3 berita dalam akhbar minggu ini, membuat hati ini
tertanya-tanya dimanakah perginya sifat kemanusiaan manusia zaman ini. Adakah kerana tamak haloba, kegilaan, manusia
hilang arah, tidak dapat mengawal nafsu maka terus hilang sifat2 ini. Adakah manusia kini berperangai binatang?
Berita 1
Seorang penuntut berusia 15 tahun
mati dibunuh oleh teman yang dikenalinya lalu disumbatkan ke dalam beg. Teman lelaki berusia 23 tahun yang disyaki
melakukan pembunuhan itu, mulanya berpura-pura dan turut membantu pencarian si
mangsa bersama ibu si mangsa. Suspek merupakan
orang terakhir yang diketahui si mangsa.
Seorang pemerhati jenayah yang membantu pencarian, mula mensyaki suspek apabila
mendapati ada kesan gigitan di tangan kiri dan terus mendesak sehingga suspek menceritakan
hal sebenar. Akhirnya suspek mengaku
telah membunuh perempuan itu dan membawa polis ke tempat dia membuang beg yang
mengandungi mayat si mangsa.
Baca :-
Berita 2
Seorang wanita pengawai bank
ditembak dimukanya oleh seorang pengawal keselamatan yang kemudiaannya merompak
dan melarikan wang dari bank. Wang
sebanyak RM 450,000.00 dilarikan oleh pengawal keselamatan yang menggunakan identity
orang lain ketika memohon kerja pengawal keselamatan dan dipercayai warganegara
asing. Kini polis sedang memburunya.
Baca :
Berita 3
Seorang lelaki penghantar barang mengamuk
dan membunuh 2 orang lelaki lain dan mencederakan 2 wanita.
Lelaki tersebut yang kelihatan
seolah-olah dirasuk pada mulanya menikam 2 wanita kemudiannya melarikan diri
dengan van. Vannya kemudian melanggar
sebuah van lain lalu dia keluar dan menikam mati seorang lelaki Cina. Kemudiaan dia melanggar sebuah kereta lain
dan turut menikam seorang pemuda Cina berusia 25 tahun. Suspek ditangkap oleh orang ramai yang
menyaksikan insiden itu.
Baca :
Begitulah rapuhnya kehidupan
ini. Hari ini anda mungkin gelak ketawa
bersama rakan dan family. Esok anda
mungkin menjadi mangsa. Tiada sesiapa
yang tahu apa yang tersurat.
Nyawa manusia terlalu murah. Akibat kemarahan, ketamakan, nafsu syaitan, kegilaan, manusia hilang arah, hilang pegangan. Sanggup bunuh untuk mencapai apa yang
diidamkan. Mana perginya sifat
kemanusiaan? Bagaimana perasaan mereka
yang kehilangan anak, isteri dan suami akibat kegilaan yang berleluasa
ini? Apakah dunia sudah menuju ke
kebinasaan dan inikah akhir zaman?
Saya tidak boleh bayangkan kesedihan ahli keluarga si mangsa..