Harga Bawang
Putih Naik Dua Kali Ganda
PETALING JAYA: Harga bawang putih di negara ini
didapati melambung ekoran bekalan terhad - kenaikan sebanyak dua kali ganda di
Lembah Klang dan tiga kali ganda berbanding harga asal di Pulau Pinang.
Tinjauan mendapat bawang putih yang kebiasaannya dijual RM4
sekilogram bulan lalu naik di antara RM8 dan RM9 di Lembah Klang.
Di Pulau Pinang, kenaikan sama berlaku dari harga asal RM3.
Menurut Persatuan Import-Eksport Makanan, secara purata, harga
borong bagi bawang putih adalah sekitar RM6 sekilogram, berbanding RM3 awal
tahun ini.
Presidennya, Datuk Alex Chuah berkata, faktor cuaca yang tidak
menentukan menyebabkan hasil pengeluaran terjejas dan mendorong kenaikan harga
di China, pengeluar terbesar bawang putih di dunia.
"Perniagaan tempatan tidak mampu mengimport bawang dari
China buat masa ini dan bergantung kepada stok sedia ada yang mampu bertahan
sehingga penghujung tahun ini.
"Mereka mahu menunggu sehingga harga kembali normal sebelum
mengimport semula bawang putih.
"Namun, mereka memerlukan kemudahan simpanan stok sedia ada
untuk menjamin kesegaran dalam tempoh jangka masa panjang yang meningkatkan kos
perbelanjaan," katanya kepada The
Star.
Malaysia mengimport bawang putih dari China dan perlu bersaing
dengan negara lain termasuk pengeluar lain komoditi itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cuaca sejuk bukan saja menjejaskan bekalan
tetapi pengeluaran bawang putih.
Katanya, berlaku kira-kira 30% penurunan dalam pengeluaran
bawang putih pada musim tuaian tahun lalu.
"Situasi semakin kritikal kerana China menghasilkan 90%
daripada bekalan bawang putih di dunia," katanya.
Rakyat Malaysia memerlukan kira-kira 6,000 tan bawang putih
setiap tahun.
"Bekalan masih mencukupi buat masa ini tetapi ia mungkin
berkurangan pada hujung bulan November.
"Bawang putih yang terdapat di pasaran pada ketika ini
bersaiz 6cm.
"Jika kita mengimport bawang putih pada waktu ini, harga
borong akan lebih tinggi untuk bawang bersaiz kecil," katanya.
Petikan Berita/Artikel dari : http://mstar.com.my - 30 June 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bawang putih ((Allium sativum) adalah tumbuhan yang bersangkut rapat dengan bawang merah, daun bawang dan kucai. Perahan dari ulas bawang kadangkala digunakan sebagai ubat.
Di dalam kegunaan ubatan herba, bawang putih digunakan
untuk merawat dan mengelakkan keadaan seperti berikut :-
·
Penyakit
jantung
·
Kanser
·
Jangkitan
·
Selsema
·
Kolesterol
Tinggi
·
Tekanan Darah
Tinggi
Bawang putih juga dikatakan
mempunyai kesan antioksida yang tinggi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya peniaga-peniaga makanan lepas ini akan mengambil
kesempatan untuk menaikkan harga makanan.
Terdengar ramai orang merungut, semua harga asyik naik..
Apalagi bawang putih antara komoditi yang laris, kebanyakan makanan
kita mengandungi bawang putih.
Orang Cina terutamanya suka menggunakan bawang putih di dalam
kebanyakan masakan mereka.
Taukah Anda ?
** Sekiranya anda makan terlalu banyak bawang putih mentah, nafas anda berbau
sepertinya.
** Sekiranya anda mengupas terlalu banyak bawang putih, kulit jari anda
akan terhakis dan pedih.
** Sekiranya anda akan menjalani pembedahan, elak dari makan bawang putih
kerana ia berkemungkinan mengganggu bahan antigumpal (
antikoagulan - Drug yang mengurangi pembekuan darah dalam badan, misalnya
warfarin.- )
No comments:
Post a Comment