Membaca berita mengenai sebuah syarikat berurus niaga emas yang diserbu pihak Berkuasa, membuat saya terpanggil untuk menulis mengenainya.
Saban waktu, pastinya terdapat aduan tentang pelabur kehilangan wang pelaburan mereka.
Meskipun seringkali terpampang dimuka akhbar, namun ramai yang masih tertipu. Bukan saja dari golongan biasa malahan golongan interlek juga turut menjadi mangsa.
Saban waktu, pastinya terdapat aduan tentang pelabur kehilangan wang pelaburan mereka.
Meskipun seringkali terpampang dimuka akhbar, namun ramai yang masih tertipu. Bukan saja dari golongan biasa malahan golongan interlek juga turut menjadi mangsa.
Ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim cepat kaya seperti
berikut:
> Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon,
internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang
daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau
perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan; > Skim yang menjanjikan
kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang
ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
> Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik
minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan
sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
> Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan
pulangan yang tinggi.
> Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang
yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau
membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
> Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan
deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang
sama atau yang lebih tinggi.
> Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan
pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.
> Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal
apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan.
Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan
kehilangan wang pelaburan mereka.
Sila baca :- http://mstar.com.my
Namun apa yang menghairankan saya adalah sebelum diserbu pihak
Berkuasa, biasanya syarikat-syarikat pelaburan ‘haram’ seperti ini beroperasi dengan lancar, membayar
tepat seperti dijanjikan malahan begitu popular. Yang lebih menjadi tandatanya adalah mengapa
serbuan selalu dibuat apabila pelabur sudah begitu ramai dan syarikat –syarikat
berkenaan sudah beroperasi lama.
Bukankah menjadi kewajipan pihak Berkuasa untuk masuk campur pada
awal-awal lagi? Takkanlah pihak Berkuasa
tidak tahu wujudnya syarikat-syarikat seperti ini. Bukan sahaja tersebar melalui mulut, ada yang
siap mengiklankannya. Ada yang
menganjurkan seminar untuk memberi keterangan kepada bakal pelabur. Bila kepopularan tersebar, semakin ramai yang
berminat untuk melabur. Apalagi orang
yang mengenalkan mereka kepada sekim-sekim ini bukannya calang-calang
orang.
Kalau anda melihat atau mengimbas
kembali syarikat-syarikat sekim cepat kaya, anda akan dapat mengenalpasti corak dan persamaannya. Saya berpendapat pembabitan pihak Berkuasa menyerbu premis,
memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk tidak membayar faedah seperti yang
dijanjikan. Maklum sahaja alasan
syarikat telah diserbu dan segala kegiatan pelaburan telah dibekukan. Bukankah ini memberi laluan mudah kepada
syarikat-syarikat terbabit untuk terus tidak membayar pelabur-pelabur? Apakah
ianya dirancang?? Yang pasti, akhirnya
pelabur-pelabur akan menanggung kerugian.
Dan mereka yang menjadi dalang cuma mendapat
hukuman ringan sahaja. Kalau setakat saman
berpuluh ribu, rasanya direktor-direktor syarikat-syarikat berkenaan tiada
masalah, hukuman penjara pun bukannya setimpal.
Bayangkan kalau
seorang miskin mencuri susu untuk anak yang
kelaparan dipasaraya, juga dihukum penjara kerana tidak mampu membayar wang
deposit. Jadi lebih baik mengambil
risiko dalam sekim cepat kaya. Masuk
penjarapun, keluarga tetap kaya.
Pengalaman lalu memberi pengajaran
kepada saya. Kalau ianya terlalu baik
untuk dipercayai, jangan percaya. Tiada
wang yang datang sebegitu cepat.
Seorang saudara pernah mengajak saya
menghadiri seminar produk yang berupa sekim cepat kaya. Lalu saya katakan padanya, saya akan pergi
untuk dengar. Seminar ini asyik
menunjukkan kejayaan seseorang, bagaimana mereka mendapat cek beribu-ribu
sebulan, mampu memiliki kereta mewah namun penjelasan produk sambil lewa je. Memang
kalau anda yang paling awal melabur, membawa bakal pelabur masuk di bawah anda,
modal anda sudah dapat balik. Tapi
bagaimana dengan wang teman-teman anda di bawah anda yang modalnya belum sempat
dapat pulangan, syarikat gulung tikar? Adakan anda dapat tidur lena dan rasa
tidak bersalah?? Lepas itu, dah tidak
mendengar saudara saya bercerita tentang syarikat itu lagi..
‘Orang Tamak Selalu Rugi’ |
No comments:
Post a Comment