Jumaat 31 Januari 2014 bermulanya tahun baru Cina dan menandakan
permulaan Tahun Kuda di dalam zodiak Cina yang akan berakhir pada 18 Februari
2015. Kuda yang merupakan tanda ke 7 di
dalam astrologi Cina adalah simbol kemuliaan, kemasyhuran dan keazaman.
Pusingan zodiak Cina berakhir 12 tahun. Setiap tahun di wakili oleh seekor binatang
yang berkait dengan 5 tanda elemen ( Kayu, Bumi, Api, Air dan Logam )
Zi (tikus); Chou (lembu); Yin (harimau); Mao (arnab); Chen (naga);
Si (ular); Wu (kuda); Wei (biri-biri); Shen (monyet); You (ayam jantan); Xu
(anjing); and Hai (babi).
Zodiak Cina |
Menurut kalender zodiak Cina, 2014 adalah Tahun Kuda Kayu atau
Kuda Hijau dan dikatakan mereka yang lahir di bawah symbol ini, tahun ini
merupakan tahun yang baik, nasib yag baik dan banyak peluang menanti.
Seperti yang diketahui, kuda tidak suka dikawal. Mereka yang di bawah simbol Kuda Kayu adalah lebih
cenderung kepada kelakuan kurang sabar dan sukakan kebebasan. Juga mereka adalah golongan yang bekerja
keras, bijak, glamour dan berbakat.
Celebriti yang lahir di dalam Tahun Kuda Kayu adalah :-
Genghis Khan, Newton, Rembrandt, Chopin, Davy Crockett, Ella
Fitzgerald, Aretha Franklin, Teddy Roosevelt, Barbara Streisand, Cindy
Crawford, Harrison Ford, Jason Biggs, Jackie Chan, John Travolta, Leonard
Bernstein, Paul McCartney, Ashton Kutcher, Emma Watson, Josh Hartnett, Katie
Holmes, Kristen Stewart, and Kobe Bryant.
Seperti yang anda dapat lihat, seni dan sukan adalah bagus untuk
mereka dan seringkali berkarier berprofil tinggi dan dikelilingi glamour. Tahun ini, mereka akan mendapat projek artistik
yang hebat dan berkemungkinan pengembaraan yang menggembirakan. Teman-teman baru akan membuka banyak peluang
dan mood mereka adalah lebih optimistik.
Walau bagaimanapun, apabila mengendalikan hal kewangan, mereka
sepatutnya mempertimbangkan untuk menerima cadangan orang lain. Khususnya tahun ini, mereka harus
berhati-hati untuk membuat sebarang perlaburan kerana pasaran akan berubah-ubah
semasa 2014.
Menarik bukan ramalan di atas?
No comments:
Post a Comment