini, berkata ini adalah sebahagian dari langkah kementerian untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.

 “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa bulan November telah ditetapkan untuk sambutan Hari Keluarga 1Malaysia peringkat nasional tahun ini.

Syarikat swasta yang mengadakan acara untuk meraikan sambutan ini akan diberi 100% rebat ke atas kos perbelanjaan acara tersebut,” katanya, apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh
Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) di Parlimen,

Sumber berita : petikan dari http://thestar.com.my




Wow, ini berita gembira.  Apa tidaknya, kali ini, bolehlah saya gunakan sebagai ‘modal’ untuk menyakinkan boss saya untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk percutian staf-staf di pejabat.  Harap-harap pujukan berhasil.  Alah.. cuti-cuti Malaysia pun jadilah.  Sekurang-kurangnya staf-staf semua dapat pergi bersama dengan keluarga dan bergembira.  Kalau asyik kerja saja, tiada ganjaran percutian tentu semuanya tiada semangat.  Sebenarnya staf-staf di pejabat semuanya rajin-rajin belaka, yang ada curi tulang tu pun seorang dua sahaja.  Biasalah…

Beberapa tahun dahulu, kami pernah bercuti di Genting Highland di sponsor oleh boss.  Berbuih mulut memujuk boss kononnya semua orang berminat nak ke situ.  Sememangnya staf semua berminat betul.  Tentulah kalau perbelanjaan ke situ ditanggung.  Namun yang lecehnya, boss tidak mahu memaksa mereka yang tidak minat ke situ.  Dan dia memberi pilihan, sesiapa yang tidak turut sama akan diberi wang sebagai ganti.  Apalagi,  ada yang dah berubah fikiran dan ingin mengambil wang.  Lantas kata boss, memang betul bukan semua yang berminat.  Marah sungguh saya ketika itu kerana ada staf yang tidak sepakat walhal saya yang memberanikan diri untuk mencadangkan kepada boss.  Akhirnya kami beramai-ramai nak bas ke Genting Highlands bersama keluarga masing-masing.  Dan kami berseronok disitu.  Kisah itu sudah lama berlalu.
All work and no play makes Jack a dull boy is a proverb. It means that without time off from work, a person becomes both bored and boring.

Setiap kali dicadangkan, boss kata lebih baik bagi bonus.  Saya kata bonus adalah ganjaran hujung tahun.  Percutian sekeluarga, beriadah bergembira, membuat staf lebih teruja untuk terus menyumbang dan menjadikan syarikat lebih berdaya saing dan maju.  Segala penat lelah yang disumbangkan rasa berbaloi..




Saturday, June 23, 2012

Produk Himalaya – Merungkai rahsia Ayurveda



Pelawaan anak gadis saya untuk menemaninya menghadiri acara ‘Himalaya Blogger’ di cawangan terbaru Himalaya yang terletak di Queensbay Mall  Pulau Pinang pada 14 June 2012 lepas,  mengingatkan saya kepada jenama produk ini.  Satu ketika dulu saya pernah membeli syampu, kondisioner, scrub muka dan mask untuk kegunaan saya sekeluarga. 

Kami berdua pasangan ibu/anak yang pertama tiba di acara itu tepat pukul 7 malam.  Kami disambut mesra oleh Cik Cynthia Loh, pembantu pengurus produk Himalaya dan diberi penerangan terperinci oleh staf-staf yang ramah.  Tidak lama kemudian, ramai blogger tiba di salon/kedai dan memenuhi setiap ruang di situ.  Kelihatan wartawan dan blogger yang sibuk mengambil gambar.

Saya dipelawa untuk menjalankan analisis rambut.  Hasilnya amat memuaskan, apa tidaknya keadaan  kulit kepala saya yang berusia 40an adalah lebih baik dibandingkan keputusan analisis yang dijalankan ke atas anak muda selepas saya. 

Himalaya menghasilkan rangkaian produk penjagaan peribadi dan keperluan kesihatan yang serba lengkap.  Dari rangkaian penjagaan rambut, kulit muka dan keseluruhan badan, Himalaya juga menghasilkan rangkaian herba tulen dan semulajadi berlandaskan kajian Ayurveda dan kebaikannya.  Maklum sahaja, kecantikan luaran terpancar sekiranya tubuh dalaman kita sihat.
Rangkaian penjagaan muka

Rangkaian syampu rambut

Rangkaian herba kesihatan



Saya tertarik dengan rangkaian ORGANIQUE yang diperbuat dengan bahan-bahan organik yang disahkan. Rangkaian ini merangkumi penjagaan seluruh badan.  Mata saya tertumpu pada produk minyak urutnya iaitu Rejuvenating Massage Oil dan Stress Free Massage Oil.  Memilih antara 2, akhirnya saya membeli Rejuvenating Massage Oil kerana saya mengemari baunya.  Oleh kerana saya gemar pergi mengurut setiap hujung minggu, pastinya minyak ini dapat membantu kerana ianya tidaklah begitu berminyak, mudah diserap kulit badan dan dapat digunakan juga sebagai pelembab selepas mandi.  Minyak ini adalah campuran minyak Sweet Almond, Lemon, Peppermint, Spearmint dan Coconut.  Istimewanya saya dapat membelinya dengan harga 20% diskaun, disamping mendapat ‘door gift’.

Rangkaian produk organik - ORGANIQUE

Rejuvenating Massage Oil


Produk Himalaya diimport dan diedarkan oleh Embun Elit Sdn Bhd dan boleh didapati di kebanyakan pasaraya terkenal dan farmasi, selain dari salon Himalaya seluruh Negara.

Untuk maklumat selanjutnya, layari laman web HIMALAYA atau Facebook.com/Himalaya atau hubungi talian Pelanggan di 03 – 79567012.H

Sudah seminggu menggunakan cecair mandian Nourishing Cream & Honey Body Wash ( untuk kulit kering ) Pertama kali menggunakannya, saya sudah mulai menyukainya.  Selain dari baunya yang harum semulajadi, ia juga melembapkan kulit, disamping membersihkannya.  Saya dapat rasainya perbezaannya berbanding dengan jenama lain.






Friday, June 22, 2012

Tiba Masa Untuk Perlahankan....


Tiba masanya untuk kita perlahan pergerakan perjalanan hidup kita. Ya .. it’s time to slow down…

Dunia dan cara kehidupan sekarang, memang kita tidak dapat elak diri dari stres. Semua orang berlumba-lumba untuk memastikan rutin seharian dapat diselesaikan.


Bayangkan ibu bapa terutamanya si ibu yang mempunyai anak-anak kecil, pagi-pagi sudah perlu membuat persediaan untuk menghantar anak ke rumah pengasuh, kemudian seorang lagi ke sekolah tadika dan ke sekolah. Kalau punya suami yang rajin membantu soal rumahtangga, mungkin beban dapat dikurangkan. Tapi kalau anda ditakdirkan mendapat suami yang malas, alamatnya stres anda makin bertambah.

Di tempat kerja, tugasan bertimbun-timbun yang perlu disiapkan. Selesai kerja, ada yang bergegas mengambil anak dari sekolah atau dari pengasuh, kemudian pula ke tuisyen dan bermacam-macam lagi. Kalau nak disenaraikan , cukup panjang.

Kalau anda dari golongan isteri berada, baguslah kerana mampu mengambil pembantu rumah, tukang masak dan tak perlu bekerja. Tugasan menghantar dan mengambil anak juga boleh diambilalih dengan menggaji pemandu.

Tapi yang tak bernasib baik, alahai stres meningkat. Balik kerja, rumah perlu dikemas, makanan perlu disediakan, lepas itu kerja sekolah anak perlu diteliti. Sekiranya anda punya ibu bapa yang masih kuat, anda bernasib baik kerana mereka boleh membantu mengurangkan sedikit beban dan tekanan anda. Oleh kerana terlalu banyak jadual dan tugas yang perlu kita laksanakan dengan sempurna, segalanya kita mahu lakukan dengan pantas. Secara tak langsung, tanpa kita sedari hidup kita dipenuhi dengan stres yang menjejaskan ingatan kita.

Membaca berita semalam mengenai seorang ibu yang bertugas sebagai guru di Bandar Baru Uda, Johor Baru, yang meninggalkan anaknya yang berusia 5 tahun tidur di dalam kereta sekitar 7.30 pagi, bergegas ke tempat kerja, langsung terlupa tentang anaknya yang berada di dalam kereta. Bila teringat anaknya sekitar 1.30 tengahari, anaknya sudah meninggal. Hiba dan sedih hati membacanya. Tidak dapat saya membayangkan kesedihannya kerana tentu dia akan mempersalahkan dirinya ke atas kematian anaknya. Tentu ramai orang yang mempersoalkan bolehkah seorang ibu terlupa langsung anaknya yang ditinggalkan. Saya berpendapat memang boleh berlaku.

Tidak lama dulu saya pernah bersembang dengan teman sepejabat tentang rancangan di Oprah Show yang menjemput seorang ibu yang kematian anak kecilnya kerana meninggalkan anaknya dalam kereta akibat terlupa. Ini adalah kerana rutin hariannya ialah menghantar dua orang anaknya yang lain ke tadika dan anak bongsunya pula di hantar oleh suaminya. Namun pada hari yang malang itu, suaminya tidak dapat menghantar anak bongsunya lalu dia mengambilalih untuk menghantarnya. Dia menghantar anak-anak yang lain ke tadika namun langsung terlupa bahawa anak bongsunya berada di belakang kereta dan terus bergegas ke tempat kerja. Rakan sekerja yang keluar ke tempat letak kereta terkejut besar bila mendapati ada bayi di keretanya. Lalu memberitahunya dan hanya pada waktu itu dia teringat anak bongsunya belum dihantar ke tempat pengasuh dan tertinggal dalam kereta. Dalam rancangan itu, Oprah berbual tentang topik stres dan kehidupan yang terlalu mencabar, boleh membuat kita lupa. Apalagi kalau corak jadual harian kita berubah, minda kita pun boleh terkeliru.


Kesimpulannya : Bila terasa kehidupan ini terlalu menekan, pada anda isteri dan ibu, perlahankan langkah anda, tarik nafas dan tenangkan diri. Kita bukan ‘superwoman’, kita ini manusia biasa.



** Kehidupan saya juga tidak kurang beban dan tekanan, bezanya anak-anak saya sudah meningkat dewasa. Namun berhadapan dengan anak remaja juga lebih teruk stresnya. Kadangkala terfikir betapa bagusnya kalau dapat lari dari bebanan ini. Bebas seperti burung di awan. Bisakah??




Monday, June 11, 2012

Leia Aesthetic Solution - Review

Manjakan diri - Berurut dan BerSPA di Leia



Kalau anda membaca blog saya, tentunya anda akan perasaan bahawa saya suka memanjakan diri pada setiap hujung minggu dengan mengunjungi salon yang menawarkan perkhidmatan mengurut dan SPA.

Mau tidak mau pun saya terpaksa berbuat demikian.  Salah satunya adalah kehidupan yang terlalu stress dan keadaan tubuh yang ada sedikit masalah dan melalui urutan, kesakitan berkurangan.  Dengan tawaran pakej percubaan mengurut yang ditawarkan oleh pelbagai salon kecantikan dan SPA, saya tersenyum riang, kerana ianya bak kata ‘pucuk dicita, ulam mendatang’.

Selain dari harga yang lebih rendah, saya dapat mencuba pelbagai jenis urutan yang ditawarkan.  Saya dapat juga membawa anak gadis kesayangan untuk turut bersama memanjakan diri.  Persaingan hebat dari salon-salon di Pulau Pinang, memberi kelebihan kepada saya dan anda semua.

Kali ini, saya ingin membuat review tentang salon Leia Aesthetic Solution.

Tawaran Pakej saya beli dari  https://www.groupon.my pada harga RM 90 untuk 2 orang ( Harga sebenar : RM 148 x 2 = RM 296 )



Salon ini terletak di No. 42, Jones Road , 10250, Georgetown, Penang.  Salon ini mempunyai 2 tingkat dan dibahagikan kepada bilik-bilik kecil untuk mengurut.  Terdapat lebih dari 10 bilik berasingan.  Ada bilik yang dilengkapi dengan jakuzi.  Dalam nota promosi di Groupon, dikatakan salon ini merupakan salon SPA terbesar keluasannya di Pulau Pinang.



Kami disambut oleh staf bernama Lydia dan diperkenalkan kepada terapis wanita keturunan Thai iatu Pit dan Ah Ying. Saya dimaklumkan bahawa Pit sudah lama bekerja disitu manakala Ah Ying tidak begitu lama. Kelihatan ramai terapis di salon ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah urutan Thai.  Urutan seluruh badan selama 1 jam ini dilakukan oleh terapis/tukang urut Thai berpengalaman. Urutan Thai adalah berbeda dengan urutan Bali atau Jawa.  Tekanan yang dikenakan agak kuat dan tumpuan dibuat ke atas sendi seluruh badan.  Terapis yang mahir sememangnya mengetahui cara mengurut yang betul dan tekanan pada sendi dan otot-otot yang berkaitan.  Sendi-sendi yang kaku dan kejang, terasa ada kelegaan.

Selepas itu, kami berdua masuk ke bilik stim untuk mandian stim dan rendaman kaki ke dalam air suam panas yang dicampur herba selama 10 minit.  Selepas 15 minit dalam bilik stim, kami pun mandi membersihkan diri.

Selepas itu kami dihidangkan dengan teh dan buah-buahan. Kami melangkah keluar dan berpuas hati. Terasa urat sendi yang ketat dan kejang menjadi 'longgar'. 

Saya membeli kupon yang ditawarkan untuk pengunjung pertama kali pada RM 44.00 sejam urutan Thai tanpa had tarikh penggunaannya. Sebabnya anak lelaki saya juga dapat menggunakan kupon tersebut kerana katanya sakit di pinggang.

Leia Aesthetic Solution: 04-229 3825 /017-427 2898 ( Telefon 10.30am – 5pm ). 

Dibuka setiap hari ( termasuk cuti umum ) dari 10.30 pagi hingga 7.30 malam




** Cubalah bila Leai membuat tawaran lagi  !!!

***** Saya syorkan salon ini kerana ianya mempunyai banyak cawangan dan ramai pekerja.  Jadi tiada masalah untuk buat temujanji untuk urut.


[ Up to 71% Off ] Full Body Traditional Thai Massage + Balinese Back Scrub + Sauna for 1 (RM65) / 2 (RM120) People. From RM60 per person. For men / women

http://www.groupon.my/deals/penang/leia-aesthetic-solution/716124108

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

29.08.2012 Tinggal 3 hari lagi . Tawaran di Groupon


http://www.groupon.my/deals/penang/Leia-Aesthetic-Solution/716288648

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26.09.2012  Terbaru di Groupon -

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22.11.2012 Terbaru di Groupon -

 
 
 

Tuesday, June 5, 2012

Saturday BBQ Buffet Dinner @ Jerejak Rainforest Resort

Indah Khabar Dari Rupa. Memang Tidak Berbaloi..


Saturday BBQ Buffet Dinner + Ferry Transfer + Fire Show @ Jerejak Rainforest Resort

Coupon Terms :

·         At least 2 days prior reservation required
·         Multiple coupon per bill
·         Coupon valid only on Saturday (including public holidays)
·         Child 7-12 years old pay RM25 including Ferry
·         Coupon valid from 23 Apr 2012 - 23 Jul 2012
·         See Universal Terms that apply to all Everyday Coupons.

Highlight

·         Fresh food
·         Good environment

·         Get, set, go to Jerejak for a food outing!

·            Are you the type of person that wonder how much fun their Saturday night can get? Wonder no more! Food has played a very important role in my life, and everyone who knows me knows I can eat a lot despite my size. If I could, I would eat out in a buffet and they'll have me as their loyal customers, and it gets better if I bring along my hungry friends too! This offer is dedicated to hungry people like me and you, Jerejak Rainforest Resort's Saturday night buffet - nothing like getting close to nature, listening to the chirping birds and grabbing a few platefuls of meat and vegetables. Only for RM29 per person, now you don't have to worry about Saturday night plans because Jerejak will be waiting for you! Alright!




Indah Khabar Dari Rupa.  Memang Tidak Berbaloi..

Tertarik dengan tawaran menarik dari http://www.everyday.com.my dan peluang untuk menjelajah dan melangkah ke Jerejak Rainforest Resort, maka saya pun membuat cadangan kepada rakan-rakan sekerja serta famili untuk menikmati pemandangan dan makanan segar di situ seperti diwawarkan.

Peluang keemasan ini tidak kami lepaskan, dan saya selaku perancang terus membeli 17 kupon yang berharga RM29.00 seorang (dewasa).  Kami menetapkan 02 June 2012 disebabkan ianya jatuh pada cuti Hari Keputeraan Agung dan cuti sekolah.  Saya menelefon resort berkali-kali untuk memastikan tempahan kami dicatatkan dalam jadual  mereka.

Tiba hari yang ditetapkan, saya bersama rakan-rakan dan anak mereka teruja menunggu feri untuk ke resort tersebut.  Kami menaiki feri pukul lebih kurang 6.30 petang dan tiba hampir 7.15.  Selepas berjalan-jalan ke resort, kami pun sampai ke Restoran Santapan.

Tiba di situ kelihatan sekumpulan ahli gereja yang mungkin mengadakan seminar disitu sedang menikmati buffet di bahagian dalam restoran Santapan yang dipisahkan kaca antara ruang dalam yang berhawa dingin dan ruang luar yang terbuka.

Memandangkan buffet dijadualkan bermula 7.30 malam, saya pun memasuki ruang dalam dan bertanyakan penyelia samada buffet sudah bermula dan makanan yang telah dihidangkan disitu adalah juga untuk kami yang membeli kupon.  Lantas jawabnya, buffet bermula selepas 7.30 dan makanan akan didapati diluar ( ruang terbuka ). 

Berhubung dengan tempat duduk pula, kami diberi tempat duduk di ruang terbuka nun dihujung.  Lampu tidak menyala dan kipas pun dah rosak.  Selain dari kami, terdapat lebih kurang 20 lebih orang berada di ruang terbuka.  Terdengar rungutan yang sama dari mereka.  Saya jangka mereka ini juga membeli kupon seperti kami.  Apakah kerana kami membeli kupon dengan harga diskaun, maka layanan yang diberikan juga kelas kedua??

Pada mulanya kami dengan sabar menunggu, namun sehingga 8.30 malam, tray diluar masih belum disi makanan, walaupun pekerja sudah mulai membakar barbeku.  Kelihatan kumpulan disebalik kaca sedang rancak menikmati makanan mereka.  Kumpulan di tepi kami sudah hilang sabar dan memasuki ruang berhawa dingin untuk mengambil makanan.  Bila melihat keadaan begitu, barulah rakan-rakan saya turut masuk ke situ untuk mendapatkan makanan.  Bukan sahaja makanan yang dihidangkan sedikit variati sahaja, kebanyakannya sudah habis.  Buah-buahan pun habis dimakan oleh kumpulan dalam sebelum kami sempat menikmatinya.  Yang diisi semula berkali-kali adalah nasi goreng (nasi goreng cili dan sedikit kobis).


Bila saya nampak penyelia tadi, terus saya tanya mana makanan yang sepatutnya dihidangkan di tray luar seperti yang dikatakannya sebelum itu? Dan bolehkah saya mengambil makanan dari dalam, sekarang katanya boleh pula.  Masalahnya makanan sudah habis, dan lambat diisi semula dan ada yang tidak diisi.

Lebih menyakitkan hati adalah, air sejuk kosong tidak dihidangkan.  Bila kita bertanya pada pelayan di situ katanya kalau hendak air sejuk/putih, beli mineral.  Hah??  Setahu saya hotel lima bintang pun bagi air kosong percuma.  Lainlah kalau kita minta air jus..  Alahai tak masuk akal betul.  Katanya ada air teh dan kopi yang dihidangkan.  Bukankah air teh atau kopi lebih mahal berbanding dengan air kosong? Takkanlah kanak-kanak dan bayi nak suruh minum kopi.  Itupun air teh dan kopi habis, dan setiap kali terpaksa meminta  mereka untuk mengisinya semula.

Berbalik pula, cerita pasal berbeku.  Sosej hitam melegam.  Ikan cencaru bakar, namun air asam habis, tak diisi semula.  Ikan bakar separuh masak pula tu.  Tak nampak pun bayang udang  seperti yang ditunjukkan dalam gambar promosi.  Yang ada kambing, ayam.. entahlah ada daging lembu tak, sebab fed up terpaksa beratur dengan perut yang kosong.  Yang lebih teruk, sate ayam pun dah rasa masam dalamnya…  Nasib baik tak sakit perut bila balik rumah.  Manalah ada selera nak makan kalau begini.

Rakan-rakan saya semuanya merungut.  Sayalah yang paling segan kerana saya yang mencadangkan dan mengesyorkan tempat ini.  Saya tidak faham kerana awal-awal lagi kami sudah menempah dan mereka sudah menjangkakan kehadiran kami.  Lainlah kalau kami tetamu tak diundang yang datang mengejut.  Ini jelas membuktikan ketidakprofesional mereka yang menguruskan buffet ini.  Kelam kabut melihat staf disitu bekerja.  Rajin namun tiada perancangan dan ketua yang mengarahkan dan memastikan semuanya berjalan lancar

Nasib baik ada pertunjukan api, sekurang-kurangnya terhibur hati budak-budak yang dibawa bersama.

Macamana hendak menarik pelancung dari luar sekiranya layanan begini yang diterima.  Atau kerana kami orang tempatan atau membeli dengan harga diskaun, kami sepatutnya menerima perkhidmatan seperti ini?? Bukankah tujuan mengadakan promosi adalah untuk menarik pelanggan ke resort ini ?Tapi kalaulah masakan dan perancangan sebegini, rasanya tujuan menarik pelanggan tidak akan kesampaian namun sebaliknya.

Sayang, resort yang sebegini indah, namun layanan yang diberikan tidak setara. 

Sebenarnya saya jarang memberi review yang negatif, tapi kes ini memang terukkkk….

Dengan harga RM29 seorang, kami boleh dapat makanan laut yang lebih segar dan pastinya sedap di Tambun.


Inilah kali pertama dan terakhir, saya dan rakan-rakan akan menjejakkan kaki ke situ.
Rasa bersalah melihat kehampaan di wajah rakan-rakan yang turut sama kesitu.