Melangkah Ke Depan
Saat menulis catatan ini Cuma tinggal 25
minit lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2013, melangkah ke ambang 2014.
Begitu pantas masa berlalu. Rasanya terlalu cepat. 365 hari berlalu pergi.
Saya tidak ingin menoleh ke belakang lagi. Kerana setiap kali, tolehan itulah yang
membuat hati ini tercalar, langkah ini terhenti. Kerana setiap kali, teringat kelukaan yang
teramat.
Ya Tuhan, bebaskanlah diri ini dari genggaman
kenangan lalu. Padamkan segala ingatanku
pada saat yang berlalu. Hati, tolonglah
bebaskan daku dari derita ini. Tidak
cukupkah airmata yang mengalir, tidak cukupkah kesengsaraan yang kutanggung
ini?
Ya Tuhan, kuatkanlah semangatku. Tiupkan kecekalan pada sekujur tubuh ini.
Ya Tuhan, berilah kesembuhan pada kesakitan
ini. Sembuhkan lah kelukaan ini. Sembuhkanlah penyakit ini.
Ya Tuhan, bukalah
pintu hati ini. Bahagiakan ku,
Tenangkan ku.
Aku tidak meminta lebih dari disayangi. Dari dihargai.
Mengapa hati ini masih menangisi saat-saat berlalu?
Mengapa?
Diari 2013 sampai kepada penghujungnya. Kalau tak mahu, boleh dicampak atau dibakar sahaja. Tapi kehidupan ini harus diteruskan.
Lembaran baru 2014 akan bermula dengan muka
pertama, 365 hari untuk di isi.
Tahun 2014 ini, resolusiku adalah :-
(i) Makan yang lebih berkhasiat. ( Banyakkan sayuran & buah-buahan ),
bersenam dan sihatkan badan.
(ii) Perlahankan langkah, kurangkan stress. Lebih sayangkan dan cintakan diri.
(iii) Bersyukur, positif dan cintakan
kehidupanku.
No comments:
Post a Comment