Sembang
sembang politik semakin rancak di kalangan rakyat Malaysia. Rakyat tertanya-tanya bila agaknya
pilihanraya akan diadakan. Satu demi
satu tarikh diteka namun setakat ini tiada yang tepat. Selak suratkhabar, sana sini ada berita
tentang politik. Buka televisyen pun
benda yang sama. Naik bosan
mendengarnya. Setiap hari ada sahaja topik
hangat yang diperkatakan. Dan
pihak-pihak terlibat saling tuduh menuduh.
Bila agaknya fenomena ini akan berakhir?? Sejak kebelakangan ini, selepas mesyuarat
sahaja, tentu topik pilihanraya keluar.
Masing-masing membuka cerita tentang kehebatan ahli politik yang
disokong oleh mereka. Ada yang sehingga
meninggi suara mempertahankan parti yang disokong. Perdebatan semakin hebat. Nampaknya sesuatu yang pasti, bila seseorang
itu menyokong parti tertentu, semua yang dilakukan oleh ahli-ahli parti itu
betul dan yang buruk itu cuma fitnah dan permainan politik yang kotor. Jadi ada yang sampai naik marah bila kita
memperkatakan keburukan parti itu.
Selalunya saya tersenyum sinis, mendengar pandangan mereka tanpa
menunjukkan sebarang reaksi.
Di
facebook pun kelihatan ‘perang’ penyokong parti masing-masing. Berbagai-bagai post yang dihantar dan
dikongsi di facebook. Saya melihat
teman-teman yang menyokong pembangkang rancak post kegiatan dan kelebihan parti
tersebut. Dan sudah tentunya post,
berita keburukan parti lawan mereka.
Begitu jua penyokong parti kerajaan.
Facebook seolah-olah menjadi medan pertempuran ideologi masing-masing. ‘U tube’ laris dengan pelbagai cerita dan
gambar yang memaparkan keburukan dan kebaikan parti politik masing. Seolah segala-galanya adalah benar.
Di
warung kopi anda juga dapat melihat perkara yang sama berlaku. Di mana saja, kedengaran perbualan yang
disulami dengan topik pasal politik.
Telinga ini pun dah bengkak mendengarnya. Adus..
Di
pejabat, dalam kesibukan saya menaip dan menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun,
teman sekerja juga membuka cerita pasal politik.. Ishh.. asyik-asyik politik, meluat mendengarnya. Lantas saya pun menyampuk dan berkata, ‘Alah
mana parti menang pun, anda dan saya tetap sama. Perlu berusaha dan bekerja untuk menyara
hidup, bukannya kita jadi kaya raya’. ‘Kita
sini bertegang urat semata-mata mempertahankan parti yang kita sokong, mereka
berbaik dan berjabat tangan’. ‘Ahli politik memang pandai berlakun’ ‘Mereka
ini semua dulunya dari parti yang sama.’
Lalu mereka terdiam, mendengar kata-kata saya.
Pada
saya siapapun pilihan saya hanya saya yang tahu. Tidak perlu saya wawarkan kepada dunia. Kalau ada parti politik baru
ketiga yang kuat gabungannya, dilengkapi dengan muka-muka baru yang berkarisma, pasti itulah pilihan saya.
Tapi
buat sekarang saya terpaksa pilih antara 2.
Setia saya masih pada yang satu.
Tapi bolehkah masa dan keadaan mengubah kesetiaan saya? Kita tunggu dan lihat.. Itu rahsia saya.
Bagaimana dengan anda ?