Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

One Billion Rising - WCC


Selalu kita baca, dengar tentang penganiayaan terhadap wanita.  Bagaimana wanita dilayan bagai binatang, dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki-lelaki durjana.  Yang terbaru, wanita India yang dirogol oleh sekumpulan lelaki tidak berhati perut.  Sudahlah dirogol, mereka memuaskan hati dengan menyiksa wanita tersebut.  Nyawa berharga wanita yang tidak berdosa ini melayang dek perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. 

Yang nyata wanita dipersalahkan seolah-olah mereka yang mengundang agar dirogol.  Walhal bukti-bukti begitu jelas namun akhirnya perogol terlepas dari hukuman.  Wanita yang melalui pengalaman ini terpaksa menghadapi trauma sepanjang hidup mereka.  Kalau berita tersebar, bukan sahaja wanita tersebut menanggung malu malahan keluarga juga.  Lantaran itu, banyak kes yang berlaku tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa.  Kalau ada pun, pihak yang menerima lapuran itu memandangnya seolah-olah perkara remeh temeh sahaja.

Wanita dipaksa untuk menjual diri, diperdagangkan dan dipukul.  Mereka ini seolah-oleh terperangkap dan tiada jalan keluar.  Tiada keberanian untuk berbuat demikian walaupun mungkin ada peluang. Bagaimana mereka diketepikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, mengundi dan kehormatan diri.  Bagaimana wanita ditindas, maruah mereka dipijak-pijak.

Kita membaca setiap hari, kita mengeluh..  apa boleh buat??

Ini masanya kita wanita global era ini.  Bangkit bersama tanpa mengira kaum dan Negara, bersatupadu menyuarakan hak dan menuntut keadilan.  Tunjukkan pada dunia kuasa kita. Berjuanglah demi untuk anak-anak perempuan dan keturunan kita. 

 

Sertailah :-

WCC menyertai Onebillionrising (Mulakan Rising)

Kami akan melakukan tarian 'Break the Chain' di tempat letak kereta yang mengadap jalan utama, menjemput media dan membuat satu kenyataan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.


Masa:

Thursday, February 14, 2013 1:00 AM - 2:00 AM GMT +08:00

Host:

Lerks Poh

Lokasi:

WCC - Pusat Wanita untuk Perubahan (George Town, Pulau Pinang)

241 Jalan Burma
George Town , Pulau Pinang 10350

 

Ayuh daftarkan kehadiran anda sekarang juga ! 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai ‘One Billion Rising’


Satu dari 3 wanita di planet ini akan diperkosa atau dipukul di dalam jangkahidupnya.

Satu billion wanita dicabuli adalah kekejaman

Satu billion wanita menari adalah revolusi.

Pada Hari Valentine Ulangtahun ke 15, 15 Februari 2013, kami menjemput SATU BILION wanita dan mereka yang mencintai wanita untuk JALAN KELUAR, MENARI, BANGKIT dan MENUNTUT kekejaman ini ditamatkan.  SATU BILION BANGKIT akan mengegarkan bumi, mengaktifkan wanita dan lelaki di setiap Negara. V-Day ingin dunia melihat kekuatan bersama, bilangan kita, perpaduan melintasi sempadan.

Apa yang SATU BILION tampak? Pada 14 Februari 2013,  ia akan kelihatan seperti satu revolusi.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‘Tangan yang menghayun buaian itu yang akan menggoncangkan dunia’. Ayuh tunggu apa lagi?


Bagi anda yang berada di Pulau Pinang, latihan untuk tarian 'break the chain' akan diadakan pada 07.02.2012, 08.02.2012 & 13.02.2013.  Layari facebook WCC untuk mendapatkan maklumat terkini.
http://www.facebook.com/#!/wccpenang




 

Friday, November 16, 2012

Walk The Talk Penang - 25th November 2012

Seringkali kita terbaca atau mendengar penderaan terhadap wanita, kita seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.  Mungkin teman, saudara kita berada dalam situasi sedemikian, terperangkap dan tidak tahu jalan keluar.  Jiwa wanita terseksa, di dera dari segi fizikal dan mental saban waktu. 

Tunjukkan sokongan anda bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita, sila datang dan sertai Walk The Talk di Pulau Pinang .

Datang dan ambil bahagian di dalam Walk The Talk di Pulau Pinang pada Ahad 25 November ini bermula di Straits Quay pada 5 petang dan berakhir di Gurney Plaza.  Walk The Talk Penang  adalah dianjurkan oleh WCC dan Soroptimist International Penang sebagai sebahagian dari Walk the Talk dari Perlis ke Sabah : Berhentikan Keganasan Terhadap Wanita oleh SIROM. 
 

Pendaftaran adalah hanya RM50 dan sebahagian kutipan akan memanfaat kerja-kerja WCC- Hentikan keganasan terhadap wanita.  Semua peserta berdaftar akan mendapat beq berisi kudapan, termasuk Baju T & botol air mineral dan lain-lain. 

Untuk para sukarelawan WCC, ada diskaun.  Ayuh ramai-ramailah kita mendaftar sekarang.
Untuk mendaftar, sila email wcc@wccpenang.org atau
telefon 04-228 0342 beserta nama, nombor telefon dan saiz Baju T anda.



Baca Artikel : Walk to stop violence against women - http://thestar.com.my
 
 
16 Days of Activism Against Gender Violence Campaign is an international campaign that began in 1991. Every year, from November 25th, the International Day of Elimination of Violence against Women, to December 10th, International Human Rights Day, the campaign calls on individuals and groups around the world to act to end all forms of violence against women and girls.

Making the critical link between violence against women and human rights, the 16 Days Campaign has been used by individuals and groups around the world to take action for the elimination of all forms of violence against women. This includes raising awareness about gender based violence through organizing talks, seminar and various other initiatives such as walks, exhibitions, drama and so on. As more and more people take part in the 16 Days campaign the solidarity of people around the world organizing against violence against women continues to grow. Over 4,100 organizations in approximately 172 countries have participated in the annual 16 Days Campaign since 1991!

In Malaysia, national police statistics have shown that in 2011 there were approximately 8 reports of domestic violence and 17 reports of sexual assault made DAILY. It is estimated that most of such crimes go unreported and many women and girls do not access the help they need.



Jumpa Anda Di Sana !