Selalu kita baca, dengar tentang penganiayaan terhadap wanita. Bagaimana wanita dilayan bagai binatang,
dipergunakan untuk memuaskan nafsu lelaki-lelaki durjana. Yang terbaru, wanita India yang dirogol oleh
sekumpulan lelaki tidak berhati perut.
Sudahlah dirogol, mereka memuaskan hati dengan menyiksa wanita
tersebut. Nyawa berharga wanita yang
tidak berdosa ini melayang dek perbuatan yang tidak berperikemanusiaan
ini.
Yang nyata wanita dipersalahkan seolah-olah mereka yang mengundang
agar dirogol. Walhal bukti-bukti begitu
jelas namun akhirnya perogol terlepas dari hukuman. Wanita yang melalui pengalaman ini terpaksa
menghadapi trauma sepanjang hidup mereka.
Kalau berita tersebar, bukan sahaja wanita tersebut menanggung malu
malahan keluarga juga. Lantaran itu,
banyak kes yang berlaku tidak dilapurkan kepada pihak berkuasa. Kalau ada pun, pihak yang menerima lapuran
itu memandangnya seolah-olah perkara remeh temeh sahaja.
Wanita dipaksa untuk menjual diri, diperdagangkan dan dipukul. Mereka ini seolah-oleh terperangkap dan tiada
jalan keluar. Tiada keberanian untuk
berbuat demikian walaupun mungkin ada peluang. Bagaimana mereka diketepikan hak
mereka untuk mendapat pendidikan, mengundi dan kehormatan diri. Bagaimana wanita ditindas, maruah mereka
dipijak-pijak.
Kita membaca setiap hari, kita mengeluh.. apa boleh buat??
Ini masanya kita wanita global era ini. Bangkit bersama tanpa mengira kaum dan Negara,
bersatupadu menyuarakan hak dan menuntut keadilan. Tunjukkan pada dunia kuasa kita. Berjuanglah demi
untuk anak-anak perempuan dan keturunan kita.
Sertailah :-
WCC menyertai Onebillionrising (Mulakan Rising)
Kami akan melakukan tarian 'Break
the Chain' di tempat letak kereta yang mengadap jalan utama,
menjemput media dan membuat satu kenyataan untuk menghentikan keganasan
terhadap wanita.
Masa:
|
Thursday, February
14, 2013 1:00 AM - 2:00 AM GMT +08:00
|
Host:
|
Lerks Poh
|
Lokasi:
|
WCC - Pusat Wanita
untuk Perubahan (George Town, Pulau Pinang)
241 Jalan Burma
George Town , Pulau Pinang 10350 |
Ayuh daftarkan kehadiran anda sekarang juga !
Layari web : http://www.onebillionrising.org/WCC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengenai ‘One Billion Rising’
Satu dari 3 wanita di planet ini akan diperkosa atau dipukul di dalam jangkahidupnya.
Satu billion wanita dicabuli adalah kekejaman
Satu billion wanita menari adalah revolusi.
Pada Hari Valentine
Ulangtahun ke 15, 15 Februari 2013, kami menjemput SATU BILION wanita dan
mereka yang mencintai wanita untuk JALAN KELUAR, MENARI, BANGKIT dan MENUNTUT
kekejaman ini ditamatkan. SATU BILION
BANGKIT akan mengegarkan bumi, mengaktifkan wanita dan lelaki di setiap Negara.
V-Day ingin dunia melihat kekuatan bersama, bilangan kita, perpaduan melintasi sempadan.
Apa yang SATU BILION
tampak? Pada 14 Februari 2013, ia akan
kelihatan seperti satu revolusi.
Sila layari : http://www.onebillionrising.org
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Tangan yang menghayun buaian itu yang akan menggoncangkan dunia’. Ayuh tunggu apa lagi?
Bagi anda yang berada di Pulau Pinang, latihan untuk tarian 'break the chain' akan diadakan pada 07.02.2012, 08.02.2012 & 13.02.2013. Layari facebook WCC untuk mendapatkan maklumat terkini.
http://www.facebook.com/#!/wccpenang
No comments:
Post a Comment