Bila terbaca suratkhabar hari ini mengenai kerenah seseorang yang
menganggu kehidupan masyarakat penduduk perumahannya ‘Neighbour
from hell’ against whole neighbourhood' http://thestar.com.my
Bayangkan kalau terjadi pada anda, apa yang anda akan buat ???
Teringat saya kepada jiran keluarga saya. Kami telah lama menduduki rumah kami dahulu,
kemudian dia membeli rumah bersebelahan dari pembeli asalnya. Ibunya amat mesra begitu juga adik-adiknya. Namun lama kelamaan, wanita itu ( umur dalam
lingkungan 30an waktu itu ) mungkin atas rasa iri hati atau sememangnya jiwanya
yang sewel, sedikit sahaja teguran dia akan membuat bising. Waktu itu ibunya segan dengan kami , jadi kerenahnya masih terkawal.
Keluarganya suka membela kucing. Kucing-kucing peliharaannya diberi
makan ikan mentah, jadi bayangkan betapa busuk najisnya apabila kucing-kucing
itu dibiar berkeliaran dan berak di perkarangan atau taman rumah kami! Bila kami mengadu, dia marah-marah.
Bila saya sudah berkahwin dan berpindah, ibu saya masih tinggal di
situ. Oleh kerana dendamnya, macam-macam
yang dibuatnya. Rumah teres di situ, ada
ruang di bahagian dapur yang tidak bertutup sehingga siling. Bila ibunya meninggal
dan adik-adiknya sudah berkeluarga dan masing-masing berpindah, tinggallah dia
seorang diri. Apalagi tingkah lakunya
makin teruk, adakala dia membaling pasir di ruang bahagian dapur dari rumahnya
ke dapur rumah kami. Namun wanita ini
pandai berpura-pura, berbaik dengan jiran-jiran lain. Mulut manis kata
orang. Ibu saya tidak dapat tahan kerenahnya lalu
berpindah.
Kini selepas lebih 20 lebih tahun, khabarnya jiran sebelah lagi wanita itu yang berbaik
dengannya pula menjadi mangsa. Dia
berdengki kerana kehidupan wanita sebelahnya adalah lebih baik dan ingin
mengubah suai rumahnya. Dan dia mencari
pasal dengan wanita itu. Anak wanita itu
geram lantas mengubah suai rumahnya dengan membina dinding penghalang antara
rumahnya dengan wanita sewel itu. Bila
dia mula tidak menyukai seseorang dalam perumahan itu, dia mula membuang air
kencing dan najis di hadapan atau
belakang rumah orang itu. Kerenahnya
membuat penduduk di situ mulai menjauhkan diri darinya.
Bayangkan, wanita itu meletak kayu buruk yang tinggi untuk menjadi
pagar antara rumah kami dengannya.
Pokok-pokok diletakkan di tepi luar rumahnya agar orang lain tidak dapat
meletakkan kereta disitu. Pokok-pokok
yang tidak terjaga seperti hutan, menjadi pemandangan rumah kami yang bersebelah menjadi buruk sekali.
Bila ibu saya menyewa rumah, sekiranya penyewa itu garang, wanita
itu akan cuba berbaik dengannya. Namun
jika penyewa terlalu baik, wanita itu akan membulinya.
3 bulan yang lepas, ada seorang wanita bujang menyewa di rumah
kami. Suatu hari, bila dia membersihkan
laman, ada pokok dan ranting yang buruk melepasi pagar pemisah itu. Lalu penyewa itu memotong ranting tersebut. Apalagi naik tocanglah wanita sewel itu. Marah-marah dan menyumpah. Katanya dia akan
membuat hidup penyewa itu terseksa.
Penyewa itu mempunyai beberapa ekor anjing kesayangan. Tak lama selepas peristiwa itu, 2 ekor
anjingnya mati dipercayai diracuni.
Apalagi inilah angkara si wanita sewel itu. Wanita itu mengugut penyewa itu dengan
macam-macam ugutan. Bila penyewa
menelefon polis dan polis datang, dia tidak berani keluar. Akhirnya penyewa tidak tahan dan menyatakan
hasrat untuk keluar dari rumah itu. Oleh
kerana kesian melihatnya, ibu saya memulangkan deposit walaupun pada hakikatnya
deposit rumah sewa tidak perlu dipulangkan jika tarikh perjanjian sewa tidak
dipenuhi. Mungkin wanita sewel itu
gembira kerana rumah itu dibiarkan kosong sehingga sekarang. Nak jual pun jadi susah kerana bersebelahan
rumah kita terlalu buruk dan menjejaskan keindahan rumah kita.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
** Takmahulah tinggal berjiran dengan orang sewel , nanti saya pun
jadi sewel juga!!
1 comment:
Ada jugak org yg macm tu kan... Kalo bace kisah ni, memang sah orang tu ada masalah otak.
Alhamdulillah kejiranan Ina tiada orang yg mcm ni, wlaupun ada yg bela kucing banyak dan kucing2nya beranak atas siling, terjun atas siling sampai siling pecah, tapi takler marahkan tuan rumah tu..dah namanya binatang...
Rumah tu kena wat pagar tembok batu yg tinggi kot, baru jiran tu takbley kacau..
Post a Comment