Tuesday, April 15, 2008

Keadilan ...



Saya sering tertanya, di dunia ini.. adakah keadilan itu benar2 wujud? Apakah erti 'keadilan' yang sebenarnya.. yang sering dilaungkan oleh insan sejagat.. Sehingga kini saya masih tercari-cari erti 'keadilan' yang hakiki..

Adil..

Adil pada satu pihak, namun pihak yang lain akan merasa tiada keadilan..

Bolehkah kita adil pada semua pihak? Bagaimana hendak memenuhi kehendak semua pihak agar adil seadanya.

Kerana apabila satu pihak tewas, ada satu pihak yang meraihkan kemenangan.

Kerana apabila satu pihak menangis, ada satu pihak yang tersenyum puas.

Kerana apabila satu pihak untung, ada satu pihak yang rugi bangkrap..

Dan perbagai lagi situasi..

Jadi bagaimana bisa kita adil.. dalam erti kata yang sebenarnya...


No comments: