Tuesday, June 7, 2011

Kad kredit - keburukannya


Ah,, dah sebut kebaikan, tentunya ada keburukan. Namun hakikatnya keburukan itu datangnya dari sikap seseorang itu sendiri yang tidak dapat menahan nafsu berbelanja dan kegagalan mengurus kewangan sendiri.

Apalagi dorongan dari pihak bank yang sering menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman, pindahan kredit, pendahuluan tunai ( ada yang siap hantar cek dengan nama kita ). Sebaik sahaja anda tunaikan cek itu, interest yang tinggi pun bermula.. tik.. tik..tik. Kalau yang tengah pokai tentunya terdorong dengan tawaran sebegini. Bank umpama 'ah long' berlesen.

Ada seorang saudara yang mengambil 'cash advance' untuk bermain saham. Bayangkan pada masa itu, dia mempunyai banyak kad kredit. Bila harga saham menjunam turun, dia terpaksa membayar agent. Lantas kad kredit menjadi 'penyelamat'. Bertahun-tahun dia terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang kad. Baru-baru ni, dengar cerita dia dah dideclare bangkrap kerana tidak mampu membayar hutang kad yang keliling pinggang.

Iktibar dari cerita ini adalah kita harus bijak menguruskan wang dan jangan terdorong untuk berbelanja diluar kemampuan kita.


2 comments:

shindosai said...

kad kredit
hurm..
xkeje lagi..
xmampu pon..haha

NurzJ said...

shindosai,

peringatan bila dah mampu untuk miliki kad..

Kad kredit pertama memang excited giler.. terutamanya bagi anak2 muda.

Bila nak bayar baru berpeluh-peluh.. hihihi