Selepas tamat kontrak, pembantu rumah pertama saya pulang ke Negara asal. Kisah pembantu rumah pertama saya telah saya
paparkan dahulu Pembantu Rumah - Kisah 1
Lalu saya pun mengambil pembantu baru bagi menggantikannya. Dia berasal dari Lombok, Indonesia.
Katanya tempat tinggalnya agak terpencil dan di kawasan
pendalaman. Percakapannya sukar difahami
namun bagi saya yang berbahasa melayu tidaklah terlalu menjadi masalah. Bayangkan kalau majikan yang tidak berbahasa
melayu/Malaysia tentu sukar sekali.
Kalau masak, semua sayur dipotong kecil-kecil dan dimasukkan sekali
sebagai sup. Aduh masakan begitu
kelihatan seperti untuk diberi pada ayam itik.
Geli hati rasanya.
Dia memberitahu saya bahawa daging lembu merupakan masakan mewah
yang hanya dapat dimakan waktu hari Raya sahaja. Maklum sahaja orang susah.
Pernah sekali, sewaktu mula-mula datang, dia menghidangkan susu basi
kepada anak perempuan saya untuk dimakan bersama cornflakes untuk sarapan
pagi. Nasib baik saya ada ketika
itu. Rupa-rupanya dia tidak tahu bahawa
susu kotak yang telah dibuka hendaklah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dia letak susu itu di dalam almari selepas
dibuka, tentulah basi.
Dahulu, pembantu rumah akan diperiksa di tempat agen sebelum
dihantar ke rumah majikan. Sebarang
alamat atau nombor telefon dari tempat asal akan diambil dan disimpan oleh
agen. Begitu juga sekiranya ada wang. Ataupun
pihak agen akan memaklumkan pihak majikan tentang adanya wang tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan salah faham yang
mungkin timbul akibat kewujudan wang tersebut.
Hujung bulan pertama dia bekerja, bil telefon terus naik. Oleh kerana bil telefon saya memang
menyenaraikan butir-butir terperinci panggilan, maka saya dapat mengagak
tentunya kerja si pembantu ini. Bila
saya tanya, dia tidak mahu mengaku.
Langsung saya mendial nombor telefon yang tersenarai, dan nun disebelah
sana (KL) dijawab oleh lelaki berloghat Indon.
Bila dia tidak dapat berdalih, terus katanya anak perempuan saya yang
mendial nombor telefon yang terdapat di dalam buku nota simpanannya. Tak logik.. BIla saya memarahi anak saya, dia
buat selamba sahaja. Anak perempuan saya
yang ketika itu berumur dalam lingkungan 7 tahun kemudiannya menceritakan
kepada saya bahawa si pembantu itu mengatakan dia merindui ibunya dan menyuruh
anak saya mendialkan nombor itu bagi pihaknya.
Pembohong rupanya..
Sudahlah malas, tidur suka berkembam dan macam-macam kerenahnya yang
memeningkan kepala saya. Sikap keras kepalanya benar-benar menguji kesabaran saya.
Dari pemerhatian, saya dapat mengagak bahawa dia tidak sukakan
budak-budak. Tidak jujur. Saya mengambil keputusan untuk memulangkannya
kepada agen sebelum tamat tempoh 3 bulan. Saya terpaksa membayar untuk penggantinya walaupun bukan jumlah sepenuhnya. Yang untung, agensi juga, Saya
kerugian namun saya berpendapat saya menggaji pembantu untuk membantu saya
bukannya membebankan saya !!
Saya berpendapat pembantu rumah yang hendak digaji untuk menjaga
anak-anak kecil perlulah mempunyai sifat keibuan, mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap
kanak-kanak.
Kebanyakan pembantu rumah yang dihantar ke sini tidak bersedia dan
mempunyai mental yang kuat.
Pembantu rumah sebegini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada
bakal majikannya kelak.
Tekanan emosi yang dihadapi di tempat baru memburukkan keadaan.
Maklum sahaja ada yang suka mengemas tapi tak suka menjaga bayi atau
budak-budak ataupun orang tua uzur. Ada pula sebaliknya.
Untuk mereka yang mendapat kerja mengikut kesukaan mereka tentunya
tidak menjadi masalah.
Terbaca berita mengenai pembantu yang didakwa dan dijatuhkan hukuman
kerana melambung anak majikannya yang berusia 4 bulan. Kalau anda menatap wajahnya di akhbar, tiada
emosi atau kekesalan yang ditunjukkan.
Bekerja tidak sampai seharipun. Dah melakukan perbuatan terkutuk
ini. Bayi tidak berdosa dijadikan tempat
melepaskan geram. Agaknya dah sewel
pembantu rumah ini.
Kerana orang-orang sepertinya, majikan menjadi takut untuk menggaji
apatah meninggalkan bayi kecil di bawah jagaan pembantu rumah. Tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.