Berita terkini : 03 Julai
2012
Siasatan polis membongkar terdapat 20 orang yang telah membayar RM
4,888.00 kepada satu sindiket untuk membeli sijil ijazah palsu dari Universiti
Sains Malaysia. Kata Pemangku Ketua SAC
II Datuk Abdul Rahim Jaffar, mereka memasukkan wang ke dalam 8 akaun berasingan
di bawah nama salah seorang suspek.
Sindiket itu berjanji untuk memuatkan nama pembeli ke dalam pengkalan
data USM menggunakan perisian khas tetapi kemudian tidak menjawab sebarang
panggilan setelah wang dimasukkan ke dalam bank mereka.
Siasatan awal menunjukkan bukan kerja orang dalam. Kata SAC II Datuk
Abdul Rahim, sindiket itu mungkin memulakan operasinya lebih kurang 4 bulan
lepas, tambahnya harga ‘sijil’ tersebut ( RM 4,888 ) melambangkan nasib baik.
Dalang sindiket ini adalah seorang wanita berusia 24 tahun yang
merupakan bekas pelajar USM.
Sumber polis berkata, wanita itu mempunyai akaun Facebook yang
menawarkan ijazah palsu dan memperolehi
516 ‘likes’.
Selain dari bekas pelajar itu,
seorang wanita berusia 25 tahun dan suspek lelaki ditahan di sebuah
rumah di Kampar, Perak pada hari Sabtu.
Polis merampas beberapa komputer dan
salinan lembut ijazah USM di dalam salah sebuah komputer.
_________________________________________________________________________________
05 Julai 2012
GEORGE TOWN: Polis menyeru ‘mangsa’ yang membayar untuk sijil ijazah palsu
USM tampil untuk memberi kenyataan mereka.
George Town OCPD Asst Comm Gan Kong Meng berkata setakat ini tiada seorang
pun yang tampil.
“ Kami tidak akan menangkap mereka.
Tetapi sekiranya mereka menolak, kami boleh menghantar notis di bawah
Seksyen 111 Kod Prosedur Jenayah untuk memaksa mereka memberi kenyataan,”
katanya.
Nampaknya anak-anak muda sekarang hendak senang tanpa perlu
bekerja keras. Setiap hari kita
mendengar pelbagai penipuan.
Jelas di sini si pembeli dan penjual sama-sama bersalah. Kedua-dua pihak penipu.
Apa tidaknya si penjual, yang tentunya otak geliga, namun
menggunakan kepandaian dengan cara yang salah.
Si Pembeli pula, nak dapatkan ijazah dengan mudah tanpa bersusah
payah menghadiri universiti. Hanya cuma dengan
membayar sahaja. Tentu ada motif dan
sanggup membayar untuk memperolehi ijazah palsu ini.
Bayangkan 20 orang x RM 4,888.00
= RM 97,760.00 / 3 = RM
32,586 seorang ( dibahagi 3 suspek, seorang mendapat RM 32,000 ) Itu baru 20
orang, mungkin lebih yang dah ‘melabur’.
Adakah manusia sekarang dinilai dari wang dan ijazah
semata-mata??? Sehingga orang sanggup
untuk menjual dan membelinya.
**Sekiranya anda salah seorang 'mangsa' dalam kes ini, nasihat saya baik anda tampil untuk memberi kenyataan kepada polis sebelum polis mengesan anda.
**Sekiranya anda salah seorang 'mangsa' dalam kes ini, nasihat saya baik anda tampil untuk memberi kenyataan kepada polis sebelum polis mengesan anda.
No comments:
Post a Comment