Bulan
Ramadan merupakan peluang terbaik untuk wanita khususnya yang beragama Islam
untuk menurunkan berat badan. Selain
dari segi kewajipan agama untuk berbuat demikian, kebaikan berpuasa ini juga
telah terbukti. Bila berbuka, makan
seperti biasa. Jangan pula makan seperti orang yang kebuluran. Sebab itulah ada ramai yang berpuasa tetapi
berat badan tidak menurun tetapi sebaliknya meningkat. Hairan bukan?
Ada pula pil/serbuk yang membuat perut anda memulas dan cirit birit. Seolah-olah memaksa apa-apa yang dimakan keluar serta merta. Kononnya dengan serta merta mencuci minyak / lemak yang anda ambil, jadi anda tidak perlu gusar makan banyak. Hmm betulkah??
Makan
berdikit-dikit, banyak kali. Perut yang
kosong pun tidak terkejut tetiba diisi dengan makanan yang begitu banyak. Seperti dalam kebanyakan perkara di dalam
hidup kita, kesederhanaan merupakan kunci kepada segala kebaikan.
Selepas
Ramadan, teruskan amalan berpuasa atau mengurangkan makanan. Mungkin kurangkan 1 kali santapan setiap
hari. Rasa-rasanya yang paling afdal
adalah makan malam. Bagi yang bukan
Islam, juga disyorkan berbuat demikian, selain berpeluang merasai apa yang
dialami oleh rakan-rakan Islam anda, apa
yang dilalui oleh orang yang tidak berkemampuan dan kelaparan, mengurangkan
perbelanjaan dan menurunkan berat badan. Nah hebat bukan??
Jangan
pula kurang makan, badan pula malas bergerak.
Saya lihat di kala bulan Ramadan, pekerja awam selalu kurang bermaya dan
beruntung dapat pulang awal. Saya yang
bekerja di syarikat swasta walaupun berpuasa, lebih aktif. Itu yang selalu boss saya hairan bila dia
bandingkan saya dengan pekerja awam.
Bagi diri saya, puasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjadi
malas dan kerja bertimbun yang menanti harus dibereskan.
Berbalik
pula topik mengenai penurunan berat badan, nampaknya pil dan ubat-ubatan adalah
lebih terkenal dikalangan wanita. Maklum
sahaja rata-rata wanita ingin kelihatan kurus dan akan mencari jalan untuk
kekal langsing. Perubahan berat badan
selepas melahirkan anak, ditambah dengan gangguan metabolism, nafsu makan yang
semakin menjadi-jadi. Lemak mula berkumpul di bahagian perut, paha dan lengan amat
merisaukan kaum wanita.
Jadi
jalan paling mudah adalah pengambilan pil, serbuk atau ubat-ubatan yang
menjanjikan dan menampakkan hasil yang cepat.
Logiknya
penurunan berat badan yang mendadak adalah tidak baik. Badan kita perlu waktu untuk menjadi kurus
secara semulajadi dan selamat.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Terbaru
saya terbaca berita mengenai produk menguruskan badan yang mengandungi Sibutramine
(bahan ini diharamkan di Malaysia) dan negara luar.
Baca
artikel mengenai Sibutramine http://en.wikipedia.org
Sibutramine,
meskipun mengurangkan nafsu makan, ianya telah dikaitkan dengan peningkatan
risiko serangan jantung dan strok.
Akhbar
The Star Super-slimming-pill-harmful-to-health baru-baru ini melapurkan bahawa ada pil menguruskan badan yang
mengandungi bahan tersebut yang dijual secara online kepada pengguna yang tidak tahu
kesannya. Pendedahan oleh beberapa
wanita yang mengalami pening kepala, sukar tidur dan palpitasi (jantung
berdebar-debar) kesan sampingan dari pengambilan pil itu.
---------------------------------------------------------------------------------------------Bernasib baik kerana berat badan kekal dari dulu sehingga kini ! |
Pada
pendapat saya tiada jalan pintas kepada semua perkara. Kalaupun ada pil yang boleh diambil, ianya
sekadar membantu anda untuk proses menguruskan badan. Dan ianya akan mengambil
masa. Kuncinya adalah pengambilan
makanan dan diet yang betul, disamping senaman. SENAMAN !
Kalau
ada yang menjanjikan hasil serta merta, maka awaslah. Semak apa kandungan bahan-bahannya. Di Era ini, semua semakan dapat di buat di
talian. Taip sahaja nama-nama bahan yang
anda langsung tak faham, anda akan dapat membaca penerangannya.
Teringat
beberapa tahun dahulu, seorang artis wanita Singapura menghidapi kerosakan hati
akibat pengambilan ubat/pil menguruskan badan.
Dia bernasib baik kerana kekasihnya ( salah seorang pelakon drama sitcom
Phua Chu Kang ) menderma sebahagian hatinya kepada wanita itu. Ada seorang lagi, wanita India yang mengalami
nasib sepertinya, tetapi tidak tahu pula apa jadi akhirnya.
Kesihatan
kita merupakan harta terpenting buat diri kita.
Tiada gunanya mempunyai badan yang langsing dan menawan sekiranya
kesihatan kita merosot. Apalagi membayar
ratusan, ribuan ringgit untuk makan bahan yang membahayakan kesihatan
kita. Bodohnya kita !
No comments:
Post a Comment