Wednesday, January 30, 2013

One Billion Rising - WCC


Selalu kita baca, dengar tentang penganiayaan terhadap wanita.  Bagaimana wanita dilayan bagai binatang, dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki-lelaki durjana.  Yang terbaru, wanita India yang dirogol oleh sekumpulan lelaki tidak berhati perut.  Sudahlah dirogol, mereka memuaskan hati dengan menyiksa wanita tersebut.  Nyawa berharga wanita yang tidak berdosa ini melayang dek perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. 

Yang nyata wanita dipersalahkan seolah-olah mereka yang mengundang agar dirogol.  Walhal bukti-bukti begitu jelas namun akhirnya perogol terlepas dari hukuman.  Wanita yang melalui pengalaman ini terpaksa menghadapi trauma sepanjang hidup mereka.  Kalau berita tersebar, bukan sahaja wanita tersebut menanggung malu malahan keluarga juga.  Lantaran itu, banyak kes yang berlaku tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa.  Kalau ada pun, pihak yang menerima lapuran itu memandangnya seolah-olah perkara remeh temeh sahaja.

Wanita dipaksa untuk menjual diri, diperdagangkan dan dipukul.  Mereka ini seolah-oleh terperangkap dan tiada jalan keluar.  Tiada keberanian untuk berbuat demikian walaupun mungkin ada peluang. Bagaimana mereka diketepikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, mengundi dan kehormatan diri.  Bagaimana wanita ditindas, maruah mereka dipijak-pijak.

Kita membaca setiap hari, kita mengeluh..  apa boleh buat??

Ini masanya kita wanita global era ini.  Bangkit bersama tanpa mengira kaum dan Negara, bersatupadu menyuarakan hak dan menuntut keadilan.  Tunjukkan pada dunia kuasa kita. Berjuanglah demi untuk anak-anak perempuan dan keturunan kita. 

 

Sertailah :-

WCC menyertai Onebillionrising (Mulakan Rising)

Kami akan melakukan tarian 'Break the Chain' di tempat letak kereta yang mengadap jalan utama, menjemput media dan membuat satu kenyataan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.


Masa:

Thursday, February 14, 2013 1:00 AM - 2:00 AM GMT +08:00

Host:

Lerks Poh

Lokasi:

WCC - Pusat Wanita untuk Perubahan (George Town, Pulau Pinang)

241 Jalan Burma
George Town , Pulau Pinang 10350

 

Ayuh daftarkan kehadiran anda sekarang juga ! 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai ‘One Billion Rising’


Satu dari 3 wanita di planet ini akan diperkosa atau dipukul di dalam jangkahidupnya.

Satu billion wanita dicabuli adalah kekejaman

Satu billion wanita menari adalah revolusi.

Pada Hari Valentine Ulangtahun ke 15, 15 Februari 2013, kami menjemput SATU BILION wanita dan mereka yang mencintai wanita untuk JALAN KELUAR, MENARI, BANGKIT dan MENUNTUT kekejaman ini ditamatkan.  SATU BILION BANGKIT akan mengegarkan bumi, mengaktifkan wanita dan lelaki di setiap Negara. V-Day ingin dunia melihat kekuatan bersama, bilangan kita, perpaduan melintasi sempadan.

Apa yang SATU BILION tampak? Pada 14 Februari 2013,  ia akan kelihatan seperti satu revolusi.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‘Tangan yang menghayun buaian itu yang akan menggoncangkan dunia’. Ayuh tunggu apa lagi?


Bagi anda yang berada di Pulau Pinang, latihan untuk tarian 'break the chain' akan diadakan pada 07.02.2012, 08.02.2012 & 13.02.2013.  Layari facebook WCC untuk mendapatkan maklumat terkini.
http://www.facebook.com/#!/wccpenang




 

Saturday, January 26, 2013

2012 Dalam Kenangan


Tirai 2012 berlabuh, Munculnya Sinar 2013
 

Wow Sudah lebih sebulan tak menulis di blog ini.
 
Semalam menulis post pertama selepas lebih sebulan tidak update blog.  Banyak perkara yang bermain di minda, namun jari jemari ini terasa malas sungguh nak menaip..
Sesungguhnya bagi diri ini, sekiranya saya nak menulis biarlah penulisan saya memberi faedah kepada pembaca yang membaca blog saya.  Bukannya perkara remeh temeh.  Sesuatu info yang dapat dikongsi bersama.

Begitulah pantasnya masa meninggalkan kita.  Tanpa disedari sudah melangkah ke tahun 2013.

Peristiwa suka duka – sebahagian dari detik kehidupan ini.

Bulan Disember, anak gadis pulang bercuti dari Kuala Lumpur.  Jadi kebanyakan masa terluang, kami habiskan bersama.  Memang seronok sekali.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Pengantin Baru
Semoga Berkekalan Ke Akhir Hayat !

Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kehidupan pasangan ini !

Sibuk pula dengan perkahwinan anak saudara tersayang- Zyaid Iskandar dengan pasangannya Farah. Dari majlis pernikahan, majlis persandingan di sebelah perempuan  dan majlis persandingan pihak lelaki pada 22.12.2012. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28.12.2012 – Pulangnya kakak ipar ke Rahmahtullah.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.  Khabarnya menderita agak lama dek sakit barah payu dara yang kemudiannya merebak ke seluruh badan.

Innalillahiwainnailaihirojiun, ertinya bahwa "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya".
Al Fatihah ..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 

Friday, January 25, 2013

Baucar Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma - Perkeso


Socso/Perkeso menghantar baucar pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli-ahlinya.

KUALA LUMPUR :  Proses penghantaran baucar pemeriksaan saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta ahli yang layak telah selesai, kata  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Operasi ) )Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sesiapa yang masih belum menerima baucar tersebut bolehlah menghubungi talian hotline 03-4252 1258/03-4252 4475/76 dan 03-4252 5089, atau pejabat Perkeso terdekat.

Perkeso juga telah selesai memberi taklimat kepada semua pengamal perubatan yang mengambil bahagian dalam program ini.

Pemeriksaan saringan kesihatan percuma untuk pekerja sektor swasta melebihi umur 40 tahun telah diumumkan di bawah Belanjawan 2013.

Perkeso telah memperuntukkan RM200 juta untuk skim ini yang baru bermula, dan akan beroperasi sepenuhnya pada Februari 1.

Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan penyakit jantung.

Ianya termasuk pemeriksaan fizikal, profil darah sepenuhnya dan ujian air kencing.

Bagi kaum wanita, terdapat tambahan ujian pap smear dan mammogram.

Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu bahawa bahawa pemeriksaan ini adalah berterusan kerana mereka yang mencapai umur 40 akan layak menerima baucar tersebut.

MTUC telah mengucapkan tahniah kepada Perkeso ke atas kejayaan perlaksanaan program ini dalam jangkamasa 4 bulan dari pengumumannya - Bernama.
Baca selanjutnya :  http://thestar.com.my
==========================================================================
 
 
Perkeso iaitu singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial atau bahasa Inggerisnya Socso iaitu singkatan bagi Social Security Organization. http://www.perkeso.gov.my
·         Umur Layak (40 tahun ke atas)
Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso





Khusus Untuk Wanita - Mamogram Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso
 
 

 
Ayuh Pekerja Semua, Jangan Abaikan Kesihatan Anda !
Ambil Peluang ini dan Jalani Pemeriksaan Kesihatan Anda !

 
Untuk menyemak senarai klinik-klinik berdaftar dalam program ini,
Layari laman http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinic

Berita mengenai Program ini :  Mstar.com.my 18.02.13 Pemeriksaan Kesihatan Wajar Diberi Perhatian Oleh Majikan, Pekerja.


Berita mengenai Program ini : The Star Online 18.03.13 thestar.com.my

The deadline to redeem the vouchers is Dec 31. Clinics interested to register with Socso to conduct the screenings can do so by logging on to sehat.perkeso.gov.my.
The list of clinics registered with Socso can be found at sehat.perkeso.gov.my/14-articles/78-about-hsp.


Yang Terkini :- Pengalaman Saya

Setelah menyemak senarai klinik panel, saya memilih klinik yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Saya membuat temujanji pada jumaat lalu 10.09.2013 jam 8 pagi.

Tiba di sana ( BP Diagnostic Centre Sdn Bhd - Cawangan I Avenue ) saya diterangkan jenis ujian yang akan dijalankan.  Kata pekerja di situ, pakej yang Perkeso beri ini adalah pakej ujian yang amat ringkas dan bernilai lebih kurang RM80.  Lalu ditunjukkan saya pakej yang lebih menyeluruh dan saya dikehendaki membayar RM135 untuk ujian-ujian tambahan yang akan di jalankan.  Oleh kerana saya sudah lama tidak menjalani ujian seperti itu maka saya pun bersetuju.  Keputusan akan diketahui dalam masa seminggu.  Oleh kerana saya inginkan penerangan yang lebih terperinci mengenai keputusan ujian itu kelak, maka saya menetapkan Isnin hadapan untuk berjumpa doctor mereka.

Bagi anda yang ingin menjalankan ujian mammogram, saya dimaklumkan klinik tersebut belum ketahui hospital mana yang akan disenaraikan.  Oleh kerana saya telah menjalani mammogram pada Oct tahun lepas, maka saya pun menyuruh pekerja di situ menelefon saya apabila senarai hospital sudah mereka perolehi.  Patutpun puas mencari nama klinik dalam senarai klinik panel tiada pun.