Thursday, November 22, 2012

'Cruise 4 Charity to Phuket and Krabi' on SuperStar Libra

Makan Angin Sambil Beramal

'Cruise 4 Charity to Phuket and Krabi' on SuperStar Libra
Date: 4 Nov 2012 - 7 Nov 2012
Pelayaran 4 hari 3 malam di Kapal SuperStar Libra

Saya telah dimaklumkan oleh saudara saya seorang pekerja di Hospital Adventist, Pulau Pinang bahawa pihak Hospital dengan kerjasama SuperStar Libra akan mengadakan percutian selama 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand.  Yuran kabin akan didermakan kepada Dana Kanser, Hospital Adventist.

 

Memikirkan saya dapat bercuti sambil beramal, saya mengambil keputusan untuk menyertai kruise pada saat-saat sebelum tarikh tutup pendaftarannya.  Lagipun, oleh kerana bayaran yuran kabin merupakan derma maka ianya dikecualikan dari cukai pendapatan ( derma yang diiktirafkan ).  Untuk kabin twin sharing ( berkongsi ) cuma RM 1,900 bermakna seorang hanya RM 950.00. Jumlah ini termasuk makan sarapan pagi, tengahari dan malam.

Jumlah ini tidak termasuk tax pelabuhan laut sebanyak RM 196.00
Pemandangan Pelabuhan dari Kapal Superstar Libra

Saya tiba di Swettenham Pier Cruise Terminal jam 2.00 petang.  Sebaik sahaja menunjukkan surat pengesahan penempahan dan passport di kaunter, saya diberi kad acess.  Selepas melalui imigresen, passport diserahkan kepada kru kapal yang berada diluar sebelum masuk ke kapal.  Kad access ini adalah penting kerana ianya merupakan kad untuk anda menaiki kapal, kunci memasuki kabin dan kad caj.  Semua perbelanjaan akan dimasukkan ke dalam kad access.  Segala jumlah yang terkumpul hendaklah dijelaskan malam sebelum atau pagi hari terakhir di dalam kruise.  Selepas pembayaran barulah anda dapat mengambil balik passport anda.
Kad Access


Tiba sahaja di dalam kapal, kami menuju ke restaurant Ocean Palace untuk makan petang. 

Selepas itu, penumpang-penumpang adalah dikehendaki untuk mendengar taklimat mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.


Penumpang berkumpul secara berkumpulan berasingan untuk mendengar taklimat keselamatan
 
 

Lepas itu, kami pun menyimpan beg di dalam kabin.  Bilik kabin adalah agak luas untuk 2 orang dan ada juga kabin untuk 3 orang.

Semua kelengkapan seperti tuala mandi, gel mandi, syampu, ubat dan berus gigi disediakan. Terdapat tv juga.  Jadi anda akan berasa selesa seperti berada di hotel.

Sarapan pagi, tengahari dan malam adalah disediakan di beberapa restauran seperti Four Seasons Restaurant, Ocean Palace & Mariners Buffet. (Bayaran adalah merangkuminya)

Sebaik sahaja anda tiba di dalam kapal, anda boleh mengambil jadual aktiviti dan merancang aktiviti mengikut kesukaan anda.  Bagi anda yang mempunyai anak kecil, ada tempat permainan khusus untuk mereka.
Suasana di lobby

Makan sarapan pagi, tengahari dan malam adalah disediakan di beberapa restauran seperti Four Seasons Restaurant, Ocean Palace & Mariners Buffet.

Anda boleh berenang di kolam mandi sambil berjemur.  Kanak-kanak juga dapat berseronok di kolam mandi yang terletak di tingkat atas.  Anda dapat menikmati makanan sambil bersantai di situ.


 

Bagi anda yang suka berkaraoke atau melihat pertunjukkan, anda boleh memilih untuk berbuat demikian.  Ada yang percuma dan ada yang perlu dibayar.  Bagi anda yang suka berjudi, terdapat kasino juga.

Pada malam terakhir, diadakan makan malam bersama kapten kapal dan kru-kru mereka.  Anda boleh memilih sesi pukul 7.00 atau 9.00 malam.  Anda dinasihatkan menempah pada hari pertama supaya anda mendapat slot makan malam yang anda sukai.  Anda boleh memilih makan malam makanan cina (tidak halal) ataupun barat.  Makanan adalah sedap dan menyelerakan.

 
A holiday on-board a luxury ship opens up new experiences: decks of fun, first class dining and impressive entertainments.
SuperStar Libra is designed to meet the changing needs of today's passengers, challenging the conventional model of cruising by providing a more relaxed, resort-style cruise, complete with flexibility and non-intrusive services of the highest standard. Escape the stress of everyday life, as SuperStar Libra brings you to a world-class exclusive floating resort on the high seas offering you an impressive array of facilities, entertainment, recreational activities and services coupled with warm Asian hospitality, which have become the hallmarks of Star Cruises.
Tantalize your taste buds with an array of exotic cuisine expertly prepared by the professional chefs onboard. Indulge in gastronomic delights with an exciting choice of dining options:
• Blue Lagoon
• Coconut Willy’s
• Four Seasons Restaurant
• Lickety Splits
• Mariners Buffet
• Ocean Palace
• Pool Bar
• Taipan
Great entertainment awaits you at the world class lounges. Be enthralled by the international novelty acts and dazzling shows. Dance or sing the night away at the discotheque and karaoke lounge.

• Skyline KTV (Open-style karaoke lounge)
• Boomer’s (Discotheque)
• Stardust Lounge (Show Lounge)
Sports and fitness buffs will be able to flex their muscles and continue their daily exercises even though they are on a holiday away from home. There’s a whole range of sports and fitness facilities that will keep you in good health and shape.

• Fitness Centre (Gymnasium, sauna and massage)
• Golf Driving Range (Outdoor golf driving range)
• Swimming Pool (Outdoor swimming pool)
• Twin Hot Tubs (Jacuzzi)
• Sports Deck (Basketball court, jogging track and shuffleboard)
Your cruise holiday will not be complete without some photographs and cruise souvenirs. So, go ahead and shop onboard for yourself and your loved ones. Pamper yourself with an array of hair and beauty treatment available or surf the net while your children have fun at the children’s playroom.


• Ports O’Call (Onboard shopping)
• Photo Gallery (Photo printing services and souvenirs)
• Internet CafĂ© (Internet surfing)
• Beauty Salon (Hairdressing and beauty salon)
• Porthole (Children's playroom)
• Activity Centre (Games loan centre)
 
Untuk mengetahui kemudahan yang terdapat di dalam kapal, sila layari laman : http://www.starcruises.com



Bagi aktiviti luar kapal ketika di Phuket dan Krabi, anda boleh dapatkan senarainya dari front desk.  Setelah anda memilih destinasi dan aktiviti kesukaan anda, caj ke dalam kad access anda.
Pemandangan Di Pantai Patong, Phuket.  Nun Jauh kelihatan Kapal Superstar Libra

Phuket
 
Krabi




 

Friday, November 16, 2012

Walk The Talk Penang - 25th November 2012

Seringkali kita terbaca atau mendengar penderaan terhadap wanita, kita seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.  Mungkin teman, saudara kita berada dalam situasi sedemikian, terperangkap dan tidak tahu jalan keluar.  Jiwa wanita terseksa, di dera dari segi fizikal dan mental saban waktu. 

Tunjukkan sokongan anda bahawa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita, sila datang dan sertai Walk The Talk di Pulau Pinang .

Datang dan ambil bahagian di dalam Walk The Talk di Pulau Pinang pada Ahad 25 November ini bermula di Straits Quay pada 5 petang dan berakhir di Gurney Plaza.  Walk The Talk Penang  adalah dianjurkan oleh WCC dan Soroptimist International Penang sebagai sebahagian dari Walk the Talk dari Perlis ke Sabah : Berhentikan Keganasan Terhadap Wanita oleh SIROM. 
 

Pendaftaran adalah hanya RM50 dan sebahagian kutipan akan memanfaat kerja-kerja WCC- Hentikan keganasan terhadap wanita.  Semua peserta berdaftar akan mendapat beq berisi kudapan, termasuk Baju T & botol air mineral dan lain-lain. 

Untuk para sukarelawan WCC, ada diskaun.  Ayuh ramai-ramailah kita mendaftar sekarang.
Untuk mendaftar, sila email wcc@wccpenang.org atau
telefon 04-228 0342 beserta nama, nombor telefon dan saiz Baju T anda.



Baca Artikel : Walk to stop violence against women - http://thestar.com.my
 
 
16 Days of Activism Against Gender Violence Campaign is an international campaign that began in 1991. Every year, from November 25th, the International Day of Elimination of Violence against Women, to December 10th, International Human Rights Day, the campaign calls on individuals and groups around the world to act to end all forms of violence against women and girls.

Making the critical link between violence against women and human rights, the 16 Days Campaign has been used by individuals and groups around the world to take action for the elimination of all forms of violence against women. This includes raising awareness about gender based violence through organizing talks, seminar and various other initiatives such as walks, exhibitions, drama and so on. As more and more people take part in the 16 Days campaign the solidarity of people around the world organizing against violence against women continues to grow. Over 4,100 organizations in approximately 172 countries have participated in the annual 16 Days Campaign since 1991!

In Malaysia, national police statistics have shown that in 2011 there were approximately 8 reports of domestic violence and 17 reports of sexual assault made DAILY. It is estimated that most of such crimes go unreported and many women and girls do not access the help they need.



Jumpa Anda Di Sana !


 

Kebaikan Buah Pisang



Kebaikan Buah Pisang

Tenaga
Pisang membekalkan kabohidrat yang diperlukan untuk menggantikan otot Glycogen yang digunakan.

Kesihatan usus
Pisang adalah tinggi dengan fiber larut yang mana membantu menghalang sembelit dan membantu memulih dan mengekalkan fungsi kebiasaan membuang najis.

Potassium
Tinggi kandungan potassium, pisang membantu sistem peredaran tubuh menghantar oksigen ke otak,  membantu mengekalkan degupan jantung yang biasa dan imbangan air yang betul.

Kuasa Otak
Potassium - membantu pembelajaran kerana ia membuat pelajar lebih sedar.  Pelajar mendapati mereka mempunyai lebih kuasa otak dan dapat membuat lebih baik dalam peperiksaan apabila mereka makan pisang di waktu sarapan pagi dan makan tengahari.

PMS
Pisang mengandungi vitamin B6.  Vitamin ini  mengawal aras glukos darah dan membantu kita pada waktu stress serta membantu mengawal mood kita.

Zat besi
Pisang adalah juga kaya dengan zat besi, dan dapat membantu individu yang menghadapi anemia ( keadaan darah yg kekurangan sel darah merah atau hemoglobin ).  Ia membantu merangsang penghasilan hemoglobin di dalam darah.

Meningkatkan Kegembiraan
Pisang membebaskan bahan yang dipanggil Tryptophan yang ditukarkan ke  Serotonin dalam otak yang selanjutnya meningkatkan mood dan membuat kita lebih gembira !

Bantu Perokok Berhenti
Pisang mengandungi Vitamin B dan lain mineral yang mengurangkan kesan penarikan nicotin secara fizikal dan psikologi.
 

Tahukah anda bahawa pisang masak sepenuhnya dengan tompok hitam pada kulitnya menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil TNF ( Tumor Necrosis Factor ) yang mempunyai keupayaan untuk melawan sel yang tidak normal. 
Semakin gelap tompok semakin tinggi kualiti tambahan imunitinya.  Oleh itu, pisang masak ranum mempunyai kualiti anti kanser yang lebih baik.

 
Bagaimana memutihkan gigi menggunakan pisang

Ambil sebiji pisang yang telah dikupas dan gosok sekeliling gigi selama 2 minit ( lima minit pun ok jugakan )  Kandungan mineralnya seperti potassium, magnesium dan manganese menyerap ke dalam gigi anda dan memutihkannya.

Cubalah hari ini.  Cara yang murah dan mudah !


Buah Tempatan Banyak Khasiatnya !

* Alahai selalu bila beli pisang, pilih yang kulitnya cantik saja !
Lepas ni nak pilih yang masak ranum dan yang tompok hitam.
Begitu juga kehidupan ini, kita nilai dari luaran seseorang sahaja.  Tau-tau yang tak cantik lebih elok budi pekertinya.

 

Tuesday, November 13, 2012

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.






Berita mengenai wanita warga Indonesia yang dirogol bergilir oleh 3 anggota polis, saya baca dengan penuh kesal.

Perbuatan keji dan terkutuk ini dilakukan oleh anggota polis yang diberi kehormatan dan kepercayaan untuk melindungi kita, menjaga keselamatan orang tempatan mahupun orang asing.  Mereka diberi penghormatan untuk memakai pakaian seragam dan lencana yang melambangkan tanggungjawab untuk melindungi semua orang.  Anggota polis seharusnya menegakkan kebenaran, keadilan dan mempamerkan sikap jujur dan baik. 

Kalaulah dakwaan ini benar, perbuatan mereka amat mengaibkan PDRM.  Saban hari kita juga mendengar rungutan orang ramai mengenai gejala rasuah yang semakin meningkat.  Sekiranya inilah perangai anggota polis, ianya akan menjejaskan imej PDRM. Sekiranya kita berasa tidak selamat dengan adanya anggota polis, maka gagallah peranan mereka. Orang-orang yang tidak bertamadun, berperangai binatang tidak layak berada di PDRM. 

Saya berharap PDRM akan menjalankan siasatan terperinci dan mereka yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke mahkamah dan dihukum seberat-beratnya.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16 Oct 2012 - Tiga Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Wanita Indonesia http://mstar.com.my

 
Yang Salah Tetap Salah !!




 
 

Altenatif Pembantu Rumah – Ibu. Wajarkah??

Entah kenapa hati ini tergerak untuk menulis tentang topik ini.


Dengan kenaikan kos untuk mendapatkan pembantu rumah luar Negara, nampaknya harapan adalah bergantung kepada yang ada dalam Negara ini.  Namun berapa sangat orang tempatan yang hendak bekerja sebagai pembantu rumah.

Kalau orang kaya yang mempunyai rumah besar, mereka tidak perlu khuatir.  Kerana mereka mampu bayar walaupun untuk menggaji seorang pembantu bukannya murah lagi.  Wang pendahuluan yang perlu dibayar kepada agensi kini boleh mencecah sehingga RM10,000.00 .

Jadi untuk pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja, alternatifnya si ibu.  Kononnya tiada pilihan.  Saya berpendapat adalah tidak wajar untuk memaksa ibu untuk menjaga anak-anak kita.  Sebagai ibu, tanggungjawabnya sudah selesai bila membesarkan kita.  Anak-anak adalah tanggungjawab kita.  Apalagi kalau si ibu sudah tua dan tidak segagah dahulu lagi.  Menjaga anak-anak kecil dan melayan kerenah mereka adalah stress dan memenatkan pada mereka yang sudah uzur.  Sebagai anak yang sudah memiliki keluarga sendiri, rasanya kita ada pilihan.  Samada mengaji pembantu rumah untuk membantu si ibu menjaga anak kita, dalam hal ini si ibu hanya perlu mengawasi tingkah laku pembantu rumah dan memastikannya menjalankan tugasnya.  Jadi si ibu punya masa rehat dan masa untuk beriadah atau menjalankan amal ibadat.  Ataupun anda boleh menghantar anak-anak ke nurseri.  Masalah anak-anak adalah masalah anda suami isteri bukannya masalah ibu anda !  Kalau tidak mampu jangan beranak!

Pada anda di luar sana, saya ingin berpesan.  Bila anda sudah berkahwin, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengurus rumahtangga anda.

Saya melihat sendiri bagaimana penatnya si ibu tua, dalam keterpaksaan menjaga cucu-cucunya.  Badan semakin susut tapi dia tidak mengeluh di depan anaknya.  Sebagai anak, apabila kita melihat situasi sebegini, kita sendiri perlu faham.   Adakah kita membayar ibu kita hanya kalau dia menjaga anak-anak kita.  Rasanya kalau dia tak jaga pun, kita seharusnya memberi wang saku padanya.  Anda mengerah tenaga kudratnya selagi dia masih mampu bergerak, bayangkan kalau sudah tidak berdaya dan tidak bergerak, apa pula nasibnya?
 
 
* Saya berpendapat semasa muda, kita wanita seharusnya menabung untuk masa tua kita.  Justeru itu, kita tidak akan bergantung sepenuhnya dan membebankan anak-anak kita.  Apalagi kalau mereka hanya golongan berpendapatan sederhana dan mempunyai keluarga.  Sekurang-kurangnya kalau kita sakitpun, kita menggunakan wang kita sendiri.
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Demi Air Muka ( Maruah Dan Harga Diri )???


Pasangan Pakistan membunuh anak perempuan kerana bercakap dengan budak lelaki.

ISLAMABAD (Reuters) – Sepasang suami isteri Pakistan membunuh anak perempuan remaja mereka dengan mencurah asid ke muka dan badannya setelah mendapatinya bercakap dengan budak lelaki, kata polis dan seorang doktor.

Ibubapa remaja berusia 16 tahun telah mengaku kepada polis di Kotli, sebuah bandar pentadbiran di Kashmir Pakistan, bahawa mereka menyerang anak perempuan mereka setelah dia bercakap dengan budak lelaki diluar rumahnya, kata Mohammad Jahangir, seorang doktor tempatan di hospital dimana budak perempuan itu dibawa.

Terdapat kesan bakar tahap ketiga di kulit kepala, muka, mata, hidung, kedua belah tangan, dada, kaki dan bahagian bawah kaki.  Malahan tulang dahi terdedah,” katanya.  Tambah beliau, pada mulanya ibu budak perempuan itu memberitahu pihak hospital bahawa anaknya cuba membunuh diri.  Polis telah menangkap ibu bapa perempuan itu.

Hampir 1000 wanita hilang nyawa mereka tahun lepas dengan apa yang dikatakan ‘pembunuhan terhormat’ negara Asia Tenggara yang konsevatif.  Aktivis berkata jumlah sebenar adalah lebih tinggi kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan.
 
 


 

Begitulah nasib wanita di Negara yang terlalu konservatif.  Bersyukur sangat kerana saya dan keturunan saya kelak tidak dilahirkan dalam Negara-negara tersebut.  Saban hari kita baca betapa wanita ditindas dan diperlakukan bagai binatang atas nama agama, maruah dan harga diri.  Heran juga, di era ini, masih terdapat layanan seteruk ini yang terpaksa dilalui oleh setengah-setengah wanita.  Kita seolah-olah tidak berupaya berbuat apa-apa untuk mengubahnya. 

Agama tidak mengajar manusia sekejam ini.  Sanggup membunuh darah daging sendiri demi menjaga maruah, konon.  Kalau sekadar berbual, salahkah??  Sedangkan agama mengajar kita bersabar, mengampun dan menyayangi.  Kita boleh menasihat, menghukum dan memukul, tidak sampai mencederakan anak-anak.  Namun wajarkan kita sekejam ini, hanya untuk menjaga air muka dan agama??

Saya tidak boleh bayangkan kalau si Alvin dan si Vivian berada di Negara itu.  Tentunya mereka di cincang lumat-lumat. Baca blog saya : bila-hilangnya-malu.

Pada saya, semuanya harus sederhana.  Tidak terlampau terbuka dan terlampau kolot.  Kalau kedua-duanya tiada hadnya, kes-kes sebegini akan berterusan.