Teringat ketika anak-anak masih kecil, sibuk
membeli belah pakaian raya untuk anak-anak.
Sibuk menyiapkan rumah untuk menyambut Hari Raya. Jarang memasak untuk raya kerana selalunya
pulang ke rumah kakak ipar untuk sama-sama menyambut hari raya. Selalunya saya sibuk menghias rumah, mengecat
dan memasang langsir baru.
Ketika itu, dunia saya penuh dengan
kebahagiaan. Walaupun hidup serba
kekurangan namun hati ini sentiasa gembira.
Kesusahan dan kepayahan saya hadapi jua, tiada kekesalan terdetik
sedikit pun di hati. Kerana bagi saya
kekayaan di dalam hati itulah yang paling utama. Biarlah bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian hari, itulah moto hidup saya.
Mendirikan rumahtangga pada usia awal, menjadi ibu
banyak mengajar saya tentang hidup ini.
Kebanyakan tanggungjawab adalah dipikul oleh saya. Masih ingat lagi, kerja-kerja ofis di bawa
balik untuk disiapkan di rumah. Ketika
itu, saya menwarnakan pelan ( puluhan set ) sementara setia menunggu suami
pulang. Menyambut kepulangan suami,
dengan penuh kegembiraan.
Anak-anak membesar depan mata saya. Terasa begitu cepat masa berlalu. Lagi-lagi anak gadis bongsu saya,
segala-galanya dia belajar dengan cepat.
Jadi serasa dia begitu cepat dewasa.
Rasa tak puas dengannya walaupun banyak masa diluang bersamanya. Syukur sekarang dia mengejar impiannya. Harap-harap impiannya akan tercapai.
Saya tidak tahu mengapa terlalu emosi bila
mendengar lagu Raya berkumandang.
Lagu-lagu evergreen raya yang tidak bosan didengar.
Apalagi dipagi raya, sewaktu berkunjung sanak
saudara. Benar-benar hati ini terguris
melihat keluarga saudara mara yang beraya.
Pasangan seusia kami yang masih berbahagia. Mengapa tidak saya?
Dalam hidup saya, keutamaan saya adalah suami dan
anak-anak. Hati saya tercalar bila suami
tidak setia, melepaskan tanggungjawab dan memusnahkan impian hidup saya.
Yang membuat saya berdiri teguh adalah anak-anak
saya. Setiap kali rebah, saya bangun
semula kerana mereka. Kekosongan hati
ini, mungkinkah terisi??
Luka itu Masih Berdarah ! |
No comments:
Post a Comment