Saturday, February 23, 2013

Inspirasi - Kisah Susan Boyle

 
 
 

Inspirasi Dari Kisah Susan Boyle – Britain Got Talent 2009

Saya tertarik dengan kisah Susan Boyle ketika menghadiri pemilihan Britain Got Talent 2009.

Lihatlah reaksi para juri dan penonton sebelum dan selepas persembahannya.

Ketika disoal oleh Simon Cowell mengenai asal usul, usianya dan apakah impiannya.  Ketika itu reaksi dan mimik muka para juri dan penonton seolah-olah meragui bakatnya yang belum ditonjolkan itu.

Jawap Susan Boyle, dia dilatih untuk menjadi penyanyi professional.  Tanya Simon, mengapa impiannya belum tercapai.  Jawap Susan, dia tidak berpeluang sebelum itu dan berharap impiannya akan tercapai selepas itu.

Anda dapat melihat betapa reaksi para juri dan penonton yang memerli dan mentertawakannya.

Sebaik sahaja Susan Boyle membuka mulutnya untuk menyanyi, para juri dan penonton tergamam dan melopong mendengar kemerduan suaranya. 

Semuanya memuji dan mengakui kehebatan suaranya.

Inspirasi dari kisah ini :-

1.     Bakat yang hebat tidak dapat dipertikaikan.

2.    Peluang yang hadir dalam hidup kita, kiranya diambil dapat mengubah kehidupan kita dengan sekelip mata.

3.     Jangan menilai buku dari kulitnya. 

4.     Jangan merendahkan bakat orang lain.  Suatu hari, mereka akan lebih Berjaya dari kita dengan bakatnya.

5.   Tidak berputus asa.  Usia bukan penghalang untuk mencapai impian masing-masing.  Bayangkan kalau Susan Boyle berputus asa dan melupakan cita-citanya, dia tidak akan mencapai impiannya dan menikmati kemewahan dan terkenal sebagai diva hari ini.
 
 6.  Usah membiarkan tanggapan orang lain menengelamlan impian kita.  Yakin kepada bakat yang anda miliki.
 
 
Kadangkala kita tidak berani merebut peluang yang hadir dalam hidup kita, bila ianya berlalu pergi baru kita menyesal.
 
 
 
 

Tuesday, February 19, 2013

Pembantu Rumah – Kisah 2


Selepas tamat kontrak, pembantu rumah pertama saya pulang ke Negara asal.  Kisah pembantu rumah pertama saya telah saya paparkan dahulu Pembantu Rumah - Kisah 1

Lalu saya pun mengambil pembantu baru bagi menggantikannya.  Dia berasal dari Lombok, Indonesia.

Katanya tempat tinggalnya agak terpencil dan di kawasan pendalaman.  Percakapannya sukar difahami namun bagi saya yang berbahasa melayu tidaklah terlalu menjadi masalah.  Bayangkan kalau majikan yang tidak berbahasa melayu/Malaysia tentu sukar sekali.

Kalau masak, semua sayur dipotong kecil-kecil dan dimasukkan sekali sebagai sup.  Aduh masakan begitu kelihatan seperti untuk diberi pada ayam itik.  Geli hati rasanya.

Dia memberitahu saya bahawa daging lembu merupakan masakan mewah yang hanya dapat dimakan waktu hari Raya sahaja.  Maklum sahaja orang susah.

Pernah sekali, sewaktu mula-mula datang, dia menghidangkan susu basi kepada anak perempuan saya untuk dimakan bersama cornflakes untuk sarapan pagi.  Nasib baik saya ada ketika itu.  Rupa-rupanya dia tidak tahu bahawa susu kotak yang telah dibuka hendaklah dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Dia letak susu itu di dalam almari selepas dibuka, tentulah basi.

Dahulu, pembantu rumah akan diperiksa di tempat agen sebelum dihantar ke rumah majikan.  Sebarang alamat atau nombor telefon dari tempat asal akan diambil dan disimpan oleh agen.  Begitu juga sekiranya ada wang. Ataupun pihak agen akan memaklumkan pihak majikan tentang adanya wang tersebut.  Ini adalah untuk mengelakkan salah faham yang mungkin timbul akibat kewujudan wang tersebut. 

Hujung bulan pertama dia bekerja, bil telefon terus naik.  Oleh kerana bil telefon saya memang menyenaraikan butir-butir terperinci panggilan, maka saya dapat mengagak tentunya kerja si pembantu ini.  Bila saya tanya, dia tidak mahu mengaku.  Langsung saya mendial nombor telefon yang tersenarai, dan nun disebelah sana (KL) dijawab oleh lelaki berloghat Indon.  Bila dia tidak dapat berdalih, terus katanya anak perempuan saya yang mendial nombor telefon yang terdapat di dalam buku nota simpanannya.  Tak logik.. BIla saya memarahi anak saya, dia buat selamba sahaja.  Anak perempuan saya yang ketika itu berumur dalam lingkungan 7 tahun kemudiannya menceritakan kepada saya bahawa si pembantu itu mengatakan dia merindui ibunya dan menyuruh anak saya mendialkan nombor itu bagi pihaknya.  Pembohong rupanya..

Sudahlah malas, tidur suka berkembam dan macam-macam kerenahnya yang memeningkan kepala saya.  Sikap keras kepalanya benar-benar menguji kesabaran saya.

Dari pemerhatian, saya dapat mengagak bahawa dia tidak sukakan budak-budak.  Tidak jujur.  Saya mengambil keputusan untuk memulangkannya kepada agen sebelum tamat tempoh 3 bulan.  Saya terpaksa membayar untuk penggantinya walaupun bukan jumlah sepenuhnya.  Yang untung, agensi juga, Saya kerugian namun saya berpendapat saya menggaji pembantu untuk membantu saya bukannya membebankan saya !!

 

Saya berpendapat pembantu rumah yang hendak digaji untuk menjaga anak-anak kecil perlulah mempunyai sifat keibuan,  mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap kanak-kanak.

Kebanyakan pembantu rumah yang dihantar ke sini tidak bersedia dan mempunyai mental yang kuat.

Pembantu rumah sebegini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada bakal majikannya kelak.

Tekanan emosi yang dihadapi di tempat baru memburukkan keadaan.

Maklum sahaja ada yang suka mengemas tapi tak suka menjaga bayi atau budak-budak ataupun orang tua uzur.  Ada pula sebaliknya.

Untuk mereka yang mendapat kerja mengikut kesukaan mereka tentunya tidak menjadi masalah.

Terbaca berita mengenai pembantu yang didakwa dan dijatuhkan hukuman kerana melambung anak majikannya yang berusia 4 bulan.  Kalau anda menatap wajahnya di akhbar, tiada emosi atau kekesalan yang ditunjukkan. 
Petikan dari Mstar Online : Amah Indonesia Lambung Bayi Dipenjara 20 Tahun http://mstar.com.my

Bekerja tidak sampai seharipun. Dah melakukan perbuatan terkutuk ini.  Bayi tidak berdosa dijadikan tempat melepaskan geram.  Agaknya dah sewel pembantu rumah ini.

Kerana orang-orang sepertinya, majikan menjadi takut untuk menggaji apatah meninggalkan bayi kecil di bawah jagaan pembantu rumah.  Tanpa pengawasan, macam-macam boleh berlaku.
 
 
 

Wednesday, January 30, 2013

One Billion Rising - WCC


Selalu kita baca, dengar tentang penganiayaan terhadap wanita.  Bagaimana wanita dilayan bagai binatang, dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki-lelaki durjana.  Yang terbaru, wanita India yang dirogol oleh sekumpulan lelaki tidak berhati perut.  Sudahlah dirogol, mereka memuaskan hati dengan menyiksa wanita tersebut.  Nyawa berharga wanita yang tidak berdosa ini melayang dek perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. 

Yang nyata wanita dipersalahkan seolah-olah mereka yang mengundang agar dirogol.  Walhal bukti-bukti begitu jelas namun akhirnya perogol terlepas dari hukuman.  Wanita yang melalui pengalaman ini terpaksa menghadapi trauma sepanjang hidup mereka.  Kalau berita tersebar, bukan sahaja wanita tersebut menanggung malu malahan keluarga juga.  Lantaran itu, banyak kes yang berlaku tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa.  Kalau ada pun, pihak yang menerima lapuran itu memandangnya seolah-olah perkara remeh temeh sahaja.

Wanita dipaksa untuk menjual diri, diperdagangkan dan dipukul.  Mereka ini seolah-oleh terperangkap dan tiada jalan keluar.  Tiada keberanian untuk berbuat demikian walaupun mungkin ada peluang. Bagaimana mereka diketepikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, mengundi dan kehormatan diri.  Bagaimana wanita ditindas, maruah mereka dipijak-pijak.

Kita membaca setiap hari, kita mengeluh..  apa boleh buat??

Ini masanya kita wanita global era ini.  Bangkit bersama tanpa mengira kaum dan Negara, bersatupadu menyuarakan hak dan menuntut keadilan.  Tunjukkan pada dunia kuasa kita. Berjuanglah demi untuk anak-anak perempuan dan keturunan kita. 

 

Sertailah :-

WCC menyertai Onebillionrising (Mulakan Rising)

Kami akan melakukan tarian 'Break the Chain' di tempat letak kereta yang mengadap jalan utama, menjemput media dan membuat satu kenyataan untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.


Masa:

Thursday, February 14, 2013 1:00 AM - 2:00 AM GMT +08:00

Host:

Lerks Poh

Lokasi:

WCC - Pusat Wanita untuk Perubahan (George Town, Pulau Pinang)

241 Jalan Burma
George Town , Pulau Pinang 10350

 

Ayuh daftarkan kehadiran anda sekarang juga ! 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai ‘One Billion Rising’


Satu dari 3 wanita di planet ini akan diperkosa atau dipukul di dalam jangkahidupnya.

Satu billion wanita dicabuli adalah kekejaman

Satu billion wanita menari adalah revolusi.

Pada Hari Valentine Ulangtahun ke 15, 15 Februari 2013, kami menjemput SATU BILION wanita dan mereka yang mencintai wanita untuk JALAN KELUAR, MENARI, BANGKIT dan MENUNTUT kekejaman ini ditamatkan.  SATU BILION BANGKIT akan mengegarkan bumi, mengaktifkan wanita dan lelaki di setiap Negara. V-Day ingin dunia melihat kekuatan bersama, bilangan kita, perpaduan melintasi sempadan.

Apa yang SATU BILION tampak? Pada 14 Februari 2013,  ia akan kelihatan seperti satu revolusi.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‘Tangan yang menghayun buaian itu yang akan menggoncangkan dunia’. Ayuh tunggu apa lagi?


Bagi anda yang berada di Pulau Pinang, latihan untuk tarian 'break the chain' akan diadakan pada 07.02.2012, 08.02.2012 & 13.02.2013.  Layari facebook WCC untuk mendapatkan maklumat terkini.
http://www.facebook.com/#!/wccpenang




 

Saturday, January 26, 2013

2012 Dalam Kenangan


Tirai 2012 berlabuh, Munculnya Sinar 2013
 

Wow Sudah lebih sebulan tak menulis di blog ini.
 
Semalam menulis post pertama selepas lebih sebulan tidak update blog.  Banyak perkara yang bermain di minda, namun jari jemari ini terasa malas sungguh nak menaip..
Sesungguhnya bagi diri ini, sekiranya saya nak menulis biarlah penulisan saya memberi faedah kepada pembaca yang membaca blog saya.  Bukannya perkara remeh temeh.  Sesuatu info yang dapat dikongsi bersama.

Begitulah pantasnya masa meninggalkan kita.  Tanpa disedari sudah melangkah ke tahun 2013.

Peristiwa suka duka – sebahagian dari detik kehidupan ini.

Bulan Disember, anak gadis pulang bercuti dari Kuala Lumpur.  Jadi kebanyakan masa terluang, kami habiskan bersama.  Memang seronok sekali.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Pengantin Baru
Semoga Berkekalan Ke Akhir Hayat !

Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kehidupan pasangan ini !

Sibuk pula dengan perkahwinan anak saudara tersayang- Zyaid Iskandar dengan pasangannya Farah. Dari majlis pernikahan, majlis persandingan di sebelah perempuan  dan majlis persandingan pihak lelaki pada 22.12.2012. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sekali.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

28.12.2012 – Pulangnya kakak ipar ke Rahmahtullah.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.  Khabarnya menderita agak lama dek sakit barah payu dara yang kemudiannya merebak ke seluruh badan.

Innalillahiwainnailaihirojiun, ertinya bahwa "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya".
Al Fatihah ..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 

Friday, January 25, 2013

Baucar Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma - Perkeso


Socso/Perkeso menghantar baucar pemeriksaan kesihatan percuma kepada ahli-ahlinya.

KUALA LUMPUR :  Proses penghantaran baucar pemeriksaan saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta ahli yang layak telah selesai, kata  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Operasi ) )Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sesiapa yang masih belum menerima baucar tersebut bolehlah menghubungi talian hotline 03-4252 1258/03-4252 4475/76 dan 03-4252 5089, atau pejabat Perkeso terdekat.

Perkeso juga telah selesai memberi taklimat kepada semua pengamal perubatan yang mengambil bahagian dalam program ini.

Pemeriksaan saringan kesihatan percuma untuk pekerja sektor swasta melebihi umur 40 tahun telah diumumkan di bawah Belanjawan 2013.

Perkeso telah memperuntukkan RM200 juta untuk skim ini yang baru bermula, dan akan beroperasi sepenuhnya pada Februari 1.

Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan penyakit jantung.

Ianya termasuk pemeriksaan fizikal, profil darah sepenuhnya dan ujian air kencing.

Bagi kaum wanita, terdapat tambahan ujian pap smear dan mammogram.

Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memberitahu bahawa bahawa pemeriksaan ini adalah berterusan kerana mereka yang mencapai umur 40 akan layak menerima baucar tersebut.

MTUC telah mengucapkan tahniah kepada Perkeso ke atas kejayaan perlaksanaan program ini dalam jangkamasa 4 bulan dari pengumumannya - Bernama.
Baca selanjutnya :  http://thestar.com.my
==========================================================================
 
 
Perkeso iaitu singkatan bagi Pertubuhan Keselamatan Sosial atau bahasa Inggerisnya Socso iaitu singkatan bagi Social Security Organization. http://www.perkeso.gov.my
·         Umur Layak (40 tahun ke atas)
Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso





Khusus Untuk Wanita - Mamogram Contoh Baucar Program Saringan Kesihatan Perkeso
 
 

 
Ayuh Pekerja Semua, Jangan Abaikan Kesihatan Anda !
Ambil Peluang ini dan Jalani Pemeriksaan Kesihatan Anda !

 
Untuk menyemak senarai klinik-klinik berdaftar dalam program ini,
Layari laman http://sehat.perkeso.gov.my/panelclinic

Berita mengenai Program ini :  Mstar.com.my 18.02.13 Pemeriksaan Kesihatan Wajar Diberi Perhatian Oleh Majikan, Pekerja.


Berita mengenai Program ini : The Star Online 18.03.13 thestar.com.my

The deadline to redeem the vouchers is Dec 31. Clinics interested to register with Socso to conduct the screenings can do so by logging on to sehat.perkeso.gov.my.
The list of clinics registered with Socso can be found at sehat.perkeso.gov.my/14-articles/78-about-hsp.


Yang Terkini :- Pengalaman Saya

Setelah menyemak senarai klinik panel, saya memilih klinik yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Saya membuat temujanji pada jumaat lalu 10.09.2013 jam 8 pagi.

Tiba di sana ( BP Diagnostic Centre Sdn Bhd - Cawangan I Avenue ) saya diterangkan jenis ujian yang akan dijalankan.  Kata pekerja di situ, pakej yang Perkeso beri ini adalah pakej ujian yang amat ringkas dan bernilai lebih kurang RM80.  Lalu ditunjukkan saya pakej yang lebih menyeluruh dan saya dikehendaki membayar RM135 untuk ujian-ujian tambahan yang akan di jalankan.  Oleh kerana saya sudah lama tidak menjalani ujian seperti itu maka saya pun bersetuju.  Keputusan akan diketahui dalam masa seminggu.  Oleh kerana saya inginkan penerangan yang lebih terperinci mengenai keputusan ujian itu kelak, maka saya menetapkan Isnin hadapan untuk berjumpa doctor mereka.

Bagi anda yang ingin menjalankan ujian mammogram, saya dimaklumkan klinik tersebut belum ketahui hospital mana yang akan disenaraikan.  Oleh kerana saya telah menjalani mammogram pada Oct tahun lepas, maka saya pun menyuruh pekerja di situ menelefon saya apabila senarai hospital sudah mereka perolehi.  Patutpun puas mencari nama klinik dalam senarai klinik panel tiada pun. 






 

Saturday, December 1, 2012

Keganasan Terhadap Wanita


Dua Wanita Lapur Keganasan Rumahtangga Selepas Diserang

Seorang wanita yang dipukul oleh suaminya hampir setiap hari selama 17 tahun, akhirnya meninggalkannya setelah serangan terbarunya menyebabkan wanita itu terlantar di hospital selama 2 hari.

Harian Metro semalam melapurkan bahawa wanita itu, dikenali hanya sebagai Wati, 42 merancang untuk meninggalkan rumahnya di Kajang disebabkan suaminya akan memukulnya hanya disebabkan sedikit provokasi.

Dalam kejadian terbaru, pada pukul 4 pagi Isnin, Wati cuba menghentikan suaminya yang ketika itu memukul anak lelaki mereka yang berusia 14 tahun kerana lupa menutup suis televisyen di ruang tamu.

Suaminya kemudian mengalih kepadanya, lalu menumbuk dan menendangnya.

‘Dia hanya berhenti menyerang saya setelah melihat saya tidak berdaya untuk berlawan balik,” ujar Wati, menambah bahawa dia mengalami kecederaan pada kaki serta tubuhnya, dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Walaupun dia sudah banyak kali memukul saya, yang terbaru ini adalah paling teruk”.

“Sebaik sahaja saya pulih, saya akan melarikan diri,” katanya

Polis berkata penyiasatan sedang dijalankan.
 







Dalam kes keganasan rumahtangga yang lain, seorang lelaki menendang isterinya dan mengugut untuk membaling bayi mereka ke lantai bila dia naik marah apabila bayi mereka berusia setahun itu jatuh ke atasnya.

Harian Metro melapurkan bahawa isterinya sedang mengejutkannya dari tidur pada 7.30 pagi Rabu apabila bayi perempuan mereka jatuh ke atasnya.

Menurut sumber polis, lelaki itu menjadi jengkel apabila dikejutkan dari tidur dan mula menendang isterinya yang cuba mengangkat bayi perempuan mereka.

 “Dia kemudian mula menolak bayi mereka dari katil dan isterinya sempat mencapainya.

“Kemudian lelaki itu menampar bayi itu,” kata sumber.

Wanita itu membuat lapuran polis.

Petikan dari : http://thestar.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah kerana syurga itu di bawah tapak suami, maka kita wanita disepak terajang ??
Apakah atas nama cinta, wanita harus dikasari??




Dua kejadian terjadi kepada 2 wanita, isu pokoknya adalah sama iaitu keganasan rumahtangga.
 
Kebanyakan kejadian tidak dilapurkan, kalau ada pun selalunya ianya dipandang remeh, maklum sahaja masalah rumahtangga, masalah peribadi. Bila melapurkannya seolah-olah membuka pekung di dada. Walaupun terdapat akta yang melindungi wanita dari dikasari, namun berapa gelintir sangat yang memandang serius kepadanya.
 
Dalam kes-kes ini bukan sahaja si isteri menjadi mangsa malahan anak-anak juga turut terseksa.
 
Saban hari kita membaca berita sebegini di akhbar, kita mengeleng kepala.  Kemudian kita lupa.
 
Ianya mungkin terjadi kepada saudara perempuan, anak perempuan kita atau sesiapa sahaja.
 
Keganasan terhadap wanita harus diberhentikan, hari ini sekarang juga !!!

 
 
 
AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
(Akta 521)

Thursday, November 22, 2012

'Cruise 4 Charity to Phuket and Krabi' on SuperStar Libra

Makan Angin Sambil Beramal

'Cruise 4 Charity to Phuket and Krabi' on SuperStar Libra
Date: 4 Nov 2012 - 7 Nov 2012
Pelayaran 4 hari 3 malam di Kapal SuperStar Libra

Saya telah dimaklumkan oleh saudara saya seorang pekerja di Hospital Adventist, Pulau Pinang bahawa pihak Hospital dengan kerjasama SuperStar Libra akan mengadakan percutian selama 4 hari 3 malam dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand.  Yuran kabin akan didermakan kepada Dana Kanser, Hospital Adventist.

 

Memikirkan saya dapat bercuti sambil beramal, saya mengambil keputusan untuk menyertai kruise pada saat-saat sebelum tarikh tutup pendaftarannya.  Lagipun, oleh kerana bayaran yuran kabin merupakan derma maka ianya dikecualikan dari cukai pendapatan ( derma yang diiktirafkan ).  Untuk kabin twin sharing ( berkongsi ) cuma RM 1,900 bermakna seorang hanya RM 950.00. Jumlah ini termasuk makan sarapan pagi, tengahari dan malam.

Jumlah ini tidak termasuk tax pelabuhan laut sebanyak RM 196.00
Pemandangan Pelabuhan dari Kapal Superstar Libra

Saya tiba di Swettenham Pier Cruise Terminal jam 2.00 petang.  Sebaik sahaja menunjukkan surat pengesahan penempahan dan passport di kaunter, saya diberi kad acess.  Selepas melalui imigresen, passport diserahkan kepada kru kapal yang berada diluar sebelum masuk ke kapal.  Kad access ini adalah penting kerana ianya merupakan kad untuk anda menaiki kapal, kunci memasuki kabin dan kad caj.  Semua perbelanjaan akan dimasukkan ke dalam kad access.  Segala jumlah yang terkumpul hendaklah dijelaskan malam sebelum atau pagi hari terakhir di dalam kruise.  Selepas pembayaran barulah anda dapat mengambil balik passport anda.
Kad Access


Tiba sahaja di dalam kapal, kami menuju ke restaurant Ocean Palace untuk makan petang. 

Selepas itu, penumpang-penumpang adalah dikehendaki untuk mendengar taklimat mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.


Penumpang berkumpul secara berkumpulan berasingan untuk mendengar taklimat keselamatan
 
 

Lepas itu, kami pun menyimpan beg di dalam kabin.  Bilik kabin adalah agak luas untuk 2 orang dan ada juga kabin untuk 3 orang.

Semua kelengkapan seperti tuala mandi, gel mandi, syampu, ubat dan berus gigi disediakan. Terdapat tv juga.  Jadi anda akan berasa selesa seperti berada di hotel.

Sarapan pagi, tengahari dan malam adalah disediakan di beberapa restauran seperti Four Seasons Restaurant, Ocean Palace & Mariners Buffet. (Bayaran adalah merangkuminya)

Sebaik sahaja anda tiba di dalam kapal, anda boleh mengambil jadual aktiviti dan merancang aktiviti mengikut kesukaan anda.  Bagi anda yang mempunyai anak kecil, ada tempat permainan khusus untuk mereka.
Suasana di lobby

Makan sarapan pagi, tengahari dan malam adalah disediakan di beberapa restauran seperti Four Seasons Restaurant, Ocean Palace & Mariners Buffet.

Anda boleh berenang di kolam mandi sambil berjemur.  Kanak-kanak juga dapat berseronok di kolam mandi yang terletak di tingkat atas.  Anda dapat menikmati makanan sambil bersantai di situ.


 

Bagi anda yang suka berkaraoke atau melihat pertunjukkan, anda boleh memilih untuk berbuat demikian.  Ada yang percuma dan ada yang perlu dibayar.  Bagi anda yang suka berjudi, terdapat kasino juga.

Pada malam terakhir, diadakan makan malam bersama kapten kapal dan kru-kru mereka.  Anda boleh memilih sesi pukul 7.00 atau 9.00 malam.  Anda dinasihatkan menempah pada hari pertama supaya anda mendapat slot makan malam yang anda sukai.  Anda boleh memilih makan malam makanan cina (tidak halal) ataupun barat.  Makanan adalah sedap dan menyelerakan.

 
A holiday on-board a luxury ship opens up new experiences: decks of fun, first class dining and impressive entertainments.
SuperStar Libra is designed to meet the changing needs of today's passengers, challenging the conventional model of cruising by providing a more relaxed, resort-style cruise, complete with flexibility and non-intrusive services of the highest standard. Escape the stress of everyday life, as SuperStar Libra brings you to a world-class exclusive floating resort on the high seas offering you an impressive array of facilities, entertainment, recreational activities and services coupled with warm Asian hospitality, which have become the hallmarks of Star Cruises.
Tantalize your taste buds with an array of exotic cuisine expertly prepared by the professional chefs onboard. Indulge in gastronomic delights with an exciting choice of dining options:
• Blue Lagoon
• Coconut Willy’s
• Four Seasons Restaurant
• Lickety Splits
• Mariners Buffet
• Ocean Palace
• Pool Bar
• Taipan
Great entertainment awaits you at the world class lounges. Be enthralled by the international novelty acts and dazzling shows. Dance or sing the night away at the discotheque and karaoke lounge.

• Skyline KTV (Open-style karaoke lounge)
• Boomer’s (Discotheque)
• Stardust Lounge (Show Lounge)
Sports and fitness buffs will be able to flex their muscles and continue their daily exercises even though they are on a holiday away from home. There’s a whole range of sports and fitness facilities that will keep you in good health and shape.

• Fitness Centre (Gymnasium, sauna and massage)
• Golf Driving Range (Outdoor golf driving range)
• Swimming Pool (Outdoor swimming pool)
• Twin Hot Tubs (Jacuzzi)
• Sports Deck (Basketball court, jogging track and shuffleboard)
Your cruise holiday will not be complete without some photographs and cruise souvenirs. So, go ahead and shop onboard for yourself and your loved ones. Pamper yourself with an array of hair and beauty treatment available or surf the net while your children have fun at the children’s playroom.


• Ports O’Call (Onboard shopping)
• Photo Gallery (Photo printing services and souvenirs)
• Internet CafĂ© (Internet surfing)
• Beauty Salon (Hairdressing and beauty salon)
• Porthole (Children's playroom)
• Activity Centre (Games loan centre)
 
Untuk mengetahui kemudahan yang terdapat di dalam kapal, sila layari laman : http://www.starcruises.com



Bagi aktiviti luar kapal ketika di Phuket dan Krabi, anda boleh dapatkan senarainya dari front desk.  Setelah anda memilih destinasi dan aktiviti kesukaan anda, caj ke dalam kad access anda.
Pemandangan Di Pantai Patong, Phuket.  Nun Jauh kelihatan Kapal Superstar Libra

Phuket
 
Krabi