Tirai 2012 berlabuh, Munculnya Sinar 2013
Wow Sudah lebih sebulan tak menulis di blog ini.
Semalam menulis post pertama selepas lebih sebulan tidak update blog. Banyak perkara yang bermain di minda, namun jari jemari ini terasa malas sungguh nak menaip..
Sesungguhnya bagi diri ini, sekiranya saya nak menulis biarlah penulisan saya memberi faedah kepada pembaca yang membaca blog saya. Bukannya perkara remeh temeh. Sesuatu info yang dapat dikongsi bersama.
Begitulah pantasnya masa meninggalkan kita. Tanpa disedari sudah melangkah ke tahun 2013.
Peristiwa suka duka – sebahagian dari detik kehidupan ini.
Bulan Disember, anak gadis pulang bercuti dari Kuala Lumpur. Jadi kebanyakan masa terluang, kami habiskan
bersama. Memang seronok sekali.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat Pengantin Baru Semoga Berkekalan Ke Akhir Hayat ! |
Semoga cahaya kebahagiaan akan menyinari kehidupan pasangan ini ! |
Sibuk pula dengan perkahwinan anak saudara tersayang- Zyaid Iskandar
dengan pasangannya Farah. Dari majlis pernikahan, majlis persandingan di
sebelah perempuan dan majlis
persandingan pihak lelaki pada 22.12.2012. Alhamdulillah semuanya berjalan
dengan lancar sekali.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
28.12.2012 – Pulangnya kakak ipar ke Rahmahtullah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka
yang soleh. Khabarnya menderita agak
lama dek sakit barah payu dara yang kemudiannya merebak ke seluruh badan.
Innalillahiwainnailaihirojiun, ertinya bahwa
"sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang
kepadanya".
Al Fatihah ..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment