Haram Tidak Bayar PTPTN - Mufti
BENTONG: Hukumnya haram jika tidak
membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
Beliau berkata mengikut Islam,
hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana
institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut
Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang
pinjaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, Jumaat.
Katanya peminjam wajib membayar
balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang
telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. BERNAMA
Petikan
dari mstar online
Sejak kebelakangan ini, isu pinjaman PTPTN menjadi isu hangat. Apalagi ianya menjadi modal ahli politik untuk memenangi hati para pengundi. Siapa yang taknak kalau pinjam takpayah bayar.
Namun saya berpendapat segala pinjaman dalam bentuk apa jua, hutang perlu dibayar dan dilangsaikan..
Pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pembelajaran ke institute pengajian tinggi perlulah
dilangsaikan apalagi kalau seseorang itu sudah mulai bekerja. Bayangkanlah kalau pinjaman ini tidak
dibayar, pelajar-pelajar dimasa hadapan
akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman sekiranya pihak kerajaan
mengambil tindakan untuk memberhentikan sekim pinjaman ini. Kesian pelajar –pelajar generasi akan datang
kerana terpaksa menanggung akibat dari generasi sebelumnya yang enggan
bertanggungjawab untuk membayar pinjaman PTPTN.
Peminjam yang berjaya dalam kerjaya namun mengambil sikap lepas tangan
ini sememangnya tidak dapat diterima langsung.
Malahan anak saya berkata, kalau pinjaman PTPTN tidak
perlu dibayar balik, pelajar akan
bersikap relaks dan tidak serius dalam pelajaran mereka, yelah kalau gagal pun
bukan perlu bayar balik pinjaman.
Kalaulah pinjaman ini dikecualikan dari pembayaran
balik seperti yang dicanangkan oleh setengah pihak, bererti mereka yang telah
membayar balik terdahulu terasa bodoh.
Apa tidaknya, warga yang bertanggungjawab selalu terasa rugi.
** Meluat tengok si penghutang belanja lebih-lebih depan
kita, walhal hutang kat kita taknak bayar. Masa nak pinjam bukan main manis, janji nak bayar. Bila dah dapat, janji tinggal janji. Kenalah kita yang tebalkan muka nak tuntut hutang kita.
No comments:
Post a Comment