Bulan ini banyak menghadiri majlis rumah terbuka sempena adil fitri.
Baru pulang dari jamuan yang diadakan oleh ahli Jawatankuasa Surau Batu Gantong. Suasananya
begitu meriah sekali. Rasa gembira kerana dapat bertemu semula dengan kenalan lama dan sanak saudara.
Kalau orang yang tinggal di Pulau Pinang pasti tahu dimana letaknya Batu Gantong. Ini adalah kerana lokasinya adalah dimana letaknya Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. Dahulunya terdapat kuarters pekerja Kelab Lumba Kuda yang mana kebanyakannya adalah orang Jawa dan Boyan.
Satu kelebihan orang Boyan adalah mereka sangat rapat dan mesra. Mereka juga tidak akan menilai seseorang dan sangat mengalu-alukan tetamu.
Walaupun kebanyakan penduduk telah diberi pampasan dan berpindah keluar dari situ kerana beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut kepada kondominium mewah. Tetapi cadangan itu tergendala dan dibatalkan dengan kekalahan BN di tangan DAP pada pilihanraya yang lalu. Sehingga kini masih terdapat gelintir penduduk kuarters yang masih menetap disitu.
Di majlis tadi, kita dapat menyaksikan betapa eratnya tali silatulrahim diantara penduduk-penduduk Batu Gantong yang kebanyakannya bersaudara. Majlis tadi juga dihadiri oleh seorang ahli politik. Ya, ahli politik seharusnya turun padang untuk bermesra dengan rakyat.
Disebabkan kesibukan masing-masing, kami jarang berpeluang untuk bertemu. Jadi kesempatan ini digunakan sebaik mungkin. Anak2 jiran semuanya sudah meningkat dewasa.
Begitulah cepatnya masa berlalu.
No comments:
Post a Comment