Kejadian tembak pengawai bank Ambank baru-baru ini
oleh pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu membuka mata
orang ramai kepada masalah yang telah lama diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Sejak sebelum pilihanraya yang lepas, sudah terdengar
desas desus yang mengatakan kerajaan sengaja memberi kad pengenalan kepada
warga asing khususnya mereka dari Sabah dan Sarawak agar mereka dapat memenangi
pilihanraya. Ini adalah kerana banyak
kerusi datang dari Sabah dan Sarawak.
Kenyataan orang kuat Jabatan Pendaftaran mengatakan
kad pengenalan Malaysia sukar dipalsukan memandangkan ianya mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang sukar ditembusi. Jadi persoalannya, dimana punca
permasalahannya?
Terdengar ramai warga asing khususnya warga
Indonesia yang senang mendapat kad pengenalan hanya selepas beberapa tahun
bekerja dan bermastautin di sini. Walhal
rakyat Malaysia (warga emas) yang bukan bumiputera yang sekian lama menetap di Malaysia,
sampai mati pun belum memperolehi kad pengenalan. Seolah-olah kerajaan tidak mengiktiraf
kerakyatan mereka, padahal mereka rakyat Malaysia yang bekerja, membayar cukai
dan membangunkan ekonomi Negara. Saya
faham kenapa ketidakpuasan di hati mereka.
Kalau kad pengenalan tidak dapat dipalsukan,
bererti terdapat dalang di dalam agensi berkenaan yang mengeluarkan kad
pengenalan kepada warga asing. Baru-baru
ini ada berita yang mengatakan tertangkapnya orang dalam. Mungkin Cuma ‘ikan bilis’ sahaja. Kononnya warga asing Cuma perlu bayar untuk
mendapatkannya. Nampaknya kerana wang,
manusia boleh buat apa saja !!
Warga asing yang berkad pengenalan palsu ini bukan
sahaja dapat meloloskan diri dan menyamar sebagai orang Malaysia, mereka ini ‘merampas’
pekerjaan, identiti orang Malaysia.
Anak-anak mereka juga akan menggunakan kemudahan yang dikhususkan untuk
kita.
Perkara ini bukan baru tapi ada pihak yang
membutakan mata. Bayangkan bila keadaan
tidak terkawal barulah tindakan hendak diambil.
Sudahlah Negara kita dibanjiri dengan pendatang haram. ‘Pendatang haram’ yang dihalalkan. Salah siapa kalau bukan rakyat Malaysia
sendiri !!! Ada sesuatu yang tak kena
!! Kalau manusia yang
dipertanggungjawabkan tugas mereka mula menyimpang dan mementingkan wang
semata-mata, suatu hari Negara pun boleh tergadai.
Ishh, ishh .. semuanya palsu Sijil Palsu, Surat Beranak Palsu, IC Palsu, semuanya boleh dipalsukan. Cinta pun boleh palsu.. |
No comments:
Post a Comment