Ketahui
hak anda !
Tiada
pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan dengan harapan mahligai yang dibina
akan musnah separuh jalan.
Namun
kadangkala takdir dan keadaan merubah segalanya.
Insan
yang kita pilih, yang kita cinta sepenuh jiwa raga, yang mendengar keluhan kita,
yang kita rasa serasi dan memahami kita, akhirnya dialah penyebab hidup kita
sengsara.
Insan
yang kita sangka akan memberi kebahagiaan dan melengkapi kehidupan kita yang
akan menyeksa dan memporak perandakan kehidupan kita.
Justeru
itu, amatlah penting bagi pasangan yang berhasrat mendirikan rumahtangga
benar-benar bersedia dan tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Lebih-lebih
wanita. Wanita/Isteri umumnya apabila
berada di ambang kebahagiaan, bergantung sepenuhnya perasaan dan emosi serta
menumpukan sepenuh kasih saying kepada suami dan anak-anak.
Diperingkat
awal perkahwinan, bagi mereka kegembiraan dan kebahagiaan mengatasi
segalanya. Hakikatnya, realiti
kehidupan, kewangan memainkan peranan penting.
Lantaran
itu, isteri seharusnya mengetahui hak mereka. Nafkah isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami !
Bagi
wanita yang berkerjaya dan mempunyai karier, keadaan tidaklah seteruk bila
rumahtangga mereka dilanda krisis kerana mereka mempunyai punca pendapatan
sendiri.
Namun
apa pula terjadi kepada mereka yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya
kepada suami mereka??
Seminar
yang saya hadiri bulan lepas, yang berbincang mengenai topik Perkahwinan dan
Perceraian dari segi Undang-Undang Sivil, saya rasa amat berguna dan memberi
pengetahuan kepada saya.
Seminar
yang diadakan di Pusat WCC Pulau Pinang yang disampaikan oleh Puan Lalitha membuka
minda saya dan kesimpulan yang saya perolehi adalah undang-undang memang wujud
untuk mempertahankan hak kaum wanita.
Tetapi
undang-undang sesempurna mana pun, masih ada yang menidakkan hak wanita,
menindas dan mendera kaum Hawa. Terdapat begitu
banyak kes dimana suami yang sepatutnya melindungi isteri dan anak-anak,
menganianya mereka.
Bila berlaku perceraian, anak-anak
menjadi mangsa perebutan.
Pada
pendapat saya, segala-galanya bergantung kepada sikap seseorang itu. Sekiranya lelaki itu orang yang
bertanggungjawab, sekiranya terjadi perceraian, dia tidak akan melarikan diri
dari tanggungjawab terhadap anak serta bekas isterinya.
Dia
tidak akan sampai hati menganianya anak-anak dan ibu kepada anak-anaknya.
Nasihat
saya pada kaum wanita, ketepikan wang dan buka akaun untuk diri sendiri. Simpanan ini dapat digunakan apabila kita
memerlukannya. Kalau membeli rumah,
pastikan nama kita juga salah seorang pemiliknya. Kalau kita yang bantu membiayai pinjaman
rumah, kereta dan sebagainya, simpan resit dan penyata akaun. Mungkin suatu hari, kita memerlukannya untuk
menuntut harta sepencarian, nafkah dan sebagainya. Ada isteri yang tidak mengambil kisah langsung tentang
kewangan dan hal-hal penting dalam urusan rumahtangga. Bila terjadi sesuatu yang tidak diingini, dia
mati akal dan buntu.
Bagi
anda yang ingin mendapat maklumat mengenai Perkahwinan & Perceraian Undang-Undang Sivil ( Bagi pasangan bukan beragama Islam ) sila layari : http://www.jpn.gov.my & http://www.wccpenang.org
Sekiranya anda menghadapi masalah dalam rumahtangga didera berterusan dari segi emosi dan fizikal, dapatkan bantuan segera, hubungilah Women's Centre For Change
Saya
doakan kesejahteraan rumahtangga anda !
No comments:
Post a Comment