Macam-macam perlakuan yang dilakukan oleh remaja/muda mudi zaman ini
untuk mendapatkan perhatian.
Saya membaca berita tentang pasangan bijak berkelulusan universiti
yang merakamkan saat intim perlakuan seks mereka dan mempamerkannya dalam
blog. Berita gempar yang bagaikan
mengegarkan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa.
Lantas menjadi tandatanya mengapa mereka berbuat demikian. Pelbagai andaian yang dibuat, namun sehingga
hari ini saya masih tidak dapat menyelami dan mengerti tujuan mereka.
Tapi yang pastinya pasangan muda romantik ini yang bernama Alvin Tan
(24) dan Vivian Lee(23) ini seronok mendapat perhatian. Apa tidaknya bagaikan aktor dan actress ternama,
mereka ditemuramah oleh akhbar dan radio tempatan dan juga media di
Singapura. Bukan senang hendak meraih
perhatian sebegini dalam sekelip mata. Gaya dan perwatakan mereka jelas memperlihatkan betapa bangganya mereka dengan status bak celebriti.
Inilah remaja era muka buku (facebook) yang tidak lagi kisah tentang
airmuka. Bukan main ego lagi si pemuda
membalas tohmahan yang dilemparkan. Pemegang
biasiswa Asean penuntut jurusan undang-undang di NUS, maklum sahaja bukan
calang-calang penuntut yang berjaya memperolehi biasiswa ini melainkan yang
pintar. Soalnya orang yang terlalu bijak, bila
menjawab pun secara sinis memerli , mereka yang menyoal tindakannya.
Geram juga saya membaca jawapannya kepada pemberita.
Katanya si Vivien yang mengesyorkannya mengambil gambar bogel dan
merakamkan aksi seks mereka. Sehari
berkenalan terus mereka melakukan seks.
Si ibu Vivien mendesaknya untuk berkahwin dengan si Alvin. Si ibu cuba menghubungi Alvin namun dia tidak menjawabnya. Katanya soal kahwin bukan soal mudah dan
tidak boleh terburu-buru. Kononnya, keluarganya
menyokongnya dalam hal ini.
Si Alvin menyindir pendapat pakar psikitris yang mengatakan pasangan
ini inginkan perhatian. Katanya macamana
pakar itu boleh membuat andaian tanpa berjumpa merekapun.
Berhubung dengan pendapat ibu bapa yang takut perlakuan pasangan ini
akan menjadi contoh kepada anak-anak mereka, katanya kalau ibu bapa tidak boleh
mengawal tingkah laku anak-anak mereka, mengapa mereka (pasangan ini) pula yang
dipersalahkan. Kalau ada dalam blog,
tentunya anak-anak harus melayari internet untuk melihat. Begitu juga kalau U Tube atau video. Jadi seharusnya ibu bapa mengawal anak-anak mereka dari melihatnya. Begitulah sinisnya sindirannya.
Katanya dia tidak bersalah dan tidak akan memohon maaf. Kerana katanya pembikinan video seksnya
bersifat peribadi dan tidak menyakiti atau mencederakan sesiapapun.
Hari ini terbaca berita tentang permohonan maafnya kepada NUS
mengenai tingkahlakunya. Saya rasa
permohonan maafnya hanya bersikap pura-pura kerana dia takut NUS akan
menarikbalik biasiswanya dan dia terpaksa membayar balik biaya pembelajarannya
disitu. Baca berita : http://mstar.com.my - Blogger Seks Alvin Tan Mohon Maaf Kepada NUS
Saya berpendapat dalam soal ini yang rugi adalah kaum wanita. Saya tidak dapat bayangkan betapa malunya ibu
si Vivian ini. Walau betapa sifat
keterbukaan seseorang, rasanya tidaklah sampai membenarkan anak mereka beraksi
dan merakamkan perlakuan seks mereka.
Perempuan ini memang tidak tahu malu.
Bayangkan kelak apabila si lelaki meninggalkannya. Bayangkan bila dia mempunyai anak kelak. Apakah dia mahu perlakuan seksnya ditontoni
oleh anak-anaknya? Atau bakal suaminya
dapat menerima perlakuan ini.
Inilah generasi yang tidak dapat mengariskan sempadan atas perbuatan
mereka, yang tidak mempedulikan hati ibu bapa, yang melakukan segalanya atas
nama kebebasan.
Soal sebalik kelambu biarlah disebalik kelambu !!! |
No comments:
Post a Comment