Bulan Disember ini,
cukup banyak jemputan perkahwinan.
Setiap hujung minggu dipenuhi dengan undangan. Ramai rakan kampong yang mempunyai anak
sebaya dengan saya sudah menyambut menantu.
Membaca artikel ini membuat hati ini berkata-kata :-Till Debt do us part
Dahsyatnya perkahwinan
sekarang.
Melangkah kedewan
sahaja, sudah terlihat perbezaannya.
Dahulu pelamin di atas pentas hanya bertumpu kepada tengah pentas
sahaja. Namun hiasan pelamin sekarang
merangkumi keseluruhan pentas. Dan
tentunya menelan perbelanjaan yang lebih.
Kos pelamin sahaja bukan murah. Pelamin sekarang memang cantik. Apalagi
sekarang banyak ditempah dari butik perkahwinan atau perancang
perkahwinan. Kalau dahulu, kita sendiri
yang menghias pelamin. Jimat.
Ini saya kata
berdasarkan majlis perkahwinan yang sederhana sahaja. Dari meja makan santapan beradap, kerusi, gerbang
masuk, hiasan yang menyamai atau selaras dengan pelamin di atas pentas. Makanan kenduri orang Melayu selalunya adalah
lebih murah dibandingkan dengan orang Cina kerana secara buffet dan bukannya
satu meja.
Orang Melayu lebih
mementingkan perhiasan pelamin dan sekitarnya manakala orang Cina lebih
menumpukan kepada makanan yang dihidangkan.
Orang sekarang banyak
menggunakan perunding perkahwinan dan katering.
Walhal orang dahulu sendiri yang merancang dan masak beramai-ramai. Mungkin disebabkan zaman berubah dan orang
sekarang kebanyakan sibuk bekerja.
Tentunya kos perkahwinan semakin tinggi.
Jurukamera, video dan
photo sahaja boleh menelan belanja ribuan.
Pakaian pengantin, hantaran, wang hantaran, kad undangan, bunga telur,
hadiah dan buat tangan dan macam-macam lagi. Wang hantaran pun makin meningkat,
maklum sahaja kos hidup pun dah naik. Uikks
bukan mudah nak mendirikan rumah tangga.
Lainlah kalau kita artis terkenal dan ada penaja yang nak sponsor
pakaian pengantin dan segalanya.. Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan baru-baru ini umpamanya dikhabarkan menelan perbelanjaan jutaan ringgit. Wow bestnya kalau free..
Kalau yang kaya,
majlis diadakan di hotel terkemuka dan tentunya menelan perbelanjaan yang
tinggi. Tapi golongan kaya ini tiada
masalah la. Sebabnya tiada masalah wang,
orang yang datang pun beri hadiah yang mahal-mahal. Jadi kalau anda wanita yang mengimpikan
perkahwinan yang esklusif, pilihlah dari kalangan yang kaya. Segala impian anda akan dipenuhi. Jururunding perancang perkahwinan memainkan
peranan penting agar segala impian hari perkahwinan anda tercapai. Bayar saja.. Mudah sekali.
Tapi masalah timbul
apabila yang tak berwang mengadakan kenduri yang begitu meriah dan mahal. Orang kata ukur baju di badan sendiri.
Memanglah impian
setiap wanita, perkahwinan mereka seperti cerita ‘fairytale’. Nakkan yang paling sempurna, maklum sahaja
perkahwinan hanya sekali dalam hidup.
Namun sekiranya untuk memenuhi impian kita, kita terpaksa berhutang dan
mengikat perut selepas itu, rasanya tidak perlu lah begitu. Ada yang membuat pinjaman peribadi dari bank
untuk berkahwin. Selepas kahwin, realiti
hidup bermula dan terpaksa bergelut untuk membayar hutang.
Ada pasangan baru
bertuah kerana perkahwinan mereka banyak dibiayai oleh ibu bapa. Bayangkan kalau pasangan muda, manalah ada
wang sebanyak itu untuk hantaran, belanja itu ini.
Kalau tidak mampu,
bernikah sahaja..
Kalau kita menempuh
alam perkahwinan yang baru dengan permulaan hutang yang banyak, susahlah kita
kelak. Janganlah ketika kahwin cukup glamor, wedding of the year, selepas itu dek kerana hutang, rumahtangga berantakan.
Will always cherish that moment in my life !! |
Teringat perkahwinan
saya 28 tahun dahulu. Tiada hantaran
mahupun wang hantaran. Yang ada adalah
mas kahwin iaitu sepasang subang mutiara.
Masa nikah pun berpakaian biasa sahaja. Pelamin di buat sendiri oleh kakak ipar saya. Kad undangan perkahwinan, fotostat kertas A4
dipotong setengah dan dilipat dua. Bunga
telur di buat sendiri. Makanan kenduri
kahwin dimasak sendiri oleh kakak-kakak ipar saya sambil dibantu oleh
orang-orang kampong. Yang menyediakan
makanan, menghantar makanan minuman ke meja makan adalah anak-anak dara dan
teruna kampong. Ada pancaragam dan
nyanyian. Meriah.. tidak menelan
perbelanjaan yang tinggi pun. Saya sedar
saya bukan berkahwin dengan orang kaya.
Saya berkahwin dengan insan yang saya sayangi. Saya terima semuanya seadanya. Saat itu terasa sayalah insan yang
paling bertuah.
No comments:
Post a Comment