Baru-baru ini, terbaca suratkhabar tentang seorang pelakun/dj yang berkahwin empat, terbaru dengan gadis 25 tahun.
Alahai, nampaknya anak2 gadis terpelajar sekarang dah jadi begitu terdesak, lelaki tua mengambil kesempatan keadaan begini. Kononnya mengikut sunnah nabi.
Kalau mengahwini mak janda,andartu kita fahamlah. Nak bantu golongan ini. Tapi ini dengan anak gadis yang seusia dengan anaknya. Dah lah tu, dah punya isteri 3 ni tak termasuk bekas isteri. Anak-anak pulak dah lebih 10 orang. Ntah camaner si lelaki ni punya masa untuk pikat lagi satu. Kalau dihitung masa dia peruntukkan untuk isteri-isteri dan anak2 tentu dah takbanyak masa untuk mencari cinta baru. Bertuah sungguh jadi lelaki.
Gadis universiti, wajah cantik takkan takde calon yang lebih padan. Lainlah kalau tak terpelajar. Tak faham sungguh apa indahnya mengahwini lelaki yang boleh dipanggil ayah. Mungkin lelaki matang lebih pandai mengambil hati dan memikat pasal dah punya pengalaman. Mungkin juga lelaki tua banyak wangnya.
Apa-apapun kepada para gadis-gadis, fikir dulu sebelum memulakan apa-apa hubungan. Kerana waktu bercinta, semuanya indah belaka. Cinta boleh berubah sekelip mata. Realiti hidup berbeda dengan impian hidup. Jangan hanyut dengan pujuk rayu dan janji manis.
No comments:
Post a Comment