Anak Angkat
Sindiket Menjual Bayi
Orang dulu-dulu, beranak pinak, hidup susah dan terpaksa menyerahkan
anak kepada pasangan lain yang dirasakan layak dan mampu memberikan kehidupan
yang lebih baik pada anaknya. Mungkin
waktu itu, perancangan keluarga tidak dipraktikkan !!
Terbaca banyak kes dimana, anak keturunan Cina diberi kepada kenalan
Melayu untuk dibesarkan. Maklum sahaja waktu itu, hidup mereka terlalu susah
dan anak menyusul setiap tahun. Ada anak
India diberikan kepada pasangan Cina atau sebaliknya. Bila dewasa, ramai yang mencari ibu bapa
kandung mereka. Ada yang sekadar ingin
mengenali ibu bapa dan saudara kandung mereka.
Waktu itu, tiada urusan menjual bayi kerana bayi diberikan kepada orang
lain atas dasar desakan hidup.
Kakak ipar saya berasal dari keluarga Cina, diberikan kepada
keluarga Melayu/Boyan selepas dilahirkan.
Dek kehidupan yang susah, ibu kandungnya terpaksa menyerahkannya kepada
keluarga angkatnya. Bila usianya
meningkat , timbul hasratnya untuk mencari keluarga kandungnya. Dia mula pencariannya di pekan dan akhirnya Berjaya
menemui ‘keluarga kandungnya’.
Apalagi ‘ ibu kandungnya’ begitu
gembira menemuinya, begitu jua dengan adik beradiknya. Nak dijadikan cerita, kakak ipar saya
terdengar khabar kononnya di pekan itu, ada 2 keluarga Cina yang menyerahkan
anak-anak mereka kepada keluarga Melayu/Boyan.
Rupa-rupanya ‘ibu kandung’ yang ditemui terdahulu itu bukannya ibu
kandungnya . Kakak ipar saya mencari dan
akhirnya menemui anak perempuan ‘ibu kandungnya’. Namun perempuan itu enggan ambil tahu hal ibu
kandungnya. Tidak mahu memusnahkan
kegembiraan dan harapan ‘ibu kandungnya’ yang sudah tua dan uzur, kakak ipar
saya menyimpan rahsia dan saling menghubungi.
Dia kemudian menemui ibu kandungnya dan adik beradiknya. Kata kakak ipar saya, dia bertemu 2 ibu
sekaligus.
Dia pula ada seorang anak angkat perempuan. Ibu anak angkatnya menyerahkan anak
perempuannya selepas dilahirkan kerana sudah terlanjur dan tidak mampu
membelanya. Kata kakak ipar saya, sebaik
dia menatap wajah bayi perempuan itu, hatinya terus terpaut. Lalu diambilnya dan dijadikan anak angkat,
dipelihara dengan penuh kasih sayang, disamping anak-anak kandungnya yang lain.
Ramai orang yang saya kenali mengambil anak angkat dari saudara mereka sendiri. Ada yang bukan disebabkan tiada anak langsung tetapi kerana hanya ada anak lelaki atau perempuan.
Perbezaan diantara yang ramai dengan yang tiada langsung
Mereka yang beranak ramai, anak-anak tidak dapat diberi perhatian
dan kesenangan 100%. Apalagi ekonomi
sekarang, semuanya memerlukan wang.
Susu, lampin pakai buang, pendidikan dan seterusnya.
Ada perempuan yang terlanjur, termengandung dan melahirkan. Masih muda, belum bersedia namun diheret ke
situasi sebegini sendirian. Lelaki tidak
bertanggungjawab lepas tangan. Apalagi kalau keluarga juga
meminggirkannya. Yang menanggung malu dan kepayahan adalah
perempuan. Bila keadaan begini, lebih
baik diserahkan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak.
Jadi pasangan yang terdesak,
menemui sindiket ini dan membayar mereka untuk mendapatkan anak. Anak-anak ini kelak akan dibelai dan dijaga
seperti menatang minyak yang penuh.
Sudah tentu cukup segalanya.
Sindiket menjual bayi ini wujud, bila ada permintaan, disitu ada tawaran. Bila ada keuntungan, ianya menjadi suatu
biznes.
Apa yang saya bimbangkan adalah sekiranya ada sindiket yang ingin
mengaut keuntungan sehingga sanggup menculik bayi untuk dijual.
Saya teringat kisah satu filem.
Kisah perebutan anak diantara keluarga kandung dengan keluarga angkat.
Di akhir cerita, si ibu kandung mengambil keputusan untuk tidak berlawan
di mahkamah bagi mendapatkan kembali hak penjagaan anaknya dari keluarga
angkat.
Si ibu kandung berkata, ‘katakan pada anak kita, dia mempunyai 2 ibu”.
“Ibu kandung yang terlalu menyayanginya sehingga sanggup
melepaskannya dan ibu angkat yang terlalu menyayanginya sehingga tidak sanggup
melepaskannya”. Itulah pengorbanan ibu.