Monday, May 21, 2012

Peminjam PTPTN Tidak Perlu Bayar Balik


Nanti Dulu !  Jangan terlalu seronok bila terdengar tak perlu bayar balik..

Sudah tentu ada syaratnya .



Petikan dari : http://mstar.com.my 
Sejumlah 11,764 Peminjam PTPN Tidak Perlu Bayar Pinjaman

BANDAR TUN RAZAK (Pahang): Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini, Ahad.

Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.

Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.

Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.

Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.

Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. BERNAMA

 _______________________________________________________________________

Saya antara yang tidak bersetuju bila ada yang memprotes agar pinjaman PTPTN ini tidak perlu dibayar balik.  Lihat penulisan saya terdahulu tentang PTPTN. -  pinjaman-ptptn.

Namun saya menyokong penuh pembayaran balik ini dikecualikan dan ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar yang membuat pinjaman itu Berjaya mendapat keputusan cemerlang.  Ianya merupakan suatu bonus kepada mereka yang benar-benar berusaha.

Jadi kalau anda antara yang meluahkan ketidakpuasan anda dalam hal pembayaran pinjaman PTPTN, elok anda tumpukan minda dalam pelajaran dan memperolehi keputusan yang membanggakan, tentu pihak berkenaan akan mengecualikan anda dari membayar balik.  Jangan asyik berdemostrasi dan memprotes, namun pelajaran semakin merosot dan keputusan peperiksaan menghampakan.

Jangan asyik bertanya apa sumbangan Negara pada Anda,
Tanyalah apa sumbangan Anda pada Bangsa, Agama & Negara!


 29.06.12 -  http://mstar.com.my  PTPTN Lupus Pinjaman RM457 Juta Kepada 16,959 Graduan

Sunday, May 20, 2012

Trend Demonstrasi Terkini


Saya seorang yang neutral bukan penyokong sebarang parti politik.  Saya antara orang Malaysia yang inginkan keamanan, perpaduan dan persefahaman antara kaum di Malaysia.  Satu perkara yang paling saya benci adalah para ahli politik memainkan sentimen perkauman untuk kepentingan mereka.  Saya percaya ramai orang Malaysia juga bersikap demikian.  Banyak peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, yang mulanya berniat elok, berakhir dengan kekasaran kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak perandakan keadaan.  Justeru itu, saya berpendapat sebarang perhimpunan yang bercampuradukkan politik akan menimbulkan masalah.  Apalagi bila ada kumpulan yang menyokong dan ada pula kumpulan yang membangkang.  Bila berlaku persengketaan dan pergaduhan tanpa kawalan, pastinya ada yang terkorban.  Berita terpampang kelak membiarkan dunia luar melihat dan mentertawakan kita.

Nampaknya trend terkini memang melucukan.  Apa tidaknya, ianya menggambarkan minda orang-orang kita yang keanak-anakan. 

Bila ada pihak yang tidak setuju dengan seseorang, maka mereka boleh bertindak berniaga dan berdemonstrasi di hadapan kediaman orang itu.  Bukankah itu bermakna menceroboh privasi seseorang?  Ada pula yang menari senam tonggeng punggung beramai-ramai di hadapan rumah seseorang. 

Baru-baru dikhabarkan bahawa penyokong pihak ini pula berura-ura untuk protes ‘tose’ di hadapan rumah seseorang sebagai tanda memprotes perbuatan mereka.  Namun cadangan ini tidak diteruskan atas nasihat orang yang privasinya dicerobohi.  Tidak guna membalas perbuatan bodoh dengan perbuatan yang bodoh.

Ada pula yang bertindak meletakkan gambar seseorang menandakan kematian seseorang dihadapan rumahnya? Bukankah itu penghinaan pada seseorang yang masih hidup?

Dimana pihak berkuasa seperti pihak Perbandaran atau pihak polis dalam menandatangani masalah ini.  Bukankah berniaga disesuatu tempat tanpa kebenaran itu suatu kesalahan? Atau mengacau ganggu privasi seseorang itu juga suatu kesalahan?

Apa yang ingin kita tunjukkan pada generasi muda sekarang?

Misalnya kalau anak anda tidak suka atau tidak sependapat dengan kawannya.  Lalu diajak kawan-kawannya menari tonggeng punggung pada kawan ini.  Apakah ini perbuatan yang betul?  Kalau saya tentu saya marahi budak itu dan kawan-kawannya atas perangai kurang ajar mereka.  Kita mengajar anak-anak untuk menghormati semua orang.

Namun kelakuan setengah orang dewasa menunjukkan sebaliknya.

Apa sudah jadi dengan dunia ini???    Dunia luar mengambil kesempatan untuk mentertawakan kita..          
Geleng kepala.. hmmmmmmm..

Friday, May 18, 2012

Matrikulasi atau Tingkatan Enam ?

Kuota berganda untuk pelajar bukan bumiputra, kerajaan digesa

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA mahukan kerajaan menggandakan kuota 10% untuk pelajar bukan bumiputra dalam program matrikulasi.

Pengerusi Biro Pendidikannya Chong Sin Woon berkata bahawa kuota yang diperuntukan untuk pelajar bukan bumiputra adalah tidak mencukupi.

 “Ianya adalah terlalu sedikit untuk terlalu banyak” beliau memberitahu sidang akhbar di Wisma MCA semalam.

Beliau berkata bironya telah menerima 892 rayuan dari pelajar yang mendapat keputusan baik di dalam SPM tetapi gagal diterima ke dalam program tersebut.

 “Saya akan mengusulkan rayuan kepada Divisi Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan membincangkan hal tersebut dengan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong”, katanya.

Beliau menasihatkan mereka yang gagal mempertimbangkan alternatif lain, termasuk ke Tingkatan Enam.

 “Ramai ibubapa dan pelajar masih tidak minat untuk memasuki Tingkatan Enam kerana mereka percaya bahawa peperiksaan STPM adalah sukar.  Tetapi, format peperiksaan telah dirombak tahun ini dan adalah kurang membebankan pelajar,” tambahnya.



Anak anda tak ke matrikulasi?? Itulah soalan yang saya terima dari teman-teman bukan bumiputra sejak keputusan SPM diumumkan.  Saya agak gelabah kerana sebelum ini saya percaya anak gadis saya tahu apa yang dikehendakinya dan urusan memilih diserahkan padanya.

“Mengapa tidak memohon ke matriks”?.  “Rugi, kerana bumiputra lebih mudah ke matriks”. “Kalau bukan bumiputra, payah untuk terpilih melainkan yang mendapat 10A+ ditawarkan biasiswa JPA”.  Benarkah kenyataan itu, saya tidak pasti.

“Kalau ke Tingkatan Enam, pelajaran susah”. “ Kalau masuk matriks anda sudah menempah tempat ke universiti”. “Mengapa nak masuk Tingkatan Enam, bila keputusan begitu bagus”? Itulah kata-kata yang sering saya dengari dan mula membimbangkan saya.

Saya diberitahu anak saya, memang ramai temannya yang bukan bumiputra tercicir dalam permohonan matrikulasi manakala yang bumiputra Berjaya melepasinya.  Dan keputusan anak saya yang lebih baik dan statusnya tentu dapat melepasi halangan tersebut.  Namun mengapa dia enggan memohon  untuk memasuki matriks.  Jawapannya mudah sahaja,’Saya bumiputra, keputusan saya baik, kalau saya diterima masuk, orang masih berkata kerana saya bumiputra’.  Mengapa kaum bumiputra tidak diiktiraf kebijaksanaanya dan bersaing dengan bukan bumiputra”, katanya.

Dengan sendirinya anak gadis saya memohon biasiswa ke satu Universiti swasta terkemuka di  Kuala Lumpur.  Permohonannya disenaraikan untuk  temuduga dan disusuli dengan temuduga akhir oleh Universiti berkenaan.  Sementara menunggu jawapan, dia memasuki Tingkatan Enam.  Soalan bertubi-tubi ditanya oleh guru-guru kepadanya mengapa tidak memohon ke matrikulasi .  Katanya bila soalan sedemikian ditujukan kepadanya, beliau mula berasa khuatir keputusan yang diambilnya mungkin salah dan akan merasa menyesal kelak.  Justeru itu dia bertekad untuk mendapat keputusan yang baik dalam STPM kelak.  Baginya pelajaran di Tingkatan Enam tidaklah sukar seperti yang diperkatakan oleh orang.

Alhamdulillah, selepas seminggu ke Tingkatan Enam, semalam mendapat berita baik.  Dia diterima oleh universiti dengan biasiswa ( fee pengajian dikecualikan ) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang digemarinya, diploma dan ijazah.

Kesimpulannya :  Sekiranya kita mendengar terlalu banyak pendapat orang lain, lebih-lebih lagi orang yang bukan benar-benar memberi maklumat yang betul, maka akhirnya kita akan meragui keputusan yang kita ambil.

‘Tepuk Dada Tanya Selera’.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kenaikan untuk 24,000 guru

KUALA KANGSAR: Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kenaikan pangkat ke atas 24,000 guru sempena sambutan Hari Guru di sini hari ini.

Kenaikan tersebut membabitkan 8,222 pemegang ijazah dan 15,831 pemegang diploma dan peruntukan sebanyak RM 934 juta.

Muhyiddin berkata bahawa seramai 390 guru telah dinaikkan ke Grad DG54 sementara 676 ke DG52.

Sejumlah 3,938 guru akan berada di Grad DG48 dan 19,805 di Grad DG44 sekarang.

Semua kenaikan adalah berdasarkan waktu (time based) dan prestasi cemerlang guru

Guru boleh menyemak status kenaikan di laman Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup ini suatu proses pembelajaran yang berterusan !!!


Wow... Berita baik untuk para guru sempena Hari Guru !
Sekuntum Mawar Buat Guru Yang DiSayangi

Sememangnya guru yang dedikasi layak menerima kenaikan tersebut.

Terdahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang membimbing generasi Malaysia dulu, kini dan selamanya.

Terkenang guru-guru yang pernah muncul dalam hidup saya dahulu. Dari tadika sehinggalah saya tamat pengajian tingkatan enam.

Guru-guru adalah manusia biasa namun istimewa, yang mengajar dan memperturunkan ilmu kepada kita.

Guru-guru yang mengajar dengan penuh minat akan menjadi guru kesayangan setiap murid dan akan dikenang sehingga akhir hayat.

Gelaran ‘cikgu’ akan melekat dan kekal walaupun dia sudah pencen.  Kalau terserempak bekas anak murid tentu akan dipanggil cikgu.

Ada guru yang aktif dan berbakat, menjadikan pengajarannya satu subjek yang disukai oleh anak murid.  Ada pula guru yang mengajar sambil lewa, sekadar menjalankan tugas sebagai guru.  Selalunya subjek yang saya sukai gurunya,  keputusannya adalah lebih baik.

Teringat beberapa guru yang asyik mengantuk bila datang kelas.  Anak-anak murid apalagi mula bergossip bila dia muncul.  Guru menjadi teladan kepada anak murid.  Bak peribahasa ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’

Terima Kasih buat guru-guru yang pernah singgah dalam hidup saya dan anak-anak saya, Terima Kasih Guru !


Tuesday, May 15, 2012

Meredakan Batuk Bagi Kanak-Kanak



Kanak-kanak yang batuk akan menghadapi kesukaran untuk tidur.  Cara mudah untuk menghentikan batuk berlarutan di kalangan kanak-kanak adalah dengan menyapu Vicks Vapor Rub di tapak kaki pada waktu tidur dan pakaikan sarung kaki kepadanya. Kanak-kanak yang sakit/batuk dapat tidur dengan lebih lena akibat kesan sejuknya.
     Cara ini juga berkesan untuk bayi dan orang dewasa.

Petua yang selamat dibandingkan dengan pengambilan ubat batuk bagi kanak-kanak.
Selamat Mencuba !

Teringat semasa kecil dahulu, ibu selalu menyapukan Vicks pada dada dan tapak kaki pada waktu malam bila saya berhingus dan batuk !

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Ibu, Engkaulah pelita hatiku !

Terima mesej kata-kata dari anak gadis saya sempena Hari Ibu seperti berikut :-



Mom, your love and affection gave me the strength to overcome everything. It is like a shining star, guiding me through my darkest nights. Because of you, I dreamt big dreams, scaled great heights and tried, and succeeded, to attain the impossible.

So what I wanna say is : I love you! And though words can't express the gratitude I'm feeling, thank you for everything you've done :)




Pada semua kaum Hawa yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu !  Berbangga dengan gelaran itu dan laksanakan tanggungjawab anda dengan penuh kasih sayang.  Kerana peranan anda penting dalam menghasilkan generasi akan datang yang baik tingkahlaku dan keperibadiannya.

Pada anak-anak, hormati dan sayangi ibu anda.  Ingatlah teman, kekasih boleh bertukar ganti tetapi ibu yang melahirkan anda cuma seorang sahaja.  Walau apa yang terjadi dalam hidup anda, ibu anda tetap akan berdiri teguh dibelakang anda, menyokong dan menyayangi anda sehingga akhir hayat.

SELAMAT HARI IBU !!

Friday, May 11, 2012

Salah Anjing Atau Tuannya??

Saat ini terdengar bunyi salakan anjing dari jiran sebelah.  Teringat rancangan reality television Dog Whisperer Cesar Millan yang ditayangkan di  rangkaian Nat Geo WILD .

Saya bukannya peminat binatang seperti anjing dan kucing.  Saya tidak minat langsung.  Tambahan pula, saya alah pada bulu binatang.

Namun saya nampak ramai orang yang sayangkan binatang seperti anjing dan kucing.

Ada yang berbelanja beribu-ribu semata-mata memelihara binatang kesayangan.  Malahan ada binatang yang bernasib baik lebih dari manusia.  Ia disayangi oleh tuannya seperti anak dan dilayan bak menatang minyak yang penuh.  Kata teman-teman, anjing adalah binatang yang mengenang budi, suka bermanja dan setia pada tuannya.  Memang ada jenis anjing yang begitu comel dan disukai ramai. 

Seperti kata Cesar Millan, dari tingkah laku binatang seperti anjing, kita akan ketahui bagaimana tuannya.  Sekiranya tuannya berjaya mengawal tingkah laku anjingnya maka anjingnya akan mendengar kata.  Sebaliknya sekiranya mereka gagal, tingkah laku anjing mereka akan teruk.  Saya seronok menonton rancangan itu meskipun saya tidak memelihara sebarang binatang kesayangan. 

Berbalik kepada persoalan anjing di rumah sebelah, anak perempuan saya cukup takut dengannya.

Bila terdengar kami membuka pintu sahaja, anjing itu mula menyalak.  Kekadang saya cuba menggunakan teknik yang pelajari dari Cesar Millan untu mengawal anjing itu, namun setakat ini tidak berhasil, maklum sahaja anjing itu bukan milik saya pun.. Haha

Sebenarnya kalau anda tinggal diapartment, anda tidak dibenarkan untuk membela anjing.  Namun ramai yang dalam diam-diam memeliharanya dalam rumah.  Ah.. tak kisahlah asal jangan dibiarkan ia berkeliaran diluar.  Ada poster yang ditampal di hadapan lif yang memberi amaran kepada tuanpunya anjing, sekiranya didapati anjing mereka berak di kawasan apartment, mereka akan didenda.

Jadi sekiranya anda tuanpunya anjing, sila bersikap lebih bertanggungjawab.  Pastikan anjing anda diikat dan tidak berkeliaran merata-rata. Kalau rumah anda ada memelihara anjing yang ganas dan boleh membunuh, pastikan anda meletakkan tanda amaran tentang adanya anjing tersebut.  Sekurang-kurangnya kalau ada perompak yang nak masuk rumah anda, diapun berfikir berkali-kali. 

Baru-baru ini saya terbaca diakhbar, seorang warga emas mati digigit anjing jirannya.
          Khabarnya anjing itu terlepas keluar dan menyerang warga emas yang malang itu.

Di Pulau Pinang, tidak lama dulu, ada juga kes dimana ada seorang pelancong asing yang digigit mati oleh 2 ekor anjing bila dia mendekati anjing-anjing itu.


Masalahnya salah anjing atau salah tuannya ???  Nyawa seseorang melayang kerana kelalaian tuanpunya binatang.  Ada mangsa yang bersalah kerana memasuki sesuatu tempat walaupun sudah sedia maklum terdapat anjing yang garang.  Tabiat binatang ini adalah menyerang bila terancam. 

Kenali jenis baka anjing yang anda ingin miliki.  Jangan hanya beli kerana ikutan namun tidak memperdulikan binatang tersebut.  Sesetengah jenis anjing memang dilatih untuk berbuat demikian. Akhirnya ada orang terbunuh kemudian anjing dibunuh pula.