Atau Apa saya buat ( Ini cerita saya )
Kata orang, malang tak berbau. Memangpun.
Selepas cuti panjang menyambut Hari Raya Aidil
Fitri, saya kembali bertugas. Timbunan
fail-fail perlu diselesaikan, namun saya pasrah kerana bagi saya tugasan itu merupakan
amanah yang perlu saya jalankan.
12 Ogos 2013, hari pertama selepas kembali bertugas, kira-kira
jam hampir 5 petang, saya dikejutkan dengan kedatangan seorang pemuda Melayu ke
pejabat bertanyakan siapa pemilik kereta yang nombornya disebut
olehnya. Lantas saya pun bangun bergegas
melihat apa yang terjadi.
Terkejut beruk bila saya nampak tempat saya pangkir
kereta, ada sebuah lori cement mixer disitu.
Biar betul, tadi kereta sayakan diletakkan di situ, kata hati kecil
saya.
Bila keluar dari pejabat dan pandang benar-benar di
hadapan pintu masuk, tu dia kereta saya.
Depan telah terlanggar kereta teman sepejabat saya. Ishh apa dah jadi?
Rupa-rupanya kata si pemandu lori, dia meletakkan
lorinya agak jauh seberang sana dan keluar membeli makanan. Bila dia kembali, lorinya sudah berada di
tempat letak kereta saya dan kereta saya sudah terseret ke hadapan. Katanya breknya mungkin putus dan lori bergerak dengan sendirinya ke depan dan melanggar kereta saya.
Punyalah cepat, bebudak tarik kereta datang. Saya pun rapla, kata orang
Penang. Pening.. Tapi hati ini memujuk.. cool down…
Lalu teman sepejabat melihat belakang keretanya dan
mendapati hanya sedikit sahaja yang terkena malahan takda yang kemek.
Kereta saya pula lain cerita. Depan nombor plat pecah, belakang pun pecah
jugak.
Lalu teman saya mengambil segala butir-butir si pemandu
iaitu kad pengenalannya, syarikat majikannya dan nombor telefon bimbitnya. Bebudak tarik kereta sudah sibuk mengelilingi
kami. Saya tidak membenarkan mereka
menarik kereta saya ke workshop mereka kerana setahu saya selepas itu sekiranya
kita ingin menukar workshop lain terpaksa membayar mereka.
Apa lagi saya cepat-cepat menelefon anak lelaki
saya. Sebabnya baru-baru ini, dia juga
terlibat dalam kemalangan kereta. Keretanya
masuk workshop, dahlah lama, hasil kerja memang teruk. Bayangkan baru keluar dari workshop keretanya
berasap. Saya yang mengikutnya dari
belakang cepat-cepat menelefonnya.
Pusing balik ke workshop, rupa-rupanya ada satu fius enjin yang dah
terbakar dan pekerja workshop kononnya tak perasan. Nasib baik anak saya memang pakar dalam hal
kereta, kalaulah saya, alamat dah terbakar.
Minta simpanglah.
Lepas itu bila dia jalan lagi, temperature naik terus. Lantas dia segera pandu kepada workshop lain
yang sering dia hantar dan nasib baik bateri keretanya masih dalam jaminan dan
digantikan dengan yang baru. Seperkara lagi, sewaktu kereta dimasukkan ke
workshop yang tarik kereta semasa kemalangan, seingat anak saya cermin kereta
tidak retak. Namun selepas itu bila dia
pergi jengok di workshop, terdapat keretakan dan kata mereka cermin tidak dapat
diganti kerana insuran tidak melindunginya.
Menyesal hantar ke workshop itu dan buat tuntutan insuran, kalau tau
beginilah hasilnya baik keluar duit sendiri.
Sebabnya, selepas itu anak saya terpaksa menghantar semula keretanya ke workshop
lain yang ada pekerja mahir mengendalikan kereta jenisnya. Dahlah tuntutan yang dibuat ke atas insuran
tinggi, namun hasil yang diperolehi menghampakan. Apalagi NCBnya turut hilang. Hmm.. Inilah realiti.. semua tahu tapi tidak dapat
berbuat apa-apa.
Lantas saya menelefon saudara saya. Dia memberi saya nombor telefon agen workshop
yang dikenalinya. Bila saya telefon, dia
menyuruh saya membuat lapuran polis.
Katanya saya mempunyai 2 pilihan. Pertama, keluar wang sendiri bayar kos
membaiki kereta saya dan kemudiannya menuntut balik wang itu dari pihak
Insuran. Ini adalah kerena kereta yang
melanggar saya adalah kenderaan komersial dan saya perlu menuntut 3rd
party insurannya. Itupun kalau keputusan
polis nanti menunjukkan dia bersalah.
Katanya ada orang yang menuntut wang insuran mereka sehingga 2 tahun
baru dapat semula. Saya tidak pasti
kesahihan kata-katanya.
Kedua, saya menuntut dari insuran saya
sendiri. NCB saya 55% hilang. Saya tidak perlu mengorek keluar duit
sendiri. Namun saya tegas enggan memilih
opsyen ini kerana saya berpendapat bukan salah saya. Saya tidak mahu kehilangan NCB saya.
Nasib baik kereta masih boleh bergerak, lepas kerja
saya bergegas ke balai polis.
( bersambung – Bahagian 2 )
No comments:
Post a Comment