Bertungku
Bertungku adalah salah satu bentuk urut tradisional Melayu yang
menggunakan teknik demah.
Bertungku adalah dijalankan dengan menggunakan batu sungai atau
peralatan besi tuangan untuk mendemah.
Bertungku selalunya dilakukan sewaktu rawatan selepas bersalin
namun secara umumnya bertungku boleh dipraktikkan oleh semua orang dari
pelbagai umur dan jantina.
Bertungku boleh dilakukan ke atas seluruh badan, depan dan
belakang khususnya sekitar perut dan peha.
Pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membalut tungku dan
yang selalu digunakan adalah :-
Daun Pandan |
Daun Kunyit |
Daun Mengkudu |
Daun Senduduk |
Daun Halia |
Daun Lengkuas |
Selain terkenal dengan faedah perubatan, daun-daun ini
mengeluarkan aroma harum apabila ianya dibalut dengan batu/besi yang
dipanaskan. Bau-bauannya akan
menghasilkan rawatan aromaterapi untuk pemulihan serta kesegaran tubuh dan
minda.
Faedah Rawatan
Memanaskan badan dan melegakan urat saraf.
Membantu membuang angin dari badan
Memperbaiki peredaran darah
Memecah dan membebaskan darah tersumbat
Mengempiskan perut
Mempertingkatkan pemulihan tubuh
Saya amat gemar
bertungku, apalagi urat saraf badan ini sentiasa terasa tegang. Setiap kali selepas bertungku dan mengurut
seluruh badan, terasa urat-urat tidak begitu tegang. Sakit urat ini dashyat sebab terasa sakitnya dari
dalam.
'Tungku Moden' - Siap Di Rumah |
Saya cuba untuk
berkunjung ke salun setiap minggu untuk mengurut dan diselangseli dengan
bertungku. Di rumah pun saya mempunyai ‘tungku
moden - siap’ iaitu kain yang dibalut dengan daun-daun herba. Jadi setiap kali terasa bisa-bisa badan, saya
cuba 'tungku' ini. Tapi yang pasti, daun-daun ni yang dah kering, kalau lama kesan aromanya sudah berkurangan. Tiada batu cuma daun-daun sahaja. Tapi sekurang-kurangnya bila perut berangin, ada gak penawarnya.
Tungku Yang Terdapat Di Anggerik SPA Batu-batu sungai yang dibalut dengan daun-daun yang segar |
Bagi anda yang mengemari
bertungku, saya syorkan Anggerik-Spa.
Tuanpunya salun menggunakan daun-daun herba segar untuk membalut batu
sungai. Harganya berpatutan. Sentuhan dan urutan dari pekerja mahir
membuat anda seolah-olah lupa segala masalah buat seketika, relaks dan
mengecapi setiap saat di situ.
Tak percaya kata-kata
saya ? Cubalah !!!
No comments:
Post a Comment