Sambungan dari Bahagian 1
** Catatan : Ini kes Tuntutan ke atas kenderaan komersial.
____________________________________________________________________________
** Catatan : Ini kes Tuntutan ke atas kenderaan komersial.
12 Ogos 2013 - Saya tiba di balai polis
hampir 7 malam. Tanpa membuang masa,
saya terus masuk, memberitahu saya ingin membuat lapuran. Saya disuruh mengambil nombor. Lepas itu saya duduk di sofa menunggu giliran. Di depan saya ada 3 anggota polis
yang mengambil aduan. Sebenarnya 2 yang
buat. Seorang duduk entah tulis apa.
Saya terdengar perbualan antara anggota polis dengan pengadu yang terdiri
dari anak lelaki dan ibunya. Kononnya
anaknya keluar dari bank dan dengan tidak semena-mena menyerahkan wangnya
kepada seorang perempuan. Polis itu
lantas menelefon perempuan itu lalu menyuruhnya memulangkan wang itu dan
sekiranya perempuan itu tidak berbuat demikian, repot akan dibuat
keatasnya. Agak mengelirukan kerana kenyataan
pemuda itu seperti tidak logik. Pemuda ini nampak gaya kurang cerdik sikit, itu
yang boleh ditipu. Namun, polis itu dengan sabar melayannya.
Seorang polis wanita lagi melayan aduan seorang lelaki. Bila tiba giliran seorang wanita yang mendukung anaknya bersama suaminya, dia meminta supaya anggota polis wanita itu membenarkannya menaip sendiri repot yang ingin dibuatnya. Duduk dihadapan komputer lalu menaip. Di dalam hati kecil saya berkata, “ selepas ini, saya pun hendak taip sendiri”. Sebaik sahaja wanita itu habis buat repot, cepat-cepat saya mendekati polis wanita itu dan menyatakan hasrat saya. Sebaik sahaja saya memberitahunya saya ke situ untuk membuat repot kemalangan kereta, saya diberitahu bahawa di situ bukan tempatnya. Rupa-rupanya situ adalah bahagian repot jenayah. Alahai selepas 45 minit menunggu. Ada juga orang yang datang kemudian saya juga tersilap dan menyedarinya selepas terdengar perbualan polis wanita itu.

Lantas kami pun bergegas ke bilik satu
lagi. Mengambil nombor dan sementara
menunggu, saya diberi kertas untuk menulis repot saya. Beberapa contoh lapuran kemalangan dilekatkan
di dinding bagi kemudahan orang-orang yang ingin menulis repot sendiri dan
diserahkan kepada anggota polis yang berada di situ. Mungkin cara begini lebih cepat memandangkan
kebanyakan orang sekarang sudah kenal huruf.
Habis sahaja lapuran saya diambil dan
ditaip, sesalinan diberikan kepada saya.
Gambar kereta saya telah diambil oleh anggota polis. Saya diminta masuk berjumpa dengan pengawai
penyiasat yang mengendalikan kes saya.
Katanya dalam sesuatu kemalangan, kita diberi 24 jam untuk membuat
lapuran melainkan kes orang terlibat berada di hospital. Dibolehkan dia membuat lapuran selepas keluar
hospital.
Pengawai polis itu meminta saya
menceritakan detail kemalangan yang terlibat.
Oleh kerana saya mempunyai butir-butir pemandu yang melanggar kereta
saya, saya pun kemukakan padanya.
Dia menyuruh saya mengambil salinan
repot polis dan keputusan siasatan kemudian.
Saya diberi salinan surat akuan penerima repot yang mempunyai maklumat kemalangan termasuk nama, ID dan nombor telefon bimbit pengawai penyiasat.
Saya diberi salinan surat akuan penerima repot yang mempunyai maklumat kemalangan termasuk nama, ID dan nombor telefon bimbit pengawai penyiasat.
Dalam pada itu, saya menelefon agen
workshop yang saya pilih agar mengambil kereta saya keesokannya. Dan menyatakan hasrat saya yang mahukan mereka menuntut
insuran pihak yang melanggar saya bagi pihak saya tanpa perlu saya mengeluarkan
wang. Dia memberitahu akan mencuba untuk
berbuat demikian.
Malam keesokannya 13 Ogos 2013, saya
menelefon pengawai penyiasat yang mengendalikan kes saya dan bertanya samada
pemandu lori ada membuat repot polis.
Katanya ada.
Selepas saya menelefon
workshop dan bertanya samada mereka mempunyai salinan lapuran polis saya dan
pihak satu lagi. Saya dimaklumkan mereka
sudah ada kedua-dua repot. Tapi
keputusan siasatan belum lagi. Keputusan
ini adalah penting untuk menentukan samada dapat menuntut dari insuran lori
tersebut. Kalau keputusan memihak pada
saya, pihak satu lagi akan didenda RM300.00
Saya berpendapat keputusan siasatan bukanlah susah dikeluarkan memandangkan
lapuran pihak satu lagi adalah konsisten dengan lapuran saya.
Bila saya telefon pengawai itu, katanya surat keputusan sudah dikeluarkan. Namun 2 kali anak saya ke kaunter, tetapi dimaklumkan surat tersebut belum ada. Ishh bila saya call pengawai, dia kata sudah keluarkan. Lalu saya mengambil cuti pada 23 Ogos 2013 dan pergi ke balai untuk mendapatkan surat tersebut. Alhamdulillah tidak sia-sia cuti saya kerana saya berjaya mendapatkannya (tarikh surat 15 Ogos 2013) dan terus menyerahkan kepada pihak workshop. Pihak workshop ada memberi saya beberapa surat untuk ditandatangani. Antaranya, seingat saya adalah surat tuntutan insuran kepada pihak satu lagi, dan surat penerimaan bahawa kereta yang melebihi 5 tahun, alatgantinya adalah dari yang terpakai ataupun produk dari Taiwan. Bukan yang asli.

Anak
saya ingin menggunakan keretanya untuk pergi ke KL. Tanpa kenderaan, rasanya umpama patah
kaki. Saya meminta pihak workshop untuk
cuba sedaya upaya menyiapkan kereta saya . Pada 05 September 2013, kereta saya dikeluarkan
dari workshop. Saya tidaklah merungut ke atas pembaikian atau hasil kerja
workshop ini. Pagi tadi saya
menggunakannya ke pejabat. Namun saya
rasa ada sedikit masalah di bahagian pintu tutup bonet belakang kereta. Mungkin disebabkan impak kuat pada belakang
pintu itu, tempat tutupnya turut terjejas.
Sebab setiap kali buka bonet belakang, saya terpaksa tutupnya
berkali-kali, kalau tidak kereta akan berbunyi.
Esok saya akan bertanyakan kepada pihak workshop. Sekurang-kurangnya layanan workshop ini
adalah lebih baik dibandingkan workshop di mana kereta anak saya dibaiki
dahulu.
Saya
tidaklah keterlaluan meminta ini dan itu.
Ini adalah kerana saya sedar, sekiranya si pemandu lori tidak bertanggungjawab
terus melarikan diri, saya terpaksa menanggung kos membaiki kereta saya.
Dalam saya melihat
pembohongan dan kejahatan yang berleluasa di dalam realiti kehidupan ini, saya
juga dipaparkan dengan kejujuran dan kebaikan. ( Si pemandu lori ini adalah
contoh terbaik )
____________________________________________________________________________
Saya rasa mungkin anda
juga ada pengalaman menghadapi situasi dimana bila anda menghadapi kemalangan,
fikiran jadi buntu. Pelbagai persoalan
timbul, apa perlu dibuat, siapa yang
perlu dicari dan sebagainya. Kekadang dalam keadaan kita terdesak, banyak pihak
hadir untuk mengambil kesempatan !
Mungkin anda boleh
berkongsi pengalaman di bawah catatan komen blog ini. Mana tau ianya dapat membantu rakan-rakan
yang menghadapi masalah berdepan dengan tuntutan insuran atau pihak yang
mengambil kesempatan. Di harap melalui pembacaan blog ini dapat sedikit sebanyak memberi menafaat.
** Taukah anda bahawa
kes tuntutan kemalangan masih boleh dibuat kepada pihak satu lagi asalkan tidak
melebihi 7 tahun. Jadi jangan terkejut
bila kes kemalangan yang anda fikir sudah ‘settle’ maksudnya mungkin anda sudah
membayar pihak satu lagi dan tidak buat repot, tetiba suatu hari anda menerima
surat dari peguam yang menuntut gantirugi dari insuran anda !