Showing posts with label SPA. Show all posts
Showing posts with label SPA. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Bertungku


Bertungku
Bertungku adalah salah satu bentuk urut tradisional Melayu yang menggunakan teknik demah.
Bertungku adalah dijalankan dengan menggunakan batu sungai atau peralatan besi tuangan untuk mendemah.
Bertungku selalunya dilakukan sewaktu rawatan selepas bersalin namun secara umumnya bertungku boleh dipraktikkan oleh semua orang dari pelbagai umur dan jantina.
Bertungku boleh dilakukan ke atas seluruh badan, depan dan belakang khususnya sekitar perut dan peha.

Pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membalut tungku dan yang selalu digunakan adalah :-

 

Daun Pandan
 
Daun Kunyit
 
Daun Mengkudu
 
Daun Senduduk
 
Daun Halia
 
Daun Lengkuas




Selain terkenal dengan faedah perubatan, daun-daun ini mengeluarkan aroma harum apabila ianya dibalut dengan batu/besi yang dipanaskan.  Bau-bauannya akan menghasilkan rawatan aromaterapi untuk pemulihan serta kesegaran tubuh dan minda.

 
Faedah Rawatan

Memanaskan badan dan melegakan urat saraf.

Membantu membuang angin dari badan

Memperbaiki peredaran darah

Memecah dan membebaskan darah tersumbat

Mengempiskan perut

Mempertingkatkan pemulihan tubuh

Saya amat gemar bertungku, apalagi urat saraf badan ini sentiasa terasa tegang.  Setiap kali selepas bertungku dan mengurut seluruh badan, terasa urat-urat tidak begitu tegang.  Sakit urat ini dashyat sebab terasa sakitnya dari dalam.
'Tungku Moden' - Siap Di Rumah
 

Saya cuba untuk berkunjung ke salun setiap minggu untuk mengurut dan diselangseli dengan bertungku.  Di rumah pun saya mempunyai ‘tungku moden - siap’ iaitu kain yang dibalut dengan daun-daun herba.  Jadi setiap kali terasa bisa-bisa badan, saya cuba 'tungku' ini.  Tapi yang pasti, daun-daun ni yang dah kering, kalau lama kesan aromanya sudah berkurangan.  Tiada batu cuma daun-daun sahaja.  Tapi sekurang-kurangnya bila perut berangin, ada gak penawarnya.

Tungku Yang Terdapat Di Anggerik SPA 
Batu-batu sungai yang dibalut dengan daun-daun yang segar

 
Bagi anda yang mengemari bertungku, saya syorkan Anggerik-Spa.  Tuanpunya salun menggunakan daun-daun herba segar untuk membalut batu sungai.  Harganya berpatutan.  Sentuhan dan urutan dari pekerja mahir membuat anda seolah-olah lupa segala masalah buat seketika, relaks dan mengecapi setiap saat di situ.

Tak percaya kata-kata saya ? Cubalah !!!


 

Monday, June 11, 2012

Leia Aesthetic Solution - Review

Manjakan diri - Berurut dan BerSPA di Leia



Kalau anda membaca blog saya, tentunya anda akan perasaan bahawa saya suka memanjakan diri pada setiap hujung minggu dengan mengunjungi salon yang menawarkan perkhidmatan mengurut dan SPA.

Mau tidak mau pun saya terpaksa berbuat demikian.  Salah satunya adalah kehidupan yang terlalu stress dan keadaan tubuh yang ada sedikit masalah dan melalui urutan, kesakitan berkurangan.  Dengan tawaran pakej percubaan mengurut yang ditawarkan oleh pelbagai salon kecantikan dan SPA, saya tersenyum riang, kerana ianya bak kata ‘pucuk dicita, ulam mendatang’.

Selain dari harga yang lebih rendah, saya dapat mencuba pelbagai jenis urutan yang ditawarkan.  Saya dapat juga membawa anak gadis kesayangan untuk turut bersama memanjakan diri.  Persaingan hebat dari salon-salon di Pulau Pinang, memberi kelebihan kepada saya dan anda semua.

Kali ini, saya ingin membuat review tentang salon Leia Aesthetic Solution.

Tawaran Pakej saya beli dari  https://www.groupon.my pada harga RM 90 untuk 2 orang ( Harga sebenar : RM 148 x 2 = RM 296 )



Salon ini terletak di No. 42, Jones Road , 10250, Georgetown, Penang.  Salon ini mempunyai 2 tingkat dan dibahagikan kepada bilik-bilik kecil untuk mengurut.  Terdapat lebih dari 10 bilik berasingan.  Ada bilik yang dilengkapi dengan jakuzi.  Dalam nota promosi di Groupon, dikatakan salon ini merupakan salon SPA terbesar keluasannya di Pulau Pinang.



Kami disambut oleh staf bernama Lydia dan diperkenalkan kepada terapis wanita keturunan Thai iatu Pit dan Ah Ying. Saya dimaklumkan bahawa Pit sudah lama bekerja disitu manakala Ah Ying tidak begitu lama. Kelihatan ramai terapis di salon ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah urutan Thai.  Urutan seluruh badan selama 1 jam ini dilakukan oleh terapis/tukang urut Thai berpengalaman. Urutan Thai adalah berbeda dengan urutan Bali atau Jawa.  Tekanan yang dikenakan agak kuat dan tumpuan dibuat ke atas sendi seluruh badan.  Terapis yang mahir sememangnya mengetahui cara mengurut yang betul dan tekanan pada sendi dan otot-otot yang berkaitan.  Sendi-sendi yang kaku dan kejang, terasa ada kelegaan.

Selepas itu, kami berdua masuk ke bilik stim untuk mandian stim dan rendaman kaki ke dalam air suam panas yang dicampur herba selama 10 minit.  Selepas 15 minit dalam bilik stim, kami pun mandi membersihkan diri.

Selepas itu kami dihidangkan dengan teh dan buah-buahan. Kami melangkah keluar dan berpuas hati. Terasa urat sendi yang ketat dan kejang menjadi 'longgar'. 

Saya membeli kupon yang ditawarkan untuk pengunjung pertama kali pada RM 44.00 sejam urutan Thai tanpa had tarikh penggunaannya. Sebabnya anak lelaki saya juga dapat menggunakan kupon tersebut kerana katanya sakit di pinggang.

Leia Aesthetic Solution: 04-229 3825 /017-427 2898 ( Telefon 10.30am – 5pm ). 

Dibuka setiap hari ( termasuk cuti umum ) dari 10.30 pagi hingga 7.30 malam




** Cubalah bila Leai membuat tawaran lagi  !!!

***** Saya syorkan salon ini kerana ianya mempunyai banyak cawangan dan ramai pekerja.  Jadi tiada masalah untuk buat temujanji untuk urut.


[ Up to 71% Off ] Full Body Traditional Thai Massage + Balinese Back Scrub + Sauna for 1 (RM65) / 2 (RM120) People. From RM60 per person. For men / women

http://www.groupon.my/deals/penang/leia-aesthetic-solution/716124108

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

29.08.2012 Tinggal 3 hari lagi . Tawaran di Groupon


http://www.groupon.my/deals/penang/Leia-Aesthetic-Solution/716288648

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26.09.2012  Terbaru di Groupon -

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

22.11.2012 Terbaru di Groupon -