Pasangan
Pakistan membunuh anak perempuan kerana bercakap dengan budak lelaki.
ISLAMABAD (Reuters) – Sepasang suami isteri Pakistan membunuh anak
perempuan remaja mereka dengan mencurah asid ke muka dan badannya setelah
mendapatinya bercakap dengan budak lelaki, kata polis dan seorang doktor.
Ibubapa remaja berusia 16 tahun telah mengaku kepada polis di Kotli, sebuah
bandar pentadbiran di Kashmir Pakistan, bahawa mereka menyerang anak perempuan
mereka setelah dia bercakap dengan budak lelaki diluar rumahnya, kata Mohammad
Jahangir, seorang doktor tempatan di hospital dimana budak perempuan itu
dibawa.
Terdapat kesan bakar tahap ketiga di kulit kepala, muka, mata, hidung,
kedua belah tangan, dada, kaki dan bahagian bawah kaki. Malahan tulang dahi terdedah,” katanya. Tambah beliau, pada mulanya ibu budak
perempuan itu memberitahu pihak hospital bahawa anaknya cuba membunuh
diri. Polis telah menangkap ibu bapa
perempuan itu.
Hampir 1000 wanita hilang nyawa mereka
tahun lepas dengan apa yang dikatakan ‘pembunuhan terhormat’ negara Asia
Tenggara yang konsevatif. Aktivis
berkata jumlah sebenar adalah lebih tinggi kerana kebanyakan kes tidak
dilaporkan.
Begitulah nasib wanita
di Negara yang terlalu konservatif.
Bersyukur sangat kerana saya dan keturunan saya kelak tidak dilahirkan
dalam Negara-negara tersebut. Saban hari
kita baca betapa wanita ditindas dan diperlakukan bagai binatang atas nama
agama, maruah dan harga diri. Heran
juga, di era ini, masih terdapat layanan seteruk ini yang terpaksa dilalui oleh
setengah-setengah wanita. Kita
seolah-olah tidak berupaya berbuat apa-apa untuk mengubahnya.
Agama tidak mengajar
manusia sekejam ini. Sanggup membunuh
darah daging sendiri demi menjaga maruah, konon. Kalau sekadar berbual, salahkah?? Sedangkan agama mengajar kita bersabar,
mengampun dan menyayangi. Kita boleh
menasihat, menghukum dan memukul, tidak sampai mencederakan anak-anak. Namun wajarkan kita sekejam ini, hanya untuk
menjaga air muka dan agama??
Saya tidak boleh
bayangkan kalau si Alvin dan si Vivian berada di Negara itu. Tentunya mereka di cincang lumat-lumat. Baca blog saya : bila-hilangnya-malu.
Pada saya, semuanya
harus sederhana. Tidak terlampau terbuka
dan terlampau kolot. Kalau kedua-duanya
tiada hadnya, kes-kes sebegini akan berterusan.
No comments:
Post a Comment