Sunday, May 1, 2011

IBU



Setiap insan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan ianya kekal sehingga akhir hayat. Namun, hakikatnya bukan semua impian akan menjadi kenyataan. Walaupun rumahtangga cukup sempurna, riang gembira dengan kehadiran anak2.

Bila kegembiraan pudar, pertelingkahan kerap berlaku dan jalan terakhir adalah perceraian.

Anak-anak menjadi mangsa perebutan di antara pasangan yang sudah tidak sehaluan. Cinta yang kian menjadi kebencian. Ditambah dengan keegoan masing-masing. Anak-anak terpaksa membuat pilihan.

Sebagai anak yang pernah melalui pengalaman pahit, saya amat memahami situasi sedemikian. Namun ibu saya tidak mahu berebut kerana ayah menuntut sejumlah wang yang besar, sekiranya ibu mahukan saya. Waktu itu, berusia 10 tahun, tentunya saya lebih suka tinggal dengan ayah. Sebabnya tinggal dikampung,kehidupan lebih seronok dan bebas. Namun, ibu tidak pernah berputus asa. Ibu memastikan segala keperluan persekolahan saya mencukupi.

Bila saya meningkat dewasa dan mendirikan rumahtangga serta mempunyai anak2, saya mulai memahami betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu.

Bila saya membaca kes Bi Anne yang menjadi perebutan diantara ibu dan ayahnya, pendapat saya adalah biarlah Bi Anne bersama ayahnya. Era sekarang dengan teknologi canggih, tiada masalah berhubung walau dipisahkan lautan beribu batu. Sms, chat, facebook macam-macam. Kalau saya dapat berbual dengan ibunya, saya ingin nasihatkan dia agar sentiasa berhubung dengan anaknya. Biar anak itu merasa kewujudannya, kasih sayangnya, lambat laun bila dewasa, anak itu akan mencarinya.

Sempena hari ibu yang bakal menjelang, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU. Berbanggalah menjadi ibu - jadilah ibu yang baik yang boleh menjadi contoh kepada anak2.


Kapada anak2, sayangilah ibu anda. Dengarlah nasihat ibu dan jangan melukai hatinya. Kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.


No comments: